'Assalamualaikum Pak cik. Saya dah masukkan duit. Pak cik gunalah untuk repair kereta dan buat modal untuk masuk kedai baru.'
Lebar senyum Irfan melihat resit yang baru diambil dari mesin deposit tunai. Senang hatinya dapat menunaikan janji kepada bapa Afifah. Bolehlah dia tidur lena sebelum check out tengahari nanti. Sengaja dia tidak tidur sepanjang malam semata-mata menunggu pintu bank buka. Sekarang bolehlah dia memikirkan langkah seterusnya untuk menguruskan baki tunainya yang masih banyak.
"Helo Tia. Kau okey tak kat sana?" Irfan menghubungi Bakhtiar usai berendam di dalam tab berisi sabun dan air suam.
"Aku okey. Mak yang ada masalah sikit."
"Masalah apa pula kali ni? Kau ni teruk betullah. Kalau aku tak call memang sampai ke sudahlah aku tak tahu perkembangan mak kau,kan? Macam ni ke kawan?" Irfan acah-acah marah.
Bukannya dia tak tahu situasi Bakhtiar ketika ini. Pastinya sedang kalut memikirkan keadaan ibunya yang masih di IJN. Kalau dia berada di dalam kasut Bakhtiar tentu keadaannya pun sama juga. Mana tahu mungkin lebih teruk lagi.
"Mak dah selamat dibedah semalam. Tapi keadaannya masih dipantau. Aku rasa lama juga aku kena berkampung di IJN ni Fan. Kalau mak dibenarkan keluar nanti, kena bawa di ke sini semula untuk rawatan susulan. Aku tak ada saudara-mara kat sini. Kalau tidak boleh tumpangkan mak."
"Jamilah ada,kan? Tak boleh ke tumpangkan mak kau di rumah dia?" Spontan Irfan beri cadangan.
"Tak selesalah Fan. Itu rumah bujang. Nanti apa pula jiran-jiran kata? Lagi pun aku belum kenal rapat dengan anak-anak dia."
Irfan terdiam. Betul juga kata Bakhtiar. Lainlah kalau dia dan Jamilah dah kahwin. Jadi apa lagi cara yang boleh dia lakukan untuk memudahkan kerja Bakhtiar?
"Kalau tak pun kau minta Jamilah carikan rumah sewa. nanti aku masukkan duit ke akaun kau. Tak kisahlah berapa pun sewanya. Asalkan dekat dengan hospital. Senang kau nak ulang-alik tengok mak kau nanti."
"Uik! Mana kau dapat duit ni Fan? Kau rompak bank ke?" Bakhtiar ketawa di hujung soalan.
"Kalau aku rompak bank rasa-rasanya kau bercakap dengan roh aku sekarang ni. Hahah!"
"Habis tu mana kau dapat duit? Kau menang loteri ke?"
"Huish! Jangan banyak tanya boleh tak? Kau lupa ke aku anak siapa? Sudahlah. Nanti aku beritahu bila dah masukkan duit ke akaun kau. Cari rumah cepat. " Suruh Irfan tegas.
Muka diraup berkali-kali untuk membuang rasa bersalah. Demi sebuah persahabatan dia rela menipu asalkan Baktiar menerima pertolongannya. Dia yakin pasti Baktiar akan menolak bantuannya mentah-mentah sekiranya dia tahu asal-usul kehadiran duit yang berkepuk-kepuk itu. Biarlah dia seorang yang menanggung dosa. Asalkan dia dapat membantu rakan baiknya yang di dalam kesulitan.
"Bila kau nak balik KL? Tak rindu kat Pipah ke?" Bakhtiar mengekek ketawa.
"Gila tak rindu? Aku memang nak balik KL. Banyak perkara yang perlu aku uruskan. Kau jangan lupa Bakhtiar. Cari rumah sewa cepat. Dah dapat rumah nanti beritahu aku."
"Hmm, aku tak pastilah boleh dapat rumah sewa dalam masa yang singkat ni Fan. Bukan senang nak dapat rumah sewa yang berpatutan dengan kemampuan aku."
Terdengar keluhan Bakhtiar di hujung talian. Irfan berdecap kuat. Tak suka mendengar rungutan itu. Tapi dia menahan hati agar tidak membebelkan Bakhtiar.
"Aku dah cakap, akan tolong kau,kan? Jangan cepat putus asa boleh tak? Kau ada aku Tia. Apa guna kita berkawan kalau tak boleh bantu kau?"
"Tapi..."
YOU ARE READING
KeBANGKITan
General FictionNasib Irfan yang menolak permintaan ayahnya untuk dijodohkan demi mengekalkan persahabatan yang telah terjalin ditolak mentah-mentah. Natijahnya Irfah dihalau keluar dari rumah dan dibuang keluarga. Irfan pasrah. Walau sedih dengan apa yang berlaku...