02 Jangkitan Pertama

1.8K 18 0
                                    


Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Tubuh Heryanto terasa begitu lesu sekali. Bot pancung yang dinaikinya bersama-sama 55 orang yang lain menghampiri pinggiran hutan paya bakau di kawasan Mersing, Johor. Perjalanan 48 jam dari Kepulauan Jawa ke Malaysia terasa begitu lama sekali terutama apabila terpaksa bersesak-sesak bersama 55 orang. 1 tekong bot, 2 awak-awak dan 53 orang adalah pendatang haram yang ingin mencuba nasib sepertinya. Kira-kira setengah jam sebelum itu dia dan 53 pendatang haram yang lain disuruh menelan 3 bungkus sarung kondom yang berisi serbuk putih setiap seorang. Dia tahu itu adalah dadah yang cuba diseludupkan ke Malaysia. Tapi apa boleh buat. Itulah bayaran yang harus dibayarnya jika ingin ke Malaysia.


"Bersiap sedia semua. Dalam masa 10 minit lagi kita akan mendarat. Pastikan tiada siapa yang muntahkan kondom yang kamu telan itu. Kalau tidak, nahas kamu semua..!" pesan tekong bot memberi amaran.


Heryanto tersenyum gembira. Akhirnya. Tapi pada waktu yang sama, perutnya mula terasa pedih.....


Salleh kebosanan. Sudah 2 jam dia menunggu di dalam lori kontenanya. 3 orang rakan sekerjanya yang bersama-sama datang berada di pinggir hutan bakau menunggu sesuatu. Sudah sebulan dia bertukar majikan. Sebelum itu dia membawa lori kontena berisi tayar. Tetapi semenjak dia mengalami peristiwa terjumpa hantu di RnR Tapah (sila rujuk : ) dia serik untuk membawa lori jauh-jauh lagi. Sekarang dia bekerja untuk sebuah syarikat farmasi antarabangsa iaitu Syarikat Tricoline Pharmacy.


"Haiiii...apa benda yang mereka sedang tunggu tu..?" rungut Salleh tidak sabar.


Selalunya dia disuruh membawa bekalan ubat-ubatan dari Johor ke Kuala Lumpur. Tetapi kali ini berlainan. Tugas kali ini nampak amat penting. Tapi kenapa dia kena tunggu di tepi hutan paya bakau...


"Hidupkan enjin lori, Salleh. Bungkusan kita dah sampai...!" teriak salah seorang rakan sekerjanya sambil berlari-lari ke belakang lori membuka pintu kargo kontena.


Tidak lama kemudian kelihatan berpuluh-puluh susuk tubuh muncul dari celah-celah hutan paya bakau menuju ke belakang lori kontenanya. Salleh kehairanan. "Bungkusan' ke ni.?" fikirnya.


"Masuk, masuk, masuk cepat. Kita dah lewat ni." Teriak rakan sekerjanya lagi.


Dalam tempoh 10 minit sahaja kesemua manusia yang muncul entah dari mana sudah masuk ke dalam kargo lori kontenanya. Ketiga-tiga rakan sekerjanya turut masuk ke ruang kargo. Salah seorang dari mereka menepuk cermin di belakang tempat duduk Salleh menyuruhnya memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur.


Sebaik sahaja lori kontena memulakan perjalanan, Heryanto mula merasakan keperitan yang amat sangat di perutnya. Tiba-tiba beberapa belas orang pendatang haram yang bersamanya tersungkur mengerekot kesakitan. Ketiga-tiga orang petugas yang menjemput kereka tadi bergegas memeriksa mereka. Kesakitan perut Heryanto tidak tertahan lagi. Akhirnya dia tersungkur. Sebelum pandangannya gelap, dia sempat menyaksikan beberapa belas orang pendatang haram lagi tersungkur menyembah lantai lori kontena. Pandangannya gelap selepas itu.

Pandangan Heryanto kembali cerah. Entah berapa lama dia tidak sedarkan diri. Tetapi kali ini dia rasakan tubuhnya cergas sekali. Anehnya dia tidak ingat siapa dirinya lagi. Mulutnya mengeluarkan buih. Tubuhnya terasa amat hangat sekali. Tetapi apa yang penting ialah apa yang amat dia rasakan sekarang......LAPAR dan BERNAFSU......Dipandangnya petugas-petugas yang sedang sibuk memeriksa pendatang-pendatang haram yang hampir kesemuanya sudah tersungkur tidak sedarkan diri. Dua orang lelaki dalam lingkungan 40an tahun dan seorang perempuan dalam usia 25 tahun. Perasaan LAPAR dan BERNAFSU berlegar-legar dalam fikiran kosongnya sebelum dia bingkas bangun dan menerpa ke arah petugas perempuan tersebut.

KIAMAT DUNIAWhere stories live. Discover now