04 Kejatuhan Bandaraya Kuala Lumpur

1.2K 13 0
                                    


Firdaus melanguk di tepi tingkap dapurnya di Flet Kampung Kerinchi. Di luar flet keadaan begitu sunyi sekarang. Kebanyakan penduduk Flet Kerinchi sudah melarikan diri. Sejak media elektronik dan media cetak menyiarkan arahan pihak berkuasa yang menyuruh penduduk Bandar Kuala Lumpur berkumpul di Pelabuhan Klang untuk dipindahkan melalui jalan laut sudah ramai jiran-jirannya yang menuju ke Pelabuhan Klang.


Sejak wabak yang pelik ini terjadi sudah 7 hari sekolah, pejabat awam serta pengangkutan awam tidak berfungsi. Dari apa yang Firdaus lihat di television, wabak pelik ini membuatkan orang yang dijangkiti menyerang orang lain tanpa sebab. Ramai jugak yang mati akibat diserang. Tetapi alhamdulillah sampai sekarang tiada lagi kelibat-kelibat orang yang dijangkiti itu memasuki kawasan Flet Kerinchi. Sekarang di Flet Kampung Kerinchi ini hanya didiami oleh 15 keluarga yang berdegil tidak mahu berpindah. Mereka bertegas mahu mempertahankan tempat tinggal mereka ini.


Sekali-sekala Firdaus terdengar bunyi tembakan di kawasan sekitar Flet Kampung Kerinchi. Pihak tentera sudah lama tidak kelihatan di kawasan Flet Kampung Kerinchi. Jadi Firdaus menganggak bunyi tembakan itu datang dari penduduk-penduduk di kawasan berdekatan yang menembak orang-orang yang dijangkiti. Nasib baik kawasan Flet Kampung Kerinchi telah dipagari rapi oleh jiran-jirannya yang masih bertahan disitu.


Firdaus membuka television. Tiada siaran lagi. Sudah 3 hari siaran television dan radio terhenti. Kali terakhir siaran television ke udara menyiarkan temuramah TV3 dengan seorang pegawai tentera berpangkat leftenan di perkarangan bangunan Media Prima. Ketika itu keadaan sudah teruk. Pegawai tentera tersebut mengesahkan yang bahawa orang-orang yang dijangkiti itu sebenarnya sudah mati dan mereka sebenarnya adalah mayat yang telah hidup semula. Seterusnya pegawai tentera itu mengarahkan penonton menembak mayat hidup tersebut di kepala jika mereka diserang mayat hidup.Seterusnya pegawai tentera itu memberi amaran yang bahawa mayat hidup itu selain daripada membaham mangsanya, mereka juga mampu merogol mana-mana wanita atau gadis lantaran batang konek mereka masih berfungsi walaupun mula membusuk. Sudah terdapat berpuluh kes di mana wanita dan wanita yang tidak bernasib baik dirogol secara beramai-ramai oleh mayat hidup sebelum dibaham sehingga mati oleh mereka.


Sejurus selepas pengumuman itu kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu dan diikuti dengan jeritan menyuruh mereka yang berada di perkarangan bangunan Media Prima supaya melarikan diri kerana pagar bangunan telah roboh. Dalam keadaan kelam-kabut itu kelihatan kelibat 3 mayat hidup menerpa pegawai tentera tersebut lalu mengigit lehernya. Ini ikuti dengan gambar video kamera bergegar seolah-olah si jurukamera sedang diserang sesuatu. Seterusnya kamera jatuh dan kelihatan si jurukamera terbaring dihadapan kamera sambil tubuhnya dibaham 2 mayat hidup. Itulah siaran television yang terakhir sebelum siaran television dan radio berhentikan siarannya 3 hari yang lepas


Firdaus memandang sehelai nota yang ditinggalkan di peti sejuk oleh ayahnya 7 hari yang lepas. Nota itu berbunyi, 'Ayah terpaksa bertugas 24 jam di HKL dengan Hasan. Tolong tengok-tengokkan keadaan isteri Hasan, Kak Maria.'


Firdaus mengeluh. Sudah 7 hari dia tinggal bersendirian di rumahnya.Makan Maggi Mee la jawabnya malam ni lagi. Tapi sebelum itu dia harus menjenguk Kak Maria, jiran sebelah rumahnya. Suami Kak Maria, Abang Hasan petugas kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Abang Hasan juga sudah 7 hari tidak pulang kerana bertugas 24 jam di Unit Kecemasan HKL kerana kebelakangan ini terdapat banyak kematian mengejut di sekitar Bandar Kuala Lumpur.


Firdaus mengenakan seluar jeans serta memakai t-shirt pagodanya. Budak remaja itu segera keluar rumah lalu ke rumah sebelahnya.

KIAMAT DUNIAWhere stories live. Discover now