08 Permintaan Terakhir

1.5K 15 1
                                    


Sebuah helikopter Apache berlegar-legar di Bandaraya Kuala Lumpur memantau situasi di bawah.



"Kapten, kenapa Bandaraya Kuala Lumpur ni lengang sangat? Mana pergi mayat-mayat hidup yang ada di sini?" tanya pembantu juruterbang.



"Mayat-mayat hidup sentiasa ada. Cuma kesemua mayat hidup yang ada di Kuala Lumpur dah berkerumun di Zon 15." Jawab Kapten Amran.



"Apa yang ada di Zon 15 sehingga mereka berkerumun di situ?" Tanya pembantu juruterbang lagi.



"Cik Salwa ada di Zon 15. Dia terperangkap di sebuah kedai 7 Eleven di sana. Sekarang semua mayat hidup sudah berkerumun di sekeliling kedai itu." Jawab Kapten Amran.



"Apa tindakan kita sekarang?" Tanya pembantu juruterbang lagi.



"Tiada apa. Kita di arahkan supaya menunggu isyarat evakuasi dari Cik Salwa." tegas Kapten Amran.



Helikopter Apache berlegar-legar di udara Kuala Lumpur menunggu isyarat Cik Salwa...

Cik Salwa berlegar-legar di ruang kosong kedai 7 Eleven. Fikirannya buntu. Sekarang hampir kesemua mayat hidup yang ada di Bandaraya Kuala Lumpur sudah mengerumuni sekeliling kedai 7 Eleven tempat dia dan Firdaus bertahan. Entah berapa lama lagi pintu kaca kedai 7 Eleven itu mampu bertahan.



"Eeermmm....Young Guns..." tiba-tiba Cik Salwa teringatkan sebuah filem koboi.



"Eehh...Young Guns? Apa tu..?" tanya Firdaus kerana tidak pernah melihat filem Young Guns.



"Aik..? Tak pernah tengok filem Young Guns ke?" tanya Cik Salwa.



"Saya mana tengok filem luar negara ni. Saya tengok filem tempatan macam Ombak Rindu. Baru masyuk..!" jawab Firdaus.



"Dalam filem Young Guns, watak-watak utama telah terperangkap di dalam sebuah bangunan yang dikelilingi oleh orang-orang Syerif. Mereka mengambil keputusan untuk menyerbu keluar dan berjuang sehingga mati." jelas Cik Salwa.



"Eer...tapi kak....saya belum mahu mati lagi. Pegang pistol pun tak betul lagi." ujar Firdaus risau.



"Jangan risau. Kita bukannya hendak berjuang hingga mati. Kita cuba pergi ke bangunan di sebelah dan naik di tingkat atas. Akak akan isyaratkan supaya helikopter mengambil kita di atas sana." jelas Cik Salwa.



Cik Salwa menghulurkan pistol Ruger LC9 nya kepada Firdaus.



"Kunci keselamatan pistol ni akak dah buka. Firdaus tinggal bidik dan tembak sahaja.: ajar Cik Salwa sambil menyandang rifle SAR 21-RIS nya.


"Eerr...macam mana nak keluar dari 7 Eleven ni kak..? Mayat hidup penuh kat pintu tu. Nak buka pintu pun tak boleh." tanya Firdaus ragu-ragu.



"Kita buka laluan la. Mari sembunyi belakang kaunter dulu." jawab Cik Salwa.



Kedua-dua manusia yang masih bernyawa itu segera bersembunyi di belakang kaunter juruwang. Firdaus terpinga-pinga dengan tindakan yang akan dibuat oleh Cik Salwa.



PANGG..!! PANGG..!! Cik Salwa melepaskan beberapa das tembakan ke arah pintu dan dinding kaca kedai 7 Eleven tersebut. Tembakan itu menyebabkan pintu dan dinding kaca kedai tersebut mula meretak. Mayat-mayat hidup yang berada di luar mula menghentak-hentak pintu dan dinding kaca itu menambahkan retakan yang sedia ada. Cik Salwa mengeluarkan dua biji bom tangan. Wanita itu menarik pin kunci bom tangan dan memegang picu pelentiknya.



PRRAANGGG....!!!! Pintu dan dinding kaca kedai 7 Eleven itu berkecai dihentak oleh mayat-mayat hidup. Manusia-manusia yang sudah tidak bernyawa itu mula menyerbu masuk.

KIAMAT DUNIAWhere stories live. Discover now