07 Kehangatan Mengawan Di Suatu Malam

2.1K 16 1
                                    


9.30 malam, 120 kilometer dari Bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah kereta Proton Gen 3 membelah kegelapan malam di jalan lama Karak. Ustaz Khairul sudah memandu selama 8 jam tanpa rehat. Badannya mula kepenatan. Anak gadis suntinya, Wanie yang berusia 14 tahun dalam keadaan separuh mengantuk. Tiba-tiba....


"Eeh...ayah. Tengok di depan tu. Ada dua orang kat depan. Bukan ke itu....." ujar Wanie tanpa menghabiskan kata-katanya.


Ustaz Khairul merenung ke hadapan. Memang benar, kelihatan dua susuk tubuh manusia sedang berjalan 100 meter di hadapan keretanya. Hatinya mula berdebar-debar. Tatkala Proton Gen 2 nya menghampiri kedua-dua manusia itu, Ustaz Khairul bersedia menekan pedal minyaknya jikalau mereka berdua adalah mayat hidup. Tetapi...


"Tolong kami, encik. Kasihani la kami." teriak salah seorang dari mereka.


Ternyata mereka berdua adalah manusia normal. Masih hidup. Ustaz Khairul segera memberhentikan keretanya. Ustaz Khairul dan Wanie keluar dari kereta dan menuju ke arah pasangan tersebut. Ternyata mereka adalah seorang lelaki dalam lingkungan usia 28 tahun dan seorang gadis dalam lingkungan usia 24 tahun. Ustaz Khairul mengenali mereka...


"Eh...ini Alan dan Siew Mei ke..?" ujar Ustaz Khairul terkejut.


Kedua pasangan berbangsa Cina itu menjenguk-jenguk di dalam kegelapan malam cuba mengecam Ustaz Khairul dan Wanie.


"Eer...itu Ustaz Khairul ka?" tanya gadis Cina yang berpakaian t-shirt putih sendat berjenama DKNY serta berskirt ketat paras peha.


Ustaz Khairul mengangguk sambil tesenyum. Dia memang mengenali pasangan berbangsa Cina tersebut. Alan Lee dan Siew Mei merupakan pasangan suami isteri dan juga jiran sekampungnya. Pasangan ini sudah berkahwin 2 tahun dan tidak mempunyai anak. Mereka tinggal selang dua buah rumah dari rumah Ustaz Khairul. Alan yang berusia 28 tahun merupakan seorang pengurus sebuah syarikat komunikasi sementara Siew Mei yang berusia 24 tahun merupakan seorang jurulatih aerobik sebuah pusat senaman ternama di Bandar Kuantan.


Tubuh ramping Siew Mei sememangnya mantap kerana kerjayanya sebagai Jurulatih Zumba..

.

" Ustaz Khairul tolong la kami berdua ni. Alan sudah cedera di kaki kirinya. Dia susah hendak berjalan." rayu Siew Mei.


"Apa yang terjadi dengan kamu berdua ni. Macam mana kamu boleh sampai di sini..?" tanya Ustaz Khairul ingin kepastian.


"Kami baru pulang dari Bandar Kuantan semalam. Semasa tiba di Bandar Temerloh, kami lihat bandar itu sudah dilanda oleh ratusan mayat hidup. Alan cuba memandu untuk keluar dari Bandar Temerloh. Tetapi tiba-tiba tayar kereta kami meletup dan kami terbabas. Semasa kami keluar dari kereta untuk melarikan diri, kaki Alan cedera kerana tersangkut pada cermin kereta kami yang pecah. Sekarang kami sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang. Dengar cerita terdapat pusat pemindahan di sana. Tetapi luka di kaki Alan semakin teruk dan dia hampir tidak boleh berjalan." terang Siew Mei dengan panjang lebar.


"Mari saya balutkan luka kaki Alan tu. Saya ada kotak First Aid di dalam kereta." ujar Ustaz Khairul.

KIAMAT DUNIAWhere stories live. Discover now