06 Evakuasi

971 14 0
                                    


Perlahan-lahan mata Salleh terbuka. Pandangannya berpinar-pinar seketika. Tubuhnya bercacakan dengan tiub-tiub plastik dan getah. Dengan pandangan yang masih kabur, Salleh mencabut kesemua salur tiub yang bersambungan dengan tubuhnya. Kemudian dengan terhuyung-hayang lelaki itu bangun perlahan-lahan dan menuju ke pintu bilik ICU yang berada di tingkat atas. Tangannya memulas tombol pintu dan menolak keluar. Tetapi pintu tidak berganjak seolah-olah ada sesuatu yang menghalang di luar. Di luar pengetahuan Salleh pintu bilik ICU itu sebenarnya telah dipalang rapi oleh kakitangan Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk menghalang mayat-mayat hidup itu dari masuk ke bilik ICU.


"Aduhhh...kenapa pulak pintu ni tak boleh buka..?" rungut Salleh.


Salleh kemudian menyorong katilnya yang beroda ke arah pintu. Kemudian dengan sekuat hati lelaki itu menyorong katilnya ke pintu bilik ICU.......BANGGG..!! Hentaman kepala katil dengan pintu bilik ICU menghasilkan bunyi yang bising. BANGG..!!! sekali lagi....BANGGG.!! sekali lagi....BANGG..!!! Pintu bilik ICU itu terbuka dengan 4 kali rempuhan.


Salleh berjalan keluar dengan perlahan-lahan. Pandangannya masih kabur. Kepalanya masih pening kerana kesan ubat bius yang masih ada. Keadaan di koridor hospital begitu kotor sekali. Terdapat kesan-kesan darah di merata-rata tempat. Di dinding, di lantai, di pintu dan di mana-mana sahaja. Tiba-tiba Salleh ternampak kelibat seorang jururawat di hadapannya sedang berjalan terengsot-engsot....


"Nurse...tolong saya...Nurse..!" panggil Salleh cuba mencapai tubuh jururawat yang berada hanya beberapa meter sahaja di hadapannya.


Tangan Salleh berjaya mencapai bahu jururawat tersebut dan memegangnya. Jururawat itu memalingkan tubuhnya dan memandang Salleh.....


"Ya Allah..!! Ooo mak kau..!!!" Salleh terkejut dan terus melatah..


Wajah jururawat itu amat mengerikan. Mukanya dipenuh darah. Tubuhnya penuh luka-luka. Tetapi yang paling aneh, mata jururawat itu kelihatan hitam sahaja. Tiada anak mata. Salleh berundur ke belakang. Tetapi kakinya tersandung lalu dia terjatuh.



"Aarrgghhh.....tolong...!!!" jerit Salleh ketakutan.


Tetapi jururawat yang sudah bertukar menjadi mayat hidup itu hanya memandang ke arahnya tanpa apa-apa perasaan. Kemudian jururawat itu berpaling dan berlalu pergi meninggalkan Salleh seolah-olah tiada apa yang berlaku. Salleh kebingungan.


10 minit kemudian Salleh sudah berada di luar HKL. Tubuhnya mula segar sedikit apabila kesan ubat bius mula menghilang. Pandangannya mula jelas. Keadaan di luar HKL seperti dilanda Burung Garuda. Kelihatan kereta, bas, lori dan motosikal ditinggalkan di merata-rata tempat. Terdapat mayat-mayat manusia di mana-mana. Tetapi yang peliknya terdapat beratus-ratus manusia yang berjalan mundar-mandir tanpa arah tujuan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Salleh lihat wajah dan tubuh mereka telah mereput dan berbau bangkai. Salleh yakin mereka ini telah mati. Tetapi kenapa mereka masih bergerak..? Walaupun Salleh ketakutan, tetapi mayat-mayat hidup itu seolah-olah tidak menghiraukan Salleh. Tiada satu pun mayat hidup yang mahu menerkam lelaki itu. Salleh semakin kebingungan.

KIAMAT DUNIAWhere stories live. Discover now