03 Zon Merah

1.2K 16 3
                                    


6.30 pagi.....

Ustaz Khairul mengeluh panjang. Surat khabar yang dipegangnya diletak di atas meja. Tertera berita utama pada muka depan akhbar tersebut yang berbunyi "Bandar Jerantut Diisytiharkan Zon Merah". Ustaz Khairul tahu apa maknanya 'Zon Merah'. Zon Merah bermakna sesebuah bandar atau kawasan itu telah penuhi dengan gerombolan mayat hidup dan tidak selamat diduduki. Manakala Zon Putih adalah bandar atau kawasan yang masih selamat diduduiki dan dikawal ketat.


"Mmm...ayah, kenapa nampak sedih ni..?" tanya anak gadisnya yang tiba-tiba muncul dari dapur.


Guru agama Pendidikan Islam SMK Bandar Temerloh itu memandang wajah anak gadisnya, Wanie dengan pandangan sayu. Wanie baru sahaja berusia 14 tahun dan sedang belajar di Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Agama Temerloh.


"Tak ada-apa la, sayang. Ayah baru baca berita pasal Bandar Jerantut diisytiharkan Zon Merah..." ujar Ustaz Khairul yang berusia 35 tahun itu.


"Macam mana agaknya keadaan atuk dan nenek di sana? Agak-agak mereka selamat tak..?" tanya Wanie lagi.


Ustaz Khairul tidak menjawab. Dia tahu yang Bandar Jerantut diserang oleh mayat-mayat hidup secara mendadak setelah bekalan kuasa pada pagar elektrik bandar tersebut terputus kerana ketiadaan sumber bahan api. Ramai yang terkorban dan hanya segelintir sahaja yang terselamat.


"Ayah....sebenarnya macam mana wabak ni boleh merebak?" tanya Wanie lagi.


Ustaz Khairul tersenyum. "Begini kisahnya......." Ustaz Khairul memulakan ceritanya...


Sebenarnya sudah 8 bulan berlalu semenjak peristiwa lori kontena milik Syarikat Tricoline Pharmacy berlaku. (Sila rujuk : Kiamat Dunia 2 ; Jangkitan Pertama). Dua hari kemudian Negara Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat-mayat penduduk sebuah kampung disempadan Pahang/Johor. Kesemua mereka ditemui dengan kesan-kesan gigitan dan cakaran di mayat mereka. Pihak Polis gagal menemui pembunuh penduduk-penduduk kampung tersebut. Pihak kerajaan negeri Johor mengambil keputusan untuk mengkebumikan mayat-mayat yang seramai 350 orang itu dalam satu liang lahad yang besar.


Pada hari pengkebumian sekali peristiwa yang memeranjatkan berlaku dimana mayat-mayat penduduk kampung itu bangkit seorang demi seorang dari liang lahad yang belum ditimbus lagi lalu menyerang orang ramai yang datang menziarahi keluarga mangsa. Ramai yang terkorban biarpun pihak polis yang mengawal tempat pengkebumian melepaskan ratusan das tembakan. Akhirnya kebangkitan mayat-mayat hidup itu berjaya dikawal setelah tembakan ditujukan di kepala mereka. Tetapi malangnya lebih 200 orang telah terkorban dibaham oleh mayat-mayat hidup itu.


Kerajaan pusat mengambil keputusan untuk membakar kesemua mayat-mayat hidup serta mayat-mayat orang ramai yang terkorban itu untuk mengelakkan perkara yang serupa terjadi lagi. Malangnya keputusan membakar mayat-mayat itu memberi kesan yang lebih teruk lagi......


"Kesan apa ayah...?" tanya Wanie sambil mengenggam tangan ayahnya, riak wajah takut tertera jelas.


Ustaz Khairul mengusap rambut anak gadisnya sambil menyambung ceritanya......


KIAMAT DUNIAWhere stories live. Discover now