BAJU kolar dibetulkan, matanya tertatap pada cermin di hadapan. bibirnya mengukir senyuman senget, tangan dibawa untuk merapikan rambutnya. bagus! dia kelihatan kemas ketika ini.
"Tuan Anderson?" tegur satu suara lembut dari belakang, terus perlakuan jejaka itu terhenti.
Wanita yang kelihatan di dalam umur linkungan 20-an itu diperhatikan. sebelah keningnya dijongket ke atas, sebagai tanda untuk teruskan percakapan gadis itu. "Kereta sudah bersiap di hadapan rumah, Tuan Ander" ujar gadis itu, membongkokkan badannya sedikit untuk memberi hormat.
"hmm..." Ander menggumam kecil. ada sesuatu bermain di fikirannya. Dia memusingkan badannya, memandang tepat ke arah gadis itu. renungannya itu membuatkan gadis itu terasa gugup.
'aku ada buat salah ke?' hanya fikiran itu bermain di dalam kepala gadis itu. dia kekal senyap, tidak bertanya walaupun sudah jelas Tuan Anderson itu kelihatan seperti sedang berfikir.
"okay... keep my house clean as always, please." Tuan Anderson akhirnya menjawab dengan panggilan lembut, bibir terukir sambil memberikan senyuman kecil. membuatkan gadis itu mengangguk kecil. fuh, big bossnya malam ini kelihatan tenang kali ini, dia terselamat! "baik, Tuan."
Terus gadis itu berdiri dan menapak pergi untuk menyelesaikan hal lain pula. tak sanggup dia berdepan dengan bosnya itu, sudahla jejaka itu baran ketika tersilap sedikit! nasib dia jugalah kerana pernah terjatuhkan mug kegemaran bosnya itu. clumsy sangat dikatanya.
Perlahan-lahan gadis itu berjalan menjauhi tempat itu. Tuan Anderson hanya melihat dengan ekor mata. Setelah kelibat itu telah hilang dari pandangan, lantas dia bergerak keluar daripada rumahnya.
BMW M850i xDrive Coupé terparkir elok sahaja di hadapan rumah. Dua jejaka berbadan tegap menunduk, memberi hormat kepada lelaki. "Tuan Ander," sapa mereka. Tuan Anderson hanya memberi anggukan sebelum pintu kereta di belakang dibuka.
Setelah kedua lelaki itu mengikut bersama, Tuan Anderson mengalih pandangan ke luar tingkap kereta setelah itu mula bergerak. Perjalanan itu ditemani dengan musik radio yang sayup-sayup sahaja pada pendengaran.
Malam ini, malam penting baginya. Di mana semua orang berpangkat tinggi akan sertai majlis yang diadakan di suatu dewan terbesar. Dia sudah menyiapkan mental diri untuk tidak memburukkan imej dirinya.
"Hasif." Tuan Anderson memanggil secara tiba-tiba. Terus jejaka yang berada di tempat duduk penumpang di hadapan memandangnya.
"Ya, Tuan?" Hasif bertanya.
"Make sure to protect my family while I'm gone... Aku rasa tak sedap hati," Ujar Tuan Anderson bercampur dengan arahan. Dia menyandar ke tempat duduknya. Biarpun dia kelihatan tenang, tetapi hatinya bagai terasa tidak sedap hati.
Hasif hanya memberi anggukan. Menerima arahan orang tua itu. Dia tidak mahu bertanya lebih, lelaki itu cepat baran jika terlalu banyak soalan. Hasif hanya menurut dan ikutkan sahaja semua arahan diberikan.
SEORANG gadis sedang memakai sarung tangan dengan kedudukan melutut. Matanya memerhati gerak-geri manusia yang telah hadir pada majlis itu. Dia mengeluh kecil, lambat lagi dia nak muncul? dia sudah naik geram!
Tetapi sebaik sahaja dia sudah memakai sarung tangan, matanya tangkap susuk tubuh jejaka dikenali di dalam ruang dewan tersebut. Bibirnya mengukir senyuman senget, "finally! penat betul nak kena tunggu mamat tu datang," bebel gadis itu, badannya tetap bergerak untuk membaringkan dirinya di lantai.
rambut diikat kemas, kedua tangannya memegang pada genggaman pistol Rifle AR-15 miliknya itu. tingkap dibuka sedikit, skop sasaran riflenya diarah tepat pada mangsa tersebut. dia hanya memerhati gerak-geri jejaka itu, dan juga memasang night vision one eye scope pada sebelah matanya.
"fuh... bismillah." Gadis itu tersengih, hatinya sedang lompat teruja.
Teringat pula bila dia dapat memasuki bilik tingkat ini dengan mudah. tiada siapa mengesyakinya, pembayaran untuk booking juga berjalan lancar, pengawal yang sentiasa menjaga di hadapan pintu utama pun tidak perasan akan beg besar yang dibawa olehnya. heh, dia dah boleh daftar sebagai ghost hunter nampaknya!
Dengan mata masih merenung pada skop sasaran, dia perasan jejaka itu tidak bergerak ke mana-mana. Malah, sedang berdiri di mana dia sudah mengikut rentak pelannya! tidak sangka rezeki dia pada malam ini sangat memuaskan hatinya! lebih lagi dengan diupah untuk membunuh jejaka jutawan ini.
Tuan Anderson Qalish.
"say bye-bye, Tuan Anderson." bisik gadis itu dengan nada perlahan.
Matanya mula terlihat sasaran merah pada dada lelaki itu. Hanya di dada jejaka itu yang bersinar-sinar dengan cahaya berwarna merah. Cantik! gadis itu menggigit bibir bawahnya lalu jari sudah sedia untuk menarik picu rifle itu. Tuan Anderson tiba-tiba menjadi hitam pada pandangannya. persekitarannya nampak seperti dalam...
sebuah video game?
BANG!
Gadis itu berdebar hebat. dengan pantas dia menutup langsir dan mengintip sedikit. kelihatan manusia-manusia di berlari dengan ketakutan dan ada yang terkaku di tempat mereka.
Suara manusia-manusia menjerit kedengaran sayup-sayup sahaja di telinganya. Apabila dia terlihat susuk tubuh yang sudah terbaring di lantai, Dia tersenyum lucu. Badan jejaka itu hanya membuak dengan darah dan layu terkaku di situ.
Tetapi, dia masih berasa tidak puas hati!
"Ish... tak clean shot lah." Gadis itu medengus geram. dia mula menanggal sarung tangannya dan melempar ke dalam beg besar itu. riflenya disimpan elok di dalam beg tersebut sebelum zip itu ditarik untuk menutup beg tersebut. "haish... habis darah merecik! kesian, tak pasal-pasal kena basuh tempat tu," omel gadis itu sendirian.
Walhal, dia yang membunuh Tuan Anderson itu.
Sekali lagi gadis itu mengintip sedikit daripada tingkap. pihak polis dan ambulans sudah sampai, sepatutnya dia harus pergi dari tempat itu. Tetapi lain pula dibuatnya, dia hanya santai di dalam hotel tersebut dan menggumam kecil.
"hmm... berapa points eh agaknya?" gadis itu bertanya kepada dirinya. dia menanggalkan sarung jaket dan melempar ke atas katil empuk itu. Kakinya mula mengorak langkah sebelum dia sudah selamat merebahkan diri di atas katil itu. "Sejuknya!" dia menjerit dengan nada bisikan teruja. Dia sudah tenggelam di dalam katil empuk itu.
Eh, teringat balik pula pada pointsnya itu! gadis itu memeluk satu bantal dan merenung pada siling bilik hotel itu.
Badan 'arwah' Tuan Anderson ditayang semula. tangan jejaka itu sudah terpucuk dengan serpihan gelas kaca yang dipegang olehnya. wajahnya jugak seperti mati terkejut. tetapi paling dia tidak suka- cara jejaka itu baring! sungguh pelik posisi arwah itu.
"ish... takkan nak bagi 90 points?" gadis itu menggeleng. dia mula meneliti setiap inci wajah jejaka itu, dengan penuh minat seolah-olah dia sedang berada di dalam video game.
hmm... agaknya, apa ekspresi isteri arwah itu ya?
"okaylah, disebabkan I terlebih baik, I bagi..." ujarnya seraya memikir. bibirnya melebar dengan sengihan. "88 points!" Kata gadis itu dengan sengihan sekali lagi.
Akhirnya, setelah terlalu banyak berfikir, gadis itu memutuskan untuk berehat! dia sudah lelah kerana menunggu ketibaan pada waktu itu. sekarang ini, dia sudah menamatkan misinya dan dapat berehat. rehat extra pula tu!
Saat gadis itu sudah mahu terlelap, otaknya bagaikan tidak mahu ia pergi tidur. alamak! lupa pula yang dia belum sempat memberitahu kepada parentsnya. "aduh... masak aku," bisik hatinya. tetapi dia cuba untuk memaksa dirinya untuk tidur. tidak mahu berfikir panjang.
Selepas beberapa minit, barulah gadis itu dapat melelapkan matanya dengan lena. tetapi telinganya masih peka mendengar dengan bunyi sekeliling, tidak mahu ada seseorang yang cuba melusup masuk ke dalam bilik hotelnya.
Tak ke haru nanti tiba-tiba yang muncul ialah lelaki miang yang mengintainya ketika dia sedang tidur? syeram!
YOU ARE READING
[OG] .𝐏.𝐊. : 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Mystery / ThrillerAduh... kenapa banyak novel pada zaman sekarang lagi memberatkan cerita seperti mafia atau askar? masalahnya, dia adalah salah satu orangnya! tetapi bukan mafia mahupun askar. Nuryn Aqilah, seorang arkitek berpangkat master. Tetapi dia masih meneru...