Tit... Tit.. Tit!!!
BUNYI alarm kedengaran sayup-sayup sahaja di telinganya. Nuryn mencelik matanya, dengan keadaan separuh sedar, tangannya bergerak dan menutup sound alarm itu.
"Ughhh..." Nuryn merengus sambil memusingkan badannya ke arah telefon yang berada di atas meja. Lantas, dia mengambil sebelum menilik pada jam di skrin hadapan tersebut.
10:07 a.m.
Oh, dia bangun lewat hari ini. Dengan keadaan terpaksa, dia membangunkan dirinya dari katil dan kedua kaki dibawa ke lantai. Tangan bergerak menggosok mata yang sedikit bengkak.
Badannya mula merenggangkan otot-otot yang baru sahaja mahu bekerja. Dia mengurut lembut tangannya sendiri sebelum Nuryn mengambil bantal peluknya balik.
"Huaaa..." Nuryn menguap kecil. Tapi otaknya seperti sedang loading.
Kejap...
"Eh- 10 pagi!?" Aduh! Macam mana dia boleh terlewat? Eh- tapi bukannya TERlewat... memang dia nak bangun lambat pun hari ini! sebab dia tidak mahu masuk class online yang ada pada pukul 8 pagi tadi.
Tapi dia lebih tahu amukan mama hulk dia itu...
Tit... Tit... Tit!
Jam alarm mula membunyi sekali lagi. Cepat sahaja tangan gadis itu bergerak dan menutup alarm tersebut sebelum mukanya ditekup pada bantal.
Nak taknak, dia terpaksa juga bangun.
"Ish, malasnyaaa..." rungut Nuryn seraya tangannya menggosoo sedikit matanya untuk kurangkan kantuk yang masih tersisa.
Sekali lagi, badannya seakan malas mahu bergerak, tetapi dia tetap memaksa dirinya untuk turun dari katil, kakinya automatik bergerak menuju ke arah bilik yang menjadi tujuannya.
Bilik mandi.
Tuala mandi yang tersidai di atas kerusinya itu sempat diambil olehnya sebelum dia memasuki ke dalam bilik mandi tersebut untuk membersihkan diri.
USAI membersihkan diri, Nuryn keluar dari bilik mandi dan menukar pakaiannya. Baju lengan panjang unggu tersarung pada badan, hanya labuh hingga ke paras pinggang gadis itu. Seluar jeans berwarna hitam juga dipakai olehnya.
"Hmm..." Nuryn melihat dirinya di cermin besar di hadapannya. Rambut coklat gelap milik gadis itu disentuh, tangannya bergerak dan mencapai sikat rambut dan meluruskan rambut ikalnya itu.
Macam ada tak kena je.
Gadis itu mencebik, dia hanya buat apa hatinya tersentuh. Selepas beberapa minit untuk bersiap, dia akhirnya sudah pun siap!
Heh, ini Nuryn lah! Mestilah dia perlu sentiasa cantik. tolak ketepi yang tidur lewat yang serupa macam singa tu.
Tidak melengahkan waktu lagi, Nuryn lantas berjalan ke pintunya. Tombol dipulas dan dia keluar dari biliknya itu. Tangan sempat mengambil beg berjenama Louis Vuitton dan dia terus menuruni anak tangga tersebut.
Nuryn menjenguk ke bawah tatkala hidungnya terbau benda yang sangat enak. Kegemarannya!
"Haa, bangun dah anak dara."
Dengan jelas telinganya menangkap suara yang dikenali itu. Pantas dia menoleh ke bawah, sengihan terlakar pada bibir gadis itu. Hehe, mem besar dah bersuara!
"Mama," sapa Nuryn serta sengihan yang tidak pudar dari bibir. Dia melajukan langkahnya ke bawah dan menuju ke arah dapur yang luas itu.
Cup!
YOU ARE READING
[OG] .𝐏.𝐊. : 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Mystery / ThrillerAduh... kenapa banyak novel pada zaman sekarang lagi memberatkan cerita seperti mafia atau askar? masalahnya, dia adalah salah satu orangnya! tetapi bukan mafia mahupun askar. Nuryn Aqilah, seorang arkitek berpangkat master. Tetapi dia masih meneru...