BAB 22

684 34 6
                                    

PETI ais dihampiri lalu pintu peti ais bahagian sejuk beku dibuka. Bekas yang berisi ikan siakap diambil. Pintu peti ais ditutup. Dia bercadang mahu membuat ikan siakap tiga rasa dan sayur kangkung tumis belacan saja. Nasib baik suaminya sejenis manusia yang tidak memilih makan. Apa saja yang dimasak, lelaki itu akan makan saja tanpa banyak songeh. Senang hatinya apabila tahu yang lelaki itu bukan sejenis picky eater.

Ikan siakap dibawa ke singki mahu  direndam ke dalam air supaya tidak beku.
Kangkung yang sudah dipotong dan dibasuh dia letak ke dalam bekas besar. Sebelum memasak lauk, dia mahu memasak nasi terlebih dahulu. Nasi adalah benda pertama yang dia perlu masak sebelum memasak lauk pauk.

Setelah siap memasak nasi, dia bercadang mahu menggoreng ikan siakap terlebih dahulu. Ikan siakap yang sudah tidak beku  dia ambil. Mahu menyiang ikan siakap untuk digoreng sebentar nanti.

Siap menyiang ikan siakap, dia membasuh pula supaya bersih dah hilang bau hanyir ikan. Ikan yang sudah dibasuh dia letak ke dalam bekas. Dia tersenyum lucu apabila tingkahnya lagak seperti chef. Tapi dia memang chef pun, chef khas untuk suami tercinta.

Jauh ya, kau melalut Humra! Masak masak!

Ikan siakap tadi dia letak sedikit garam, kunyit, dan ajinomoto untuk perasa. Tepung jagung turut diletak supaya ikan tersebut ranggup diluar dan juicy di dalam. Bahan-bahan yang dia letak tadi dia gaul dengan ikan siakap.

Selesai memasak ikan siakap tiga rasa, dia memasak pula sayur kangkung tumis belacan. Telefon yang berada di atas table top dicapai lalu lagu Tiramisu Cake dimainkan dari aplikasi YouTube. Memasak sambil dengar lagu tu baru kerja jalan.

Dia menyanyi sambil menari ikut rentak musik yang dimainkan. Sempat lagi tangannya mengecilkan api dapur dengan paras paling kecil.

Tangan kanan diangkat lurus ke atas dan tangan sebelah kanan dibawa bercekak di atas pinggang. Humra menari mengikut rentak lagu Tiramisu Cake. Akibat Tiramisu Cake dance selalu naik di fyp TikTok miliknya, dia sudah hafal tarian tersebut.

"Nan neoreul bomyeon
Tiramisu cake tiramisu cake
Machi neon
Tiramisu cake
Dalkomhan
Tiramisu cake." Sakan dia bernyanyi dan menari tanpa dia sedari yang dirinya tengah diperhatikan.

Di saat dia berpusing kebelakang, terbejat tingkah Humra takala melihat Elhan tengah memerhati dirinya sambil berpeluk tubuh. Dia tersenyum malu apabila dirinya diperhati oleh suaminya.

Elhan tersenyum mengusik sebaik saja pandangan matanya bertembung dengan Humra.

"Aik! Kenapa berhenti menari?" soal Elhan dengan nada mengusik.

"Awat ni? Ish! Tak baik mengendap anak dara orang tau!" marah Humra mahu menutup malu saat tertangkap yang dia sakan menari tanpa dia sendar yang tingkahnya diperhati.

Serta-merta tawa Elhan terhambur saat mendengar kata-kata isterinya. Anak dara apanya? Dah jadi isteri orang dah pun!

'Ya Allah! Hailah isterinya, terhibur abang dengan telatah awak tau!' getus hati Elhan.

Berair mata Elhan akibat terlalu banyak ketawa. Terhibur dengan telatah isterinya.

Humra mecebik apabila melihat Elhan galak ketawakannya. Dia kembali menyambung mengaul sayur kangkung yang dimasaknya.

Ya Allah! Malunya! Kenapalah Elhan perlu muncul disaat dia buang tabiat? Dia yakin, sehari suntuk dia akan di usik lelaki itu. Ish bencilah macam ni!

Setelah tawa Elhan reda, dia menghampiri isterinya yang belagak sibuk memasak. Padahal dia tahu, mesti isterinya tengah cover malu. Tapi, peduli apa dia. Mood mengusiknya mucul.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now