Hayyan menjatuhkan punggungnya kasar ke atas kerusi. Keluhan kasar di lepaskan. Di hentak kasar bag kertas yang berisi bekas makanan yang telah di bekalkan untuknya oleh si isteri.
Dia tidak tahu... Mood paginya rosak kerana si isteri tiba - tiba saja membuat darahnya membuak - buak mendidih panas. Geram pula dia.
Isterinya buat perangai atau dia seorang lelaki yang baran? Lihat diri sendiri dahulu baru menilai orang lain!
Bekas di bawa keluar dari bag. Di buka dan di lirik. Terbuntang mata Hayyan apabila melihat beras yang masih tidak di masakkan lagi oleh si isteri. Ayam yang masih mentah dengan rempah empat sekawan yang berterabur di atas beras.
Satu surat terselit di tepi beras. Dk bukan dan di baca. Keluhan berkali di lepaskan.
Padan muka! Buat saya sakit hati lagi! Saya cuma nak duduk rumah ibu dua hari je! Itu pun tak kasi! Bukan saya nak duduk selama dua tahun! Makanlah awak beras tu!
Saya ni tak adalah kejam sangat... Ada bekas lagi satu. Warna biru. Makanlah... Saya sengaja nak usik awak. Makanlah... Kerja elok - elok. Lain kali jangan buat saya marah. Jangan ingat awak seorang je ada perasaan.
Apabila Hayyan membaca surat tersebut. Terus dia mencapai bag kertas itu semula. Di buka dan terlihat bekas biru di dalamnya. Dia membuka bekas tersebut.
Nasib baik sudah masak. Bau masakkan sedap menusuk ke rongga hidung. Lembut hatinya sudah...
Telefon di capai dan di tekan nombor telefon si isteri.
Nora yang berbaring di sisi anak yang tertidur lena di atas katil terus bangkit dan mencapai telefonnya yang berdering.
"Assalamualaikum..." dingin Nora.
"Waalaikumusalam..." tegas Hayyan.
" Kenapa?"
" Kau cuba nak cabar aku ke?" soal tegas Hayyan.
" Sekurang - kurangnya saya tak bagi awak makan beras tak di masak. Saya dah bekal yang lainkan?" geram Nora.
Bukan mahu berterima kasih! Geram hati kecil Nora.
Mereka terdiam seketika... Mana pula Hayyan hilang? Sibuk ke? Desis akal Nora pelik.
"Terima kasih... " lembut nadanya membuatkan Nora terdiam.
" Aku bukan nak marah kau tadi. Cuma... Siapa nak teman aku kalau kau balik rumah ibu? Nanti hujung minggu kita baliklah... " ujar Hayyan kembali dingin.
Dia cuba berlembut. Tapi rasa kekok dan tidak kena. Egonya tinggi benar.
"Haih... Tak apalah... Saya faham."
"Okaylah kalau kau faham... Aku takut sunyi rumah tu tanpa kau dengan Hayzhan. Terima kasih faham..." tegas suara Hayyan.
"Iye sayang faham... Sama - sama." balas lembut Nora.
"Satu lagi! Jangan nak membazir beras! Duit tau aku guna beli semua ni! Apa ingat, aku beli dengan air liur ke?" geram Hayyan.
"Ish! Awak bawa jelah balik nanti!" geram Nora.
"Hmm..."
Tut!
Seperti itu saja Hayyan mematikan panggilan.
YOU ARE READING
MISI TUAN HAYYAN : Mencari Cinta Bidadari Syurgaku
RomanceNORADANIA telah di jodohkan dengan sepupunya, Tuan HAYYAN. Mereka di satukan atas permintaan arwah nenda mereka. Hubungan mereka bahagia selama dua tahun. Mempunyai cahaya mata yang sudah berumuran dua tahun lebih. Tetapi Hayyan tidak menepati ciri...