BAB 3

60 11 0
                                    

NORA bangkit dari kedudukan. Habis saja dia mendirikan solat. Pantas telekung di buka dari tubuhnya. Di sidaikan di atas kerusi.

Mata melirik ke arah jam di dinding. Sudah pukul lima petang. Dia berjalan ke arah katil dan membaringkan tubuhnya di atas katil.

Telefon di capai. Niatnya ingin menonton drama di dalam aplikasi you tube. Tetapi noti si suami naik di dalam telefonnya.

- Hayyan -

Aku balik lambat sikit. Kalau nak makan... Makan je. Jangan tunggu. Nanti masuk angin... Menyusahkan aku pula.

Nora melepaskan keluhan kecil. Kasar betul perkataan si suami. Di tutup telefonnya. Malas mahu membalas. Di letakkan di atas meja sisi katil dan berbaring mengiring ke kanan.

Mata perlahan terkatup dan terlena dengan sendirinya. Terasa tenang petang itu. Di waktu asar...

Banyak kali Hayyan menghalang dirinya tidur di waktu asar. Tetapi entah badannya terasa letih benar petang itu.

Akhirnya terlelap juga.

HAYYAN menguak pintu bilik tidur. Apabila melihat sosok sang isteri sedang tidur lena di atas katil. Kepalanya automatik tergeleng.

Dia sedar si isteri letih. Di sebabkan itu dia biarkan saja. Dia menorak langkah ke arah meja sisi katil. Di letakkan bag silangnya di atas meja.

Tali leher di longgarkan dan di buka. Butang baju kemeja yang berwarna biru cair itu di buka sehingga paras dada saja.

Di hidu bau badannya. Apabila terasa tidak terlalu kuat bau badannya. Dia terus merangkak naik ke atas katil.

Dia berbaring mendekati si isteri. Apabila terasa jauh... Dia kembali mengesot mendekati si isteri sehingga terdengar dengkuran kecil si isteri.

Di tatap lama wajah si isteri sehingga bibirnya mengoyakkan senyuman manis. Sehingga memunculkan lesung pipit di bahagian pipi kanannya.

Cermin mata yang tersarung matanya di buka dan pakaikan untuk si isteri. Sengaja dia mahu mengganggu lena si isteri.

Nora menggumam apabila lenanya terganggu. Dia berkalih dan berbaring menghadap siling.

Tertawa kecil Hayyan melihat kecomel si isteri. Dia kembali mendekati si isteri. Di peluk erat pinggang isterinya.

Hidungnya di rapat dengan leher si isteri. Di gesel - gesel manja di leher jinjang si isteri membuatkan Nora sedikit menolak kepala Hayyan ketika masih dalam lena.

Hayyan tersenyum dengan gelagat si isteri ketika tidur. Dia berhenti mengganggu dan membuka cermin matanya dari wajah isterinya. Cermin matanya di letakkan di meja sisi katil.

Kembali berbaring di samping si isteri dan mendakap erat tubuh si isteri.

NORA terjaga dari lena. Dia berkalih apabila terasa hangat. Habis peluh badannya dek panas kerana di peluk oleh Hayyan.

Dia menolak sedikit tubuh Hayyan. Dia bangkit dari pembaringan dan melihat ke arah jam di dinding.

Terbuntang matanya apabila terlihat jam sudah menunjukkan tepat pada pukul 7. 30.

"Hayyan! Hayyan! Yannn! Bangunlah!" di pukul kuat dada bidang si suami.

Terbatuk - batuk Hayyan dengan pukulan kuat si isteri. Dia terjaga dan bangkit dari pembaringan.

MISI TUAN HAYYAN : Mencari Cinta Bidadari SyurgakuWhere stories live. Discover now