NORADANIA telah di jodohkan dengan seorang lelaki yang tinggi pengajiannya dan kacak orangnya. Semua itu sudah lengkap. Tetapi ada satu sifatnya membuatkan Nora geram juga.
Sifat yang beku dan selalu mengusik Nora membuatkan Nora hampir gila setiap hari. Walaupun bersikap dingin. Mereka masih bahagia dan masih nenjaga hubungan perkahwinan antara mereka.
Sudah dua tahun mereka berkahwin. Tetapi si suami tidak pernah mengungkap kata cinta kepadanya. Tetapi Nora tahu, walaupun lelaki itu tidak mengungkap rasa cinta kepadanya ataupun melayaninya dengan dingin. Nora tahu lelaki itu seorang yang setia.
Tuan HAYYAN adalah seorang lelaki yang dingin dan seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti cinta. Tetapi apabila di satukan dengan si isteri. Dapat juga dia merasakan kasih sayang dan merasa sekelumit cinta di hatinya.
Dia cintakan si isteri dan dia takut akan kehilangan si isteri. Tetapi egonya menjadi benteng agar dirinya terus menjadi dingin dan tidak suka menjaga perasaan si isteri.
Mereka di satukan di atas permintaan arwah nenda mereka dan mereka juga adalah sepupu. Tidak pernah rapat langsung.
Arwah nenda meminta mereka di satukan kerana ingin melihat lelaki si beku itu meruntuhkan benteng egonya. Tetapi sayang... Masih terlihat beku.
Nora kecewa juga tidak dapat menjayakan permintaan Arwah nendanya. Susah betul nak lembutkan hati si suami.
"Awak naik atas tu mandi, solat! Lepas tu jangan nak main angrybird awak tu pula! Anak kat rumah mama jangan lupa amik!" jerit Nora kepada si suami.
"Kesah pula aku. Nanti dah pukul satu... Kau panggil jelah. Yang kau anti sangat dengan game angrybird aku dah kenapa? Suka hati akulah!" jerit Hayyan pula.
Geram pula Nora dengan si suami. Lihatlah! Macam mana dia tak selalu merungut dan sakit hati! Selalu nak buat dia sakit hati saja si suami itu.
Bilalah si suami nak jadi romantis? Sudahlah impiannya dari kecil lagi ingin mendapat si suami yang romantik dan gentlemen.
Tapi... Tak apalah Nenda...
Harzin adalah sepupu di belah Hayyan. Lelaki itu baru saja balik dari luar negara. Wajahnya kacak dan mulutnya juga manis. Romantik dan bila tersenyum... Ya allah manisnya sehingga menggugat iman.
Tapi tanpa Nora tahu. Lelaki itu seorang playboy dan buaya darat. Sudah beribu wanita telah dia permainkan di sana.
Hayyan selalu melihat sepupunya, Harzin suka benar berborak mesra bersama si isteri. Sudahlah si isterinya dari dulu suka menyebut tentang ciri - ciri lelaki yang dia minati iaitu seorang lelaki bermulut manis dan romantik.
"Sudah ada anak pun tetap cantikkan awak ni, Nora. Saya lihat macam bulan di pagari bintang pula." puji Harzin.
Hayyan yanh membaca pujian sepupunya kepada si isteri membuatkan dia semakin bengang. Mendidih darahnya mendengar pujian lelaki itu kepad si isteri.
Tak! Noradania itu isterinya! Haih... Tapi macam dia mahu menambat hati si isteri? Dia beku! Dia tak pandai bermain dengan kata - kata!
Di sebabkan si mamat kasanova itu. Dia terpaksa meruntuhkan benteng ego lelakinya yang tinggi dan kukuh sejak dahulu lagi!
" Aku tak nak kau rapat sangat dengan sepupu aku. Dia tu kasanova. Buaya darat, laut, sungai dan segala buaya dia tu!" amaran keras Hayyan.
"Eh? Tak baiklah! Awak takkan tak percaya sepupu awak kot?"
"Aku bukan tak percaya dia. Aku tak percaya engkau!" geram Hayyan.
Nora mengeluh dan merasakan ada sesuatu yang pelik dengan si suami. Cemburu ke?
Sejak kehadiran sepupunya. Perangai dan sifat si Hayyan tidak seperti dulu lagi.
Hayyan terpaksa menjadi seorang yang romantik dan belajar menjadi seorang lelaki yang romantik agar dapat menawan hati sang isteri. Dia terpaksa meruntuh benteng egonya yang tinggi.
"Tadi ada orang hantar kek hari jadi kat saya." beritahu Nora.
" Sayalah tu... Awak suka?"
Aik? Sampuk apa si Hayyan ni? Berubah drastik membuatkan Nora rimas.
"Stop jadi gentleman boleh? Rimaslah!" geram Nora.
Hayyan semakin resah apabila Hazrin tidak berhenti - henti membuat sang isteri selalu bertebangan di awangan dengan kata - kata manis dan pujian.
Haih... Tak boleh jadi! Dia perlu buat si isteri hanya padang dia saja! Bukan lelaki lain!
Noradania milik dia! Milik Tuan Hayyan! Bukan Hazrin! Tolong bezakan! H. A. Y. Y. A. N! HAYYAN...!
Perangai si Hayyan berubah secara drastik membuatkan Nora semakin rimas dan lemas. Tak selesa betul.
Itu bukan suaminya! Kenapa pula lelaki itu berubah menjadi lelaki yang romantik?"Saya rindu Mr. Angrybird yang dulu." bisik Nora lemah.
Dia rimas apabila si suami asyik mahu berkepit saja dengannya. Manja tidak menentu dan tidak kena dengan tempat.
" Awak suka lelaki yang romantikkan?"
"Ye... Tapi watak tu tak kena langsung dengan awak. Saya tak mengharapkan awak untuk jadi seorang yang romantik sangat pun... Cukup kata - kata cinta sudah buat saya dihargai. Stop jadi orang lain... Please... Saya rindu mr. Angrybird yang dulu. Saya nak suami saya yang dulu," pinta Nora.
Hayyan melepaskan keluhan kecil. Dia cuba mengubah dirinya menjadi seorang yang romantik. Tapi sang isteri tidak memandang langsung. Beria saja dia...
Perlukah dia menjadi seorang yang dingin seperti dulu? Sudah penat dia meruntuhkan egonya dahulu... Kini dia perlu menjadi dingin dan menjadi seorang lelaki yeng mempunyai ego yang tinggi seperti dulu?
Itu ke isteri dia mahukan? Tapi kenapa si isteri masih melayani Hazrin dengan mesra?
"Awak dah jatuh hati dengan sepupu saya ke?" soal Hayyan menginginkan jawapan dari sang isteri.
Benarkah si isteri sudah tertawan? Tapi bagaimana dia mahu mencuri hati sang isteri semula? Bagaimana?
Tak! Dia tak boleh putus asa! Dia boleh! Selagi gadis itu miliknya! Dia akan cuba! Walaupun bukan dengan cara yang gentleman... Dia akan cuma menawan hati sang isteri dengan cara tersendiri.
Memang dia beku! Tetapi tidak ada harapankah si beku sepertinya menawan hati si isteri?
Dapatkah dia menawan hati si isteri dari terus di rampas oleh sepupunya yang buaya darat?
Dengan adanya bantuan rakannya... Di boleh !
Kini Hayyan mempunyai misi...
MISI TUAN HAYYAN:
MENCARI CINTA BIDADARI SYURGAKU- Pikat isteri ? Mudah ! Letakkan sedikit cinta, sayang dan cemburu di dalam masakkan...
Seusai itu... Aku belah dadamu ingin melihat namaku di hatimu... -
YOU ARE READING
MISI TUAN HAYYAN : Mencari Cinta Bidadari Syurgaku
RomanceNORADANIA telah di jodohkan dengan sepupunya, Tuan HAYYAN. Mereka di satukan atas permintaan arwah nenda mereka. Hubungan mereka bahagia selama dua tahun. Mempunyai cahaya mata yang sudah berumuran dua tahun lebih. Tetapi Hayyan tidak menepati ciri...