Bab 8

53 8 0
                                    

NORA mendekati suaminya di ruang tamu yang kusyuk menyanyikan lagu jiwang. Mata Hayyan memandang wajah isterinya dengan senyuman sinis sambil mulutnya terkumat kamit menyanyikan lagu tersebut.

"Walau madu bagiku... Tapi hempedu bagimu. Terkadang harus terima... Suratan darinya. Tidak salah kalau kasih di bahagi seadilnya..." sengaja Hayyan menguatkan lirik lagu itu.

Nora mencerlung tajam ke arah suaminya. Di rampas remote dari tangan suaminya. Meluat pula dia dengan lagu jiwang suaminya.

"Tak ada lagu lain ke? Lagu sama je! Serabut pula saya dengar lagu sama. Memang teringin nak pasang dua ke?" soal geram Nora.

"Kalau kau setuju aku on je. Yelah... Teringin juga nak rasa seorang tuangkan air seorang lagi ceduk nasi." seloroh Hayyan tertawa kecil.

"Ni ceduk ni!" Nora menunjukkan gumpalan tangannya ke arah suaminya.

"Banyaklah awak! Yang seorang ni pun tak reti nak jaga hati! Apa lagi dua! Mesti saya ni di buat macam bibik kat rumah ni!" geram Nora.

Hayyan meredakan tawannya dan merapati isterinya di sofa. Dia meletakkan tangga kirinya di tempat sandar sofa belakang isterinya.

"Jarang - jarang aku nak karokea. Apa salahnya?" tegas Hayyan.

Nora melepaskan keluhan kecil. Sekajap okay suaminya... Sekejap tidak. Sakit hati dia dengan si suami.

Hayyan mencuri - curi pandang isterinya di sisi. Perlahan - lahan tangan kanannya merayap di sekitar peha isterinya. Nora berkalih memandang suaminya dan memandang pelik wajah Hayyan.

"Nak apa?" dingin Nora pula.

" Jom keluar nak?" Ajakkan tegad Hayyan.

Nora tersenyum kecil.

"Awak nak ke mana? Pantai ke?" soal Nora teruja.

Jarang - jarangnya mahu keluar waktu cuti. Selalu suaminya akan rehat saja.

"Nak gi pantai ke?" soal Hayyan.

"Nak! Saya teringinlah... Lagi pun sambil - sambil tu nak buat amal juga. Yelah... Tengok keindahan Allah dan puji keindahan Allah kan dapat pahala." ujar Nora sambil menongkat dagunya di depan suaminya.

Bertaut rapat kening Hayyan di buatnya.

"Kau asal? Nak minta kaki ke?" selamba Hayyan.

"Ish! Awak ni tak sweet ke?" geram Nora terus bangkit dari kedudukan dan berlalu pergi naik ke tingkat atas.

"Oi!" panggil Hayyan.

Hayyan melepaskan keluhan kecil. Haih... Mudah betul terasa isterinya. Nak buat macam mana sudah dia memang tidak romantik.

Ting...

Satu dentingan di bawah bantal sofa di tetiba pula berbunyi. Hayyan menyelak dan terlihat telefon sang isteri. Terpapar nama Hazrin di skrin telefon isterinya.

Dia mengetap giginya. Bagaimana isterinya boleh ada nombor si sepupunya yang kasanova ini? Tak boleh jadi!

'Hi babe, free tak?'

Panas hati Hayyan apabila membaca mesej yang di hantar. Walaupun lama belajar di negara barat. Rasanya tidak perlu mahu terikut sampai ke sini. Meluat pula Hayyan di buatnya. Dia belajar di Saudi Arabic tak ada pula bermasyaallah...

Tunggulah kau...

Irfan -
Tips 1 - Turunkan ego.

Tips 2 - Pandai bermain dengan kata - kata.

"Yang kedua mungkin aku boleh. Tapi yang pertama aku sendiri tak sedar benda tu..." desis akal Hayyan

'Kau kena cuba!' bisik hatinya.

"Terima kasih Fan!" pantas Hayyan bangkit dari kedudukan.

Bayangan rakannya terus hilang dari akal fikirannya. Dia berlari naik ke tingkat atas dan baru saja ingin menolak daun pintu. Dia terdengar bunyi tangisan lunak sang isteri.

Matanya menjenguk ke dalam. Hatinya sedikit sakit apabila melihat bahu sang isteri terhenjut melepaskan tangisan.

Dia sedar isterinya sering tersakati akan sikap dan kata - katanya. Andaikan isterinya meninggalkannya lagi sanggupkah lagi dia mengharungi tanpa bayang si isteri.

Isterinya sering tersakit dan menangis kerana dia. Teruknya dia sebagai seorang suami. Dengan mudah dia membuatkan isterinya menangis. Anak bongsu lagilah manja dan mudah terasa.

" Sayang..." Hayyan masuk ke dalam bilik tidur.

Dia memanjat naik ke atas katil. Badan isterinya di peluk. Di peluk erat badan isterinya. Dia berbaring di sisi sang isteri.

Tangannya menggapai gambar kahwin di atas meja sisi katil. Dia tatap lama wajah isterinya.

"Masyaa allah... Isteri abang ke ni? Ya Allah... Cantiknya. Ingat bidadari manalah duduk sebelah abang waktu kahwin ni." puji Hayyan lembut.

Iterinya masih tidak mahu memandang dirinya. Tetapi Alhamdulillah isterinya sudah berhenti menangis.

" Kenapa? Siapa buat isteri abang menangis ni? Hmm? Biase dia buat isteri abang menangis ni!" ujar Hayyan sengaja di garangkan suaranya.

" Merajuk lagi isteri abang ni? Janganlah diam lama sangat. Abang rindulah dengan suara isteri abang ni. Mesti sedap bila bersuara..." pujuk Hayyan lembut.

Hayyan tersenyum apabila melihat isterinya bangkit dari pembaringa. Tetapi senyuman dia mati apabila melihat isterinya keluar dari bilik sambil membawa selimut dan bantal.

Hayyan mengikuti isterinya menuruni anak tangga. Apabila melihat isterinya tidur di atas sofa. Degupan jantungnya tiba - tiba berdegup laju.

"Oi? Asal tidur sini?" cuit kasar Hayyan.

Nora menepis tangan suaminya dan berkalih memandang tempat lain. Dia masih merajuk dengan si suami. Kalau bukan kerana anak sudah lama dia lari dan tinggalkan si suami.

Akhirnya Hayyan menyerah dan berlalu masuk ke dalam bilik. Sakit hati Nora dengan tindakan si suami. Langsung tak bersusah payah memujuknya. Air mata kembali mengalir.

Tiba - tiba badannya di tarik kasar sehingga membuatkan dia jatuh ke bawah dan menghempap tubuh suaminya di bawah. Tubuh mereka cepat di balut oleh selimut oleh Hayyan.

Nora cuba melawan dan tidak mahu tidur bersama si suami. Tetapi pelukan erat Hayyan membuatkan dia pasrah.

Tetapi air mata masih mengalir. Makin erat pelukan si suami makin kuat tangisannya di lepaskan. Emosi betul dia.

"Shh... Sudah. Jangan nangis. Siapa budak comel? Siapa budak montel?" pujuk Hayyan lembut menjauhkan wajahnya dari si isteri dan menatap lama wajah isteri.

Wajah isterinya merah dengan tangisan.

"Dah... Budak comel kalau nangis buruk." usik Hayyan.

Makin kuat tangisan si isteri.

"Alolo... Abang gurau jelah." Kembali erat pelukannya. Di usap lembut tubuh isterinya.

"Alolo anak bongsu ni manjanya. Isterinya abang ni nak manja - manja ke?" pujuk Hayyan.

Itu saja modal yang dia ada. Itulah modal yang selalu dia gunakan untuk memujuk adiknya ketika kecil. Kira untung jugalah Nora kerana dia dan adiknya saja yang dapat merasa pujukan manja Si Hayyan.

"Alolo... Mama Hayzhan nangis ke? Mama Hayzhan mana boleh nangis. Kalau Hayzhan nampak nanti dah tak comel dah mama Hayzhan nanti." pujuk manja Hayyan.

Akhirnya reda juga tangisan si isteri. Lama - kelamaan. Dia mendengar dengkuran kecil. Dapat dia merasa lendihan hingus si isteri di lehernya.

Dia tertawa kecil.

"Pengotorlah mama Hayzhan ni..." bisik kecil Hayyan sambil merapatkan wajah mereka sehingga dahi dan hidung mereka berlaga.

'Maafkan aku... Jangan nangis lagi. Tolong jangan ada hati lain dalam hati kau. Cukup aku ada dalam hati kau?' bisik lembut Hayyan di dalam hati sambil menggenggam erat tangan isterinya.

Hatinya masih sakit dengan panggilan Si Hazrin. Lebih betul panggil isteri dia 'babe'!

***

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MISI TUAN HAYYAN : Mencari Cinta Bidadari SyurgakuWhere stories live. Discover now