II - OO3

8 4 1
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  HARI INI, Dayana akan bekerja daripada pukul 7 pagi hinggalah 6 petang── shift pagi.

Sekarang, jam sudah pun menunjukkan pukul 5.30 pagi. Dia juga sudah selesai mandi. Tinggal mahu menukar baju dan mengenakan tudung sahaja.

Ziyad sudah pun bangun lebih awal daripadanya. Lelaki itu── seolah - olah peran seorang ibu dan bapa dalam hidup Dayana.

Dialah yang selalu kejutkan Dayana bangun pagi dan sediakan sarapan.

Scrub yang tergantung elok pada almari, Dayana capai. Selesai mengenakan baju, dia melangkah keluar daripada bilik.

Selepas solat subuh nanti barulah dia mengenakan tudung pula.

Buka sahaja pintu bilik, aroma makanan buat santapan sudah menusuk ke dalam rongga hidung. Serentak dengan itu, senyuman lebar merekah pada wajah cantik itu.

Langkah diatur laju menuruni anak tangga. Susuk tubuh sang suami yang berada di dapur dia hampiri. Tanpa lengah, tubuh kekar itu dipeluk daripada belakang.

“Ha! Masak apa tu? Sedapnya bauu.” sergah Dayana.

Hampir sahaja terlepas sudip yang berada ditangan Ziyad. Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Sudip dilepaskan seketika daripada tangan.

Kemudian, tangannya naik mencuit hidung si isteri. Geramnya dengan perangai budak kecik ini!

“Nasib saya tak ada sakit jantung atau apa - apa penyakit kronik. Kalau tak memang dah...” Ziyad jeda.

Lelaki membawa tangan kanannya ke leher── membuat gaya seolah - olah sedang menebas lehernya.

kiok.” sambungnya.

Kali ini, kepala agak dimiringkan bersama dengan lidah yang sengaja dijulurkan serta mata yang terpejam.

Seolah - olah dia sudah mati.

Dayana mendengus kasar. Perut Ziyad sengaja dipukul─ kasar. Serta - merta erangan kesakitan terlepas daripada ulas bibir Ziyad.

Akh── sakitlah, bintang.” adu Ziyad. Tangannya dibawa ke perut. Ditekan - tekan kawasan yang baru sahaja dipukul oleh Dayana untuk mengurangkan rasa sakit.

Wanita itu memasang wajah meluat. Bukannya kuat sangat pun dia pukul. Drama lebih si Ziyad ini.

“Bukannya kuat pun saya pukul. Mengada, mengada, mengada. Ziyad mengada.” kelutuk Dayana seraya melepaskan pelukan pada tubuh Ziyad.

Wanita itu kini berdiri disamping Ziyad. Dia mahu menyibuk sementara menunggu nasi goreng yang dimasak oleh Ziyad siap.

“Wanginya bintang saya hari ini.” puji Ziyad. Tangannya kembali mencapai sudip yang dilepaskan sebentar tadi.

“Apa maksud awak... hari ini? Maknanya semalam, kelmarin dan hari - hari sebelumnya saya tak wangilah?” soal Dayana.

Laju, Ziyad menggelengkan kepalanya, “Taklah! Awak hari - hari wangii. Mana ada tak wangi. Cuma hari ini, bau awak lain.”

“Awak tukar perfume, ya?”

Dayana mengangguk. Macam tahu - tahu sahaja dia mengenakan minyak wangi baharu. Minyak wangi pemberian Ziyad!

“Saya guna minyak wangi yang awak bagi! Bau dia wangi. Pandai awak pilih.” ujar Dayana, ikhlas.

Tak sangka Ziyad tahu citarasanya.

“Mana awak tahu saya suka bau - bau buah ni? Saya tak pernah cakap pun.”

Ziyad mengukir senyuman kecil. Kompor api dimatikan. Seterusnya, mangkuk bersaiz sederhana dicapai olehnya. Dia sudah selesai memasak.

Bulan's, Bintang !Where stories live. Discover now