II - OO8

6 3 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TOK! TOK! Tok!

Bunyi talukan pada pintu kayu itu mengalihkan perhatian Ziyad. Laptop yang berada di atas riba, Ziyad alihkan ke tepi.

Lelaki itu melangkah turun daripada katil. Pasti si pelaku talukan sebentar tadi ialah Dayana. Sepertinya Dayana sudah selesai berbual dengan Puan Dhalila.

Tetapi── sejak bila Dayana reti ketuk pintu? Kebiasaanya, wanita itu akan terus terjah masuk sahaja.

Tombol pintu, Ziyad pulas. Kemudian, daun pintu dibuka olehnya.

Sangkaan Ziyad meleset apabila susuk tubuh yang berdiri dihadapan pintu itu ialah Puan Dhalila dan bukannya Dayana.

“Mama ganggu Yad tidur ke?” soal Puan Dhalila.

Ziyad menggelengkan kepalanya, “Tak adalah. Yad belum tidur lagi. Tengah key-in markah students.”

“Mama kenapa belum tidur lagi?” soal Ziyad.

“Mama baru lepas selesai berbual dengan kakak. Ini mama nak suruh Yad angkat kakak masuk bilik. Dah terlelap budak itu atas katil.” pinta Puan Dhalila.

Senyuman nipis terukir pada Ziyad. Alahai, dah lelap rupanya. Patutlah tak reti - reti nak balik bilik.

“Ke Yad nak biarkan aja kakak itu tidur dengan mama?” soal Puan Dhalila lagi.

“Yad tak kisah. Kalau mama nak tidur dengan Aya... tidurlah. Yad boleh tidur sorang.”

“Ye ye je la itu boleh tidur sorang. Tak apalah, Yad. Pergilah angkat kakak itu. Kesian Yad tak ada teman tidur.” putus Puan Dhalila.

Sejujurnya, Ziyad tak kisah pun kalau Puan Dhalila mahu tidur dengan Dayana sepanjang ibu mertuanya itu berada dirumahnya.

Ziyad faham. Pasti Puan Dhalila rindu mahu berbual dengan anak sulungnya itu. Jadi Ziyad tidak keberatan mahu mengalah untuk beberapa hari ini.

“Iyalah. Yad nak kemas barang - barang atas katil dulu. Kejap lagi Yad datang bilik mama ambil Aya.” ujar Ziyad.

Puan Dhalila mengangguk. Selesai itu, wanita tersebut berjalan ke arah bilik tidurnya semula.

Selepas memastikan Puan Dhalila benar - benar sudah pergi, Ziyad kembali melangkah ke arah katil. Laptop dan senarai nama murid kembali dimasukan ke dalam beg. Kemudian, beg tersebut diletakkan disamping katil.

Selesai itu, dia menapak keluar dari ruangan tersebut. Bilik tetamu yang menjadi tempat Puan Dhalila menetap beberapa hari itu dihampirinya.

Tidak perlu mengetuk pintu terlebih dahulu. Pintu bilik tersebut sememangnya sudah terbuka. Seperti sudah tahu kehadiran Ziyad disitu.

“Masuklah, Yad.” pelawa Puan Dhalila.

Ziyad mengangguk. Dayana yang sudah diselubungi lena itu, Ziyad hampiri. Perlahan - lahan tubuh kecil itu digendong olehnya.

“Esok kakak kerja ke?” soal Puan Dhalila dan Ziyad mengangguk.

“Aya kerja esok. Shift pagi katanya. Tetapi Yad cuti. Kalau mama nak pergi shopping atau keluar mana - mana Yad boleh bawa.”

Puan Dhalila mengukir senyuman nipis, “Tak adalah. Mama tak ada rancangan nak keluar mana - mana pun.”

“Esok mama fikirlah. Kalau rasa nak keluar berjalan, beritahu aja Yad.” ujar Ziyad lagi.

“Iyalah, Yad. Pergilah bawa kakak masuk bawa bilik. Mama nak tidur dah ini.”

“Selamat malam mama. Yad keluar dulu.” pamit Ziyad.

Bulan's, Bintang !Where stories live. Discover now