II- O21

2 2 0
                                    

── Kota Melaka dan Segala Keindahannya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SELEPAS SAHAJA berbual dengan Dara dan Puan Madina, Dayana mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik.

Daripada tadi batang hidung Ziyad langsung tidak kelihatan. Oleh sebab itu, Dayana mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik tidur dia dan Ziyad.

Dia mahu berjumpa Ziyad.

Sebaik sahaja daun pintu ditolak, susuk tubuh tinggi lampai itu kelihatan sedang meniarap di atas katil. Wajahnya disembamkan pada tilam katil tersebut.

“Jiee.” riang Dayana memanggil suaminya itu.

Ziyad hanya menggumam sebagai balasan.

Dayana mengukir senyuman kecil. Dia melangkah menghampiri Ziyad. Kemudian, sengaja dia baringkan tubuh disamping lelaki tersebut.

“Jie, kenapa awak tak turun tadi? Adik perempuan awak balik tau.” soal Dayana.

Spontan dia memusingkan tubuhnya. Daripada lelaki itu meniarap tadinya, kini sudah berubah kepada memiring ke kiri. Sisi wajah Dayana menjadi santapannya.

“Dara bukan adik saya, Aya.” senada sahaja Ziyad menuturkan ayatnya.

“Eh?” Dayana menoleh. Sepasang mata coklat gelap itu menatap bingung ke arah Ziyad.

“Bukan ke Dara adik awak? Iyalah, kau orangkan membesar sama - sama. Bonda pun cakap──”

Sekali Ziyad membantah, “Dara bukan adik saya, bintang. Saya tak ada adik. Saya anak tunggal. Awak sendiri tahu.”

Wanita itu berdecit perlahan. Daripada nada suara Ziyad, lelaki itu kedengaran marah. Apa yang mahu dimarahkan pun tidak tahu.

“Kenapa awak marah sangat? Apa yang Dara dah buat dekat awak?” soal Dayana.

Sungguh dia bingung. Baru sahaja hari ini Dayana menyebut nama Dara dihadapan Ziyad, lelaki itu sudah bengang tanpa sebab.

Walaupun bengang Ziyad bukanlah dengan meninggikan suara tetapi Dayana dapat membaca air muka lelaki itu.

Ziyad diam. Persoalan Dayana dibiarkan menyepi. Dia membenarkan posisi baringnya. Tangan kiri, Ziyad jadikan bantal buat melapik kepala si isteri.

“Petang ini jom dating dekat Bandaraya Melaka.” ajak Ziyad.

Laju Dayana mengangguk, “Jom!”

“Lepas Isyak kita gerak. Malam - malam view situ cantik. Nanti kita boleh naik Taming Sari sekali.” ujar Ziyad dan dibalas anggukan oleh Dayana.

Anyways tadi mama call saya.” gumam Dayana. Kini suaranya berubah sayu.

Sebelah kening, Ziyad jungkitkan, “Mama? Mama call awak kenapa?”

Bukan ke dia dah minta mama beri masa untuk mereka berdua? Apa yang susah sangat mama mahu faham ini?

“Mama suruh cepatkan proses penceraian kita.” keluh Dayana.

Lemah sungguh dia apabila sudah bercakap tentang ini. Dia tidak suka bincang perihal bercerai - berai. Baginya, rumah tangga dia dan Ziyad sudah cukup bagus.

“Mama memang nekad mahu pisahkan kita ke, Jie?” soal Dayana sayu.

Ziyad menggelengkan kepalanya, “Mama marahlah itu, bintang. Buat masa ini, kita bagi masa untuk dia bertenang dulu.”

“Kalau dia buat keputusan waktu emosi, keputusan yang keluar itu dia tak fikir panjang pun. Memang kesan masa pendek itu dapat puaskan hati dia tetapi kesan masa panjang? Bagi mama masa untuk fikir dulu.” ujar Ziyad lembut.

Bulan's, Bintang !Where stories live. Discover now