II - OO2

8 4 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  WANITA DISAMPINGNYA itu leka menikmati aiskrim yang baru sahaja dibeli sebentar tadi. Ziyad juga tidak ketinggalan untuk menikmati aiskrim miliknya.

Ziyad tertawa halus. Dah nak jadi mak orang pun perangai masih lagi kebudak - budakan. Aiskrim dengan Dayana Zhalifah memang berpisah tiada!

Secara tidak langsung, Dayana menoleh memandang ke arah Ziyad. Spontan dahi si isteri berkerut seribu.

“Jie? Kenapa gelak? Ada benda ke dekat muka saya?” soal Dayana bingung.

Sekali lagi Ziyad mengekehkan tawanya. Wajah Dayana dipandang lucu. Terdapat sisa aiskrim yang melekat pada hujung bibir Dayana.

“Comot. Makan macam budak - budak.” kelutuk Ziyad.

Ibu jarinya dibawa ke hujung bibir Dayana. Sisa aiskrim yang melekat itu dikesat menggunakan ibu jarinya. Kemudian, sisa aiskrim tersebut dibawa ke mulut.

Membulat mata Dayana melihat tindakan Ziyad itu. Laju sahaja tangannya menampar bahu si suami.

“Ee! kotorlah, Ziyad!”

“Mana ada kotor. Bukannya aiskrim tu jatuh ke lantai pun.” bidas Ziyad. Lelaki itu mencebik.

Dayana berdecit perlahan. Tidak guna pun mahu bertelingkah dengan Ziyad. Lelaki itu pasti menang. Sejak kebelakangan ini, Ziyad pun sudah mempunyai perangai ‘tidak mahu kalah.’

“Okay, Ziyad Nufa’el. Awak menang.” Dayana mengaku kalah. Jarang sekali dia mahu mengalah.

Ziyad menyungging senyum kemenangan. Bahu si isteri ditarik menghampiri. Dielus lembut bahu Dayana.

Dayana hanya membiarkan sahaja perilaku Ziyad. Dia juga suka bersikap clingy dengan lelaki itu. Kepalanya direhatkan pada bahu Ziyad.

Lagian pula, mereka berada di tasik buatan sekarang.

“Bintang... saya nak sikit boleh?” soal Ziyad dan Dayana mengangguk.

“Yang berbual dengan awak dekat rumah tadi itu siapa?”

Si wanita diam sejenak. Dahinya berkerut mengingatkan semula siapa yang berbual dengannya sebentar tadi.

Seketika kemudian, Dayana berdecit kecil, “Oh, dia. Dia jiran baharu kita. Baru pindah hari ini.”

“Oh, really? Wah, akhirnya ada juga orang yang mahu duduk situ.” gumam Ziyad.

“Dia ada beritahu nama dia tak?” soal Ziyad lagi.

Dayana mengangguk, “Ada. Nama dia Luth.”

Ziyad membentuk bibirnya pada bentuk O. Perbualan mereka tentang jiran baharu itu mati disitu. Ziyad tidak mahu bertanya lanjut tentang jiran tersebut. Nanti - nanti sahaja dia bakal berbual sendiri dengan Luth.

“Oh, anyways tadi mama ada call saya.” ujar Dayana.

“Mama cakap apa?”

“Mama kata nak datang rumah kita hujung minggu ini. Apa pendapat awak?”

Ziyad menggumam kecil. Matanya yang sudah semula jadi sepet itu disepetkan lagi. Sepasang mata cantik itu dipandang lama oleh Ziyad.

Sengaja mahu memberikan suasana suspension.

Dayana mulai kesal. Tangannya naik memukul dada Ziyad, “Jie! Betul - betulah! Ee, sejak - sejak nak jadi bapak orang ini── perangai entah apa - apa.”

Meletus terus tawa lelaki itu. Dia mengangguk. Tangan besar milik Ziyad naik mengusap kepala Dayana. Kemudian, jatuh pada pipi Dayana. Dicubit lembut pipi wanita tersebut.

Bulan's, Bintang !Where stories live. Discover now