II - O14

11 3 3
                                    


── “ Late night deep talk itu menyenangkan. ”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ    ❝ MACAM MANA boleh jatuh, bintang? Awak ini cuai ’lah.” kelutuk Ziyad. Hidung Dayana dicuit lembut.

Kemudian, pergelangan tangan yang bertampal plaster itu diusap lembut Ziyad. Haih, kalau tak cuai bukan Dayana Zhalifah ’lah namanya.

“Kan waktu itu saya tengah call awak. Tangan saya penuh. Nak tap kad ’lah, nak tolak pintulah, nak pegang phone ’lah. Lepas itu saya tolak pintu guna bahu sebab tangan saya penuh. Tak tahu pula ada orang daripada dalam department itu nak keluar. Memang jatuhlah saya.” seloroh Dayana. 

Memang betul pun. Dia agak sukar untuk melakukan pelbagai perkara dalam masa yang sama.

Ziyad mengekehkan tawanya. Kepala turut digelengkan. Kelakar mendengar seloroh si isteri. Ada sahaja benda yang mahu dijawabnya.

“Lain kali be careful more, bintang. Awak boleh je letak dulu call itu atau beritahu saya yang awak dah sampai department. So nanti - nanti saya boleh call awak semula.” lembut sahaja Ziyad menuturkan ayatnya.

Dayana mencebik. Pelukan pada lengan si suami semakin dieratkan. Langkah kedua - duanya kembali di atur supaya dapat menjelajahi pesta makanan itu.

Selepas sahaja pulang kerja petang tadi, Ziyad beritahu bahawa ada pesta makanan dikawasan tasik buatan Kuala Lumpur.

Sebagai seorang yang gemar akan makanan, memang laju sahaja Dayana mengajak Ziyad ke situ. Oleh itu, mereka berdua berada disitu sekarang. Berjalan berdua sambil memburu makanan!

“Iyalah, Ziyad sayaaangg. Lepas ini saya janji akan lebih careful, ya?” ucap Dayana separa ikhlas. Bola matanya turut dijulingkan ke atas.

Ziyad kembali mengekehkan tawanya. Ada - ada sahaja perangai Dayana yang berjaya mencuit hatinya setiap hari.

“Awak nak makan apa malam ini?” soal Ziyad kepada Dayana.

Hampir setengah jam mereka berjalan tetapi masih belum mendapat apa - apa habuan. Mereka hanya berjalan sambil berbual kosong berdua.

Dayana hanya sekadar menjungkitkan bahunya. Dia sendiri tidak pasti mahu makan apa pada malam itu. Dia bingung dengan diri sendiri.

Aik? Bukan selalu ada je ke benda yang awak nak makan? Kenapa hari ini tak tahu pula?” soal Ziyad sedikit bingung.

“Ish, saya tak tahu bukan sebab tak idea langsung mahu makan apa tetapi saya rasa macam nak makan semua benda sekarang ini.” wanita itu mencebik.

Jujur, semua yang ada pada pesta makan malam itu berjaya menggoda Dayana. Rasanya seperti mahu makan semua benda.

Ziyad memberhentikan langkahnya. Secara tak langsung, Dayana turut berhenti menapak. Kepala dilagutkan bagi memandang wajah Ziyad.

“Nak ayam gunting?” soal Ziyad.

Dayana mengangguk.

“Aiskrim?”

Sekali lagi Dayana mengangguk.

“Bandung cincau atau Latte?

Latte! ” girang Dayana menjawab pertanyaan Ziyad.

“Okay, bandung cincau!”

Puk!

Laju sahaja Dayana memukul bahu Ziyad, “Heee kenapa bandung pula? Kan saya pilih Latte tadi.”

Bulan's, Bintang !Where stories live. Discover now