II - O22

3 2 0
                                    

── Kau, Aku dan Kota Melaka Sebagai Saksinya

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ LEPAS AJA keluar daripada Muzium Samudera itu, saya dengan kawan - kawan saya keluar pergi Dataran Pahlawan.”

Sebaik sahaja mereka turun daripada Taming Sari, Dayana mengajak Ziyad bersiar - siar disekitar kawasan tersebut.

Benda pertama yang Dayana cari ialah makanan. Ziyad mengambil keputusan untuk duduk sebentar disebuah gerai sederhana.

Mujur sahaja gerai tersebut menyediakan kerusi dan meja untuk duduk melepak disitu.

“Lepas itu apa jadi?” soal Ziyad lagi. Dia memang berniat mahu memanjangkan topik perbualan di antara mereka.

Dayana menyudahkan suapan char keuy teow terlebih dahulu sebelum kembali menyambung cerita.

“Saya jalan berdua dengan Dhalia. Time itu Irisy jalan dengan Heriesya. Selalunya Heriesya dengan Dhalia duo tetapi hari itu kita orang swap partner.”

“Oh, iyalah ’kan. Awak dengan Irisy ’kan duo.” gumam Ziyad sambil mengangguk.

“Mula - mula masuk itu saya dengan Dhalia pergi cari surau untuk solat dulu. Tetapi masa itu saya datang bulan. Jadi saya teman Dhalia aja.” cerita Dayana.

Sepertinya cerita wanita itu sudah berakhir. Hampir 15 minit juga Ziyad mendengar cerita Dayana tentang pengalamannya ketika menyertai lawatan sekolah ke Melaka.

“Awak buat apa aja dalam Dataran Pahlawan Mall itu?” soal Ziyad lagi.

“Tak ada apa - apa sangat pun. Saya dengan Dhalia cari benda untuk makan dulu. Lepas itu, kita orang pergi Mahkota Parade Mall belakang itu.”

“Aik, buat apa?”

“Dhalia nak cari novel bahasa inggris. Alang - alang saya pun beli novel juga.” jelas Dayana.

Tangan kanannya kembali mencapai garfu yang tadinya diletakkan tepi pinggan. Char keuy teow yang masih belum habis itu kembali dikaut lalu disuakan ke dalam mulut.

Dayana memandang Ziyad bingung. Lelaki itu daripada tadi hanya memandang dirinya makan. Dia juga tidak memesan sebarang makanan. Hanya ada segelas air susu Horlicks sahaja yang dipesan oleh Ziyad.

“Kenapa pandang saya macam itu? Ada apa dekat muka saya?” soal Ziyad sebaik sahaja perasan akan tatapan si isteri.

Tangannya naik mengusap wajah. Kot kot ’lah ada sisa susu Horlicks pada wajahnya.

Dayana menggelengkan kepalanya, “Tak ada apa - apa pun dekat muka awak.”

“Lahh dah itu kenapa pandang saya macam ada sisa susu Horlicks dekat muka saya?”

“Tak, saya cuma nak tanya. Awak tak makan ke? Kenyang ke minum susu itu je?” soal Dayana dan dibalas dengan anggukan oleh Ziyad.

“Kenyanglah. Saya bukan macam awak── kuat makan.” kutuk Ziyad.

Membulat sepasang mata sepet itu mendengar kutukan Ziyad, “Hey! Elok sikit! Bukan saya yang nak makan tetapi baby.”

Dayana memincingkan matanya. Padangan tidak puas hati dilemparkan kepada Ziyad.

Kuat makan itu akibat bawaan bayi okay.

“Kesian baby saya. Balik - balik mama dia tuduh dia yang nak makan. Padahal mama ’nya yang mengidam.” kelutuk Ziyad. Lelaki itu mencebik.

Hee mana ada! Baby ’lah yang nak makan.”

Kali ini, Dayana menarik muka. Sempat dia menjeling Ziyad sebelum char keuy teow yang masih bersisa itu kembali dijamah olehnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bulan's, Bintang !Where stories live. Discover now