II - O2O

6 2 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SELEPAS SAHAJA mereka keluar lepak ditepi pantai pagi tadi, kedua - duanya mengambil keputusan untuk tetap rumah dan berehat.

Ziyad berada di atas, dalam bilik mereka manakala Dayana berada diberanda Teratak Madina. Lelaki itu sibuk menyiapkan kerjanya.

Dayana hanya duduk bersantai dikawasan beranda Teratak Madina. Memandangkan Teratak Madina benar - benar menghadap ke arah laut, jadi Dayana lebih gemar duduk bersidai diluar daripada dalam rumah.

Telefon pintar yang berada disampingnya berbunyi, menandakan ada panggilan yang masuk.

Ikon berwarna hijau itu digeser ke kanan. Secara tidak langsung, panggilan telefon berjaya disambungkan.

“Hello?” sapa Dayana sebaik sahaja talian disambungkan.

“Kau dekat mana?”

Dayana kembali menjauhkan telefonnya daripada kuping telinga. Nama kontak yang tertera pada layar telefon dibaca sekilas sebelum benda pipih itu kembali dibawa ke telinga.

“Kakak balik kampung Yad. Mama kenapa call kakak?” soal Dayana.

“Semalam aku mesej kau tetapi Ziyad yang balas. Aku tak tahulah sama ada kau dah baca mesej aku atau belum.” ujar Puan Dhalila disebelah sana.

Spontan Dayana mengerutkan dahinya. Puan Dhalila ada mesej dia? Bila masa pula wanita itu mengirim mesej kepadanya?

Laju sahaja tangannya membuka aplikasi WhatsApp tanpa menamatkan panggilan. Kontak nama Puan Dhalila ditekan lalu mesej yang dimaksudkan oleh mama dicari.

Nihil. Tiada satu pun pesan yang dikirim semalam. Yang ada cumalah mesej yang telah dikirim beberapa hari lepas.

“Mana ada mama mesej kakak semalam.” beritahu Dayana.

Kedengaran Puan Dhalila berdecit perlahan, “Laki kau dah padamlah itu. Semalam dia yang balas mesej - mesej itu semua. Biadap.”

“Ma...” suaranya kedengaran sayu. Dia tidak suka apabila mama sudah bawa - bawa Ziyad dalam semua hal.

“Aku nak kau balik Seremban. Jumpa aku secepat yang mungkin. Aku dah malas nak bagi kau masa atau apa - apa sahaja alasan yang kau bagi.” beritahu Puan Dhalila. Itulah tujuan utama kenapa dia membuat panggilan pada hari itu.

Dayana menggelengkan kepalanya. Masih berbaki dua hari lagi dia dan Ziyad di Melaka. Dia tak berniat mahu pulang lebih awal.

“Kakak dekat Melaka, ma. Mama boleh tunggu kakak balik dulu? Nanti kakak ajak Ziyad balik──”

“Berhenti bagi alasan, Dayana Zhalifah! Balik rumah aku segera! Aku bagi kau masa lagi sehari. Kalau kau tak muncul depan pagar rumah aku... tahulah nasib kau.”

Belum sempat Dayana mahu membuka mulut, panggilan telah pun ditamatkan oleh mama terlebih dahulu. Wanita itu terlebih dahulu memutuskan talian.

Serentak dengan itu, Dayana mengeluh kasar. Apa lagi yang mama mahukan? Tak puas hati lagi ke lepas buat kecoh dekat rumahnya kelmarin?

Telefon pintar, Dayana letak disisi kembali. Dia malas mahu melayan Puan Dhalila.  Seperti yang dia dan Ziyad janjikan, mereka mahu menenangkan fikiran tanpa memikirkan sedikit pun tentang mama.

Bunyi pintu pagar ditolak mematikan lamunan Dayana. Spontan dia menoleh ke arah pintu pagar beroda itu. Sebuah kereta berwarna putih menyapa pandangan Dayana.

Dia tidak sempat mahu melihat wajah pemilik kereta tersebut kerana pemilik kereta itu terlebih dahulu masuk ke dalam perut kereta.

Sebaik sahaja Toyota Vios putih itu selesai parking, empunya kereta melangkah keluar daripada kereta tersebut.

Dayana tersentak. Wajah pemilik kereta tersebut── tipulah kalau dia tidak kenal. Wajah cantik itu, hampir setiap hari dia lihat di hospital tempat dia bekerja.

“Dara?” Dayana bingkas bangun daripada duduknya. Gerangan tersebut dipandang tidak percaya.

Dara menoleh. Gadis itu sama - sama terkejut. Lama dia meneliti wajah Dayana sebelum telapak tangannya dibawa untuk menekup mulut.

“Dayana? It's you?

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

❝ BONDA, KENAPA bonda tak cakap dengan Yad yang Dara balik Pengkalan Balak?” soal Ziyad separa berbisik.

Wanita paruh baya itu Ziyad tarik menjauhi ruang tamu. Dia tidak mahu Dara mahupun Dayana mendengar perbualan dia dan Puan Madina.

“Apa masalahnya kalau Dara balik sekali pun? Dara itu dah lama tak balik Pengkalan Balak tahu? Sejak kamu──”

Tidak memberi peluang Puan Madina menghabiskan ayatnya, Ziyad memotong, “Yad tahu... Yad tahu Dara dah lama tak balik tetapi Yad perlukan masa dengan Aya dekat sini.”

Jeda. Ziyad menghela nafas berat.

“Hanya Yad dan Aya serta budak - budak ini.”

Puan Madina mengerutkan dahinya, pelik, “Yang kamu ini dah kenapa, Ziyad Nufa’el? Biar ajalah adik kamu itu balik sini.”

Adik. Perkataan itu sengaja Puan Madina tekankan.

“Dia bukan adik Yad, bonda. Dia dengan Yad... langsung tak ada talian darah!” nada suara Ziyad sedikit meninggi. Namun masih terkesan cukup perlahan.

“Bonda tahu Yad masih lagi terasa dengan Dara... dengan bonda perihal enam tahun lepas tetapi Yad, bonda tak rasa Dara masih lagi Dara yang sama.” ujar Puan Madina perlahan.

Bahu Ziyad diusap lembut, “Bonda yakin Dara dah berubah. Dia pasti boleh jaga batas dengan Yad sebagai tanda hormat dia kepada Aya... isteri Yad.”

Lelaki bertubuh tinggi lampai itu menggelengkan kepalanya. Bukan tidak percaya dengan omongan Puan Madina tetapi dia tidak yakin dengan perubahan sikap Dara.

Gadis itu lebih daripada kata licik.

Rencananya, lebih lancar daripada bermain luncur ais. Bahkan lebih daripada itu.

Kepalanya, penuh dengan pelbagai rencana yang orang sekitar tidak boleh agak. Semuanya bersih. Rencananya dan perlaksanaannya.

Dan disebabkan itu, Ziyad sukar untuk mempercayai bonda apabila wanita itu kata Dara benar - benar berubah.

Mungkin sehari dua ini nampak baik. Esok lusa? Entah apa yang ada dalam kepala gadis itu. Ziyad sendiri sukar mahu menembaknya.

Keluhan Puan Madina mematikan lamunan Ziyad. Kedua - dua belah bahu Ziyad, Puan Madina pegang lembut.

“Kalau Yad tak selesa, bonda boleh carikan hotel disekitar kawasan ini. Yad dengan Aya duduklah dekat situ sehingga kamu berdua mahu balik ke Kuala Lumpur.” cadang Puan Madina dan dibantah oleh Ziyad.

“Yad percayakan, bonda. Kalau macam itu Yad naik atas dulu. Nak solat Dzuhur.” pamit Ziyad. Tubuhnya ditundukkan sedikit sebelum dia berlalu menaiki tangga.

Laju lelaki itu melangkah menaiki anak tangga. Entah terburu - buru mahu menunaikan solat Dzuhur atau sengaja mahu meminimalkan bertembung dengan Dara.

Sejak insiden enam tahun lepas, Ziyad memang tidak mahu bertembung dengan Dara. Kalau bertembung pun tidak mahu apatah lagi dengar suara si gadis.

Jangankan suara, nama Dara meniti pada bibir Puan Madina pun Ziyad sudah tidak mahu dengar. Pura - pura melakukan kerja lain atau pun sengaja mengubah topik perbualan.

Sebenci itu Ziyad kepada Dara.

Tetapi Puan Madina tidak rasa Ziyad membenci Dara. Mungkin anak lelakinya itu hanya kecewa dengan perkara yang sudah berlalu.

Puan Madina menggelengkan kepalanya. Dia malas mahu memikirkan tentang Ziyad dan Dara. Lebih baik dia kembali ke ruang tamu dan berbual dengan Dara.

Sudah lama dia tidak berbual dengan si dara. Rindu!

Bulan's, Bintang !Where stories live. Discover now