BAHAGIAN 2

4 3 0
                                    

---

"Pergi layan pelanggan tu, Syazana," kata Puan Saudah.

Tanpa membuang masa, Syazana terus pergi mengambil pesanan pelanggan dengan segera.

"Hello! Akak nak order apa?" tanya Syazana.

"Um, akak nak air green tea satu dan waffle coklat satu," jawab pelanggan.

"Okeyy," balas Syazana.

Setelah selesai membuat pesanan, pelanggan itu menoleh ke belakang, tetapi secara tidak sengaja dia melanggar seorang lelaki berbadan sasa yang berada di belakangnya.

"Alamak!? Maaf, encik, saya tak sengaja," kata pelanggan itu dengan nada takut kerana dia telah tertumpahkan air green tea di baju lelaki itu.

Lelaki itu kelihatan sangat marah. "EH! KAU TAK RETI TENGOK JALAN KE? BAJU AKU NI DAH LAH MAHAL, LEPAS TU KAU TUMPAHKAN PULA!"

"Maaf..." jawab pelanggan itu dengan rasa bersalah.

"SORRY?! INGAT SORRY KAU TU BOLEH SELESAIKAN MASALAH NI?!" marah lelaki itu lagi.

"Eh, bang, hormatlah sikit. Dia tu perempuan kut. Lagipun, dia dah minta maaf, kan? Setakat baju kau tu pun nak marah orang pula," Syazana menyampuk.

Lelaki itu memandang Syazana dengan tajam. "Eh, kau diam! Jangan nak masuk campur urusan aku."

Syazana merasa ingin marah kepada lelaki itu, tetapi dia cuba bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman.

"Biar lah saya masuk campur pun..." kata Syazana dengan tegas.

"Eihh!!! Nyampah betul aku jumpa manusia yang tak nak dengar cakap!" lelaki itu berkata sambil berlalu pergi dengan perasaan marah.

"Tak apalah, kak... biarkan dia. Air green tea akak saya gantikan dengan yang baru, okey," kata Syazana.

"Eh?! Tak payahlah, itu salah saya juga sebab tak tengok jalan..." jawab pelanggan itu.

"Eh, bukan salah awak pun... tak apa, biar saya gantikan saja air tu," Syazana tetap bertegas. Akhirnya, pelanggan itu mengalah dengan sikap Syazana yang tidak mahu mengalah.

---

    

SUKA TAK SUKA, SAYANG JUGAWhere stories live. Discover now