BAHAGIAN 13

3 1 0
                                    

" Dah, dah, gi sambung kerja... malu orang pandang kita ni," kata Puan Saudah. Moodnya yang biasa tiba-tiba berubah apabila dia berasa malu kerana terlalu gembira.

Namun, Syazana tidak berasa malu. Dia sentiasa suka melihat pelanggan berasa teruja. "Buat apa nak malu, makcik Saudah? Syazana okey je," balas Syazana dengan senyuman.

"Eh, dah dah, sambung buat kerja tu, kalau tak, balik lambat kang," kata Puan Saudah sambil cuba menahan rasa malunya.

Syazana tidak kisah, lalu menyambung semula kerjanya dengan tenang. Setelah beberapa minit berlalu, suasana di kedai kembali sibuk dengan pelanggan yang datang silih berganti. Syazana terus tekun melayan setiap pelanggan, sementara Puan Saudah semakin tenang dan kembali fokus kepada tugasnya.

Tiba-tiba, seorang lelaki bertubuh sasa datang ke arah Syazana.

"Nak karipap satu dan waffle dua, tu je," kata lelaki sasa itu.

"Ha, yelah, jap..." balas Syazana tanpa memandang ke arahnya.

"Oi, pandanglah sini! Aduh, perempuan ni lah... kalau pelanggan nak order, pandanglah, jangan sombong sangat," balas lelaki itu dengan nada sinis, sengaja mahu mencari pasal.

Syazana terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Dia segera memandang ke arah lelaki tersebut dan terus terkejut lagi apabila menyedari itu adalah seseorang yang pernah dia jumpa sebelum ini.

"Eh!? Kau lagi?" ujar Syazana, terkejut.

"Um... yeah? Ada masalah ke dengan aku?" balas lelaki itu sambil mengangkat kening kanannya.

"Um... takde apa," jawab Syazana, cuba menyembunyikan perasaannya.

"Dah, cepatlah, aku nak order ni," desak lelaki itu dengan nada tidak sabar.

Syazana diam seketika, kemudian menjeling ke arah lelaki yang dia tidak gemari itu, tapi dia teruskan juga tugasnya dengan berat hati.

SUKA TAK SUKA, SAYANG JUGAWhere stories live. Discover now