BAHAGIAN 9

1 1 0
                                    

Tiba-tiba, Syazana teringat bahawa dia sebenarnya tidak tahu cara menaiki basikal.

"Ya Allah! Aku lupa pula yang aku ni tak reti naik basikal! Aduh, kenapa aku boleh lupa ni?" katanya dengan rasa cemas.

Syazana buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia memang tidak pandai naik basikal, tetapi terpaksa mencuba juga kerana dia benar-benar perlu pergi ke kedai.

Dengan penuh keyakinan, dia memutuskan untuk mencuba. Dia terus duduk di atas basikal itu, berusaha mengimbangkan dirinya.

"Fuh... kau boleh, Syazana! Orang lain boleh naik basikal, takkan kau tak boleh pula," dia berkata kepada dirinya sendiri, cuba memberi semangat.

"Okey, kau boleh! InsyaAllah... okey, mulakan dengan Bismillah dahulu, kemudian baca Surah Al-Asr," Syazana mengingatkan dirinya sebelum memulakan perjalanan yang mencabar itu.

Syazana menarik nafas dalam-dalam dan mula membaca Surah Al-Asr:

Wal-Asr,
Innal-insaana lafee khusr,
Illal-lazeena aamanoo wa 'amilus-saalihaati watawaasaw bil-haqqi watawaasaw bis-sabr.

Setelah menghabiskan bacaan, dia merasakan sedikit ketenangan dan lebih bersemangat untuk meneruskan percubaannya. Dengan hati-hati, dia mula mengayuh basikal itu, berharap agar dia dapat menguasainya dengan cepat.

SUKA TAK SUKA, SAYANG JUGAWhere stories live. Discover now