BAHAGIAN 8

1 1 0
                                    

Tanpa membuang masa, Syazana terus bersiap tanpa mandi. Dia keluar dari rumah dan mengunci pintu. Syazana tidak tahu bagaimana untuk pergi ke kedai.

"Aduh, macam mana ni? Aku nak naik apa?!" Syazana mula panik.

Kemudian, dia ternampak basikal Puan Saudah di tepi dinding rumah.

"Eh, ada basikal makcik Saudah... Hmm, ha! Apa kata aku naik basikal makcik Saudah. Elok lagi ni," katanya sambil tersenyum.

Dia segera mengeluarkan basikal itu, tetapi tiba-tiba...

"Aduh, tayar pancit pula! Ishh, geramnya!" Syazana semakin tertekan kerana satu lagi masalah yang perlu diselesaikan.

Dia segera mencari pam tayar.

"Mana ni pam tayar, aduh!"

Syazana semakin panik kerana dia tidak dapat mencari pam tayar. Dia berlari ke serata tempat di rumah, mencari dengan penuh kegusaran. Sambil mengomel sendirian, dia tiba-tiba teringat bahawa pam tayar mungkin berada di stor belakang rumah.

"Ah, stor belakang! Mungkin ada kat situ!" katanya dengan penuh harapan.

Syazana segera menuju ke stor tersebut dan mula mencari di antara barang-barang lama yang disimpan. Setelah beberapa minit mencari, akhirnya dia menemui pam tayar yang dicari.

"Alhamdulillah! Jumpa pun!" katanya dengan lega.

Dia segera mengisi angin pada tayar basikal Puan Saudah. Setelah selesai, dia pun bersiap sedia untuk pergi ke kedai, kini dengan perasaan lega walaupun masih sedikit bimbang dengan masa yang semakin suntuk.

SUKA TAK SUKA, SAYANG JUGAWhere stories live. Discover now