BAHAGIAN 7

3 2 0
                                    


---

Mereka pun sampai di rumah. Syazana keluar dari kereta dan sekali lagi menutup pintu dengan kuat, masih marah akibat kejadian tadi. Puan Saudah, yang sudah penat, memilih untuk tidak memujuk Syazana dan membiarkan dia tenang sendiri.

"Haih, macam-macam lah budak tu... orang tegur pun dia nak marah pula," keluh Puan Saudah perlahan.

Syazana terus masuk ke biliknya dan menghempas pintu dengan kasar. Dia mengambil bantal peluknya, memeluknya erat-erat, dan menggigit bantal itu untuk melepaskan rasa geramnya.

"ARGHH! NYAMPAH BETUL DENGAN LELAKI TU! KALAU PUAN SAUDAH TAK ADA MASA TU, BOLEH LAH AKU CEKIK LELAKI TU SAMPAI PUAS! ISHHH!" marah Syazana dengan suara yang tertahan.

Selepas masuk ke dalam rumah, Puan Saudah mengunci pintu (yelah, mesti kunci pintu, kalau tak nanti masuk pencuri pula, susah kan? Haha, gurau je. Oke, sambung balik cerita). Puan Saudah sebenarnya hendak masuk ke biliknya, tetapi dia memutuskan untuk menjenguk Syazana dulu. Dia mengetuk pintu bilik Syazana, tetapi tiada jawapan. Jadi, Puan Saudah membuka pintu perlahan-lahan dan melihat Syazana sudah tertidur.

Puan Saudah menutup pintu bilik dengan perlahan-laha. supaya tidak mengganggu tidur Syazana, lalu pergi ke biliknya sendiri untuk berehat.

Pada tengahari, Syazana terjaga dari tidurnya. "Haaaumm... Hm... Dah pukul berapa ni?" gumamnya sambil menguap. Ketika dia melihat jam, dia terkejut mendapati sudah pukul 12:00. Biasanya, Syazana bangun awal dan pergi berniaga pukul 7:50 untuk membuka kedai.

"Eh?! Dah pukul 12:00! Ya Allah, tidur mati ke aku ni?" katanya terkejut.

Tanpa membuang masa, Syazana terus turun dari katil dan mencari Puan Saudah di ruang tamu, bilik, dan dapur, tetapi Puan Saudah tiada di mana-mana.

"Aduh, aku kena tinggal ke ni... Huwaaaaa! Sampai hati makcik tak bangunkan Zana," tangis Syazana, merasa kecewa dan bersalah kerana tertidur sampai tengahari.

---

SUKA TAK SUKA, SAYANG JUGAWhere stories live. Discover now