07

2 0 0
                                    

⚠️ Triggered Warning :
• nonconsent acts
• explicit content
• dirty language

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Ish, lepaslah. Sakit tahu tak?" Fathiya meronta. Bukannya tak cuba lepaskan diri daripada Tengku Wafiq namun cengkamannya kali ini kuat amat. Terasa remuk tulang lengan Fathiya kala itu dibuatnya.

Tanpa amaran, Tengku Wafiq lepaskan tautan tangannya.

Fathiya yang sedari tadi meronta langsung tak perasan akannya. Tahu - tahu sahaja, dia sudah hilang keseimbangan tubuh.

Semuanya berlaku terlalu pantas. Fathiya tak sempat bertindak apa - apa melainkan pejam rapat matanya sahaja.

Eh?

Fathiya lantas buka kelopak matanya saat menyedari tubuhnya elok mendarat di atas tilam katil.

Sedar diri yang sekadar mengenakan dress separas lutut, Fathiya segera rapikan pakaian yang diapakai. Risau, kalau - kalau ada bahagian yang tak sepatutnya terhidang sebagai santapan mata saat tubuhnya rebah tadi.

Fathiya masih dalam keadaan berbaring. Dia memandang kosong siling hotel. Tak lama sebelum, figura Tengku Wafiq turut memasuki kawasan medan penglihatannya.

Tahulah Fathiya, lelaki itu sedang menapak ke arahnya.

Bebola mata Fathiya mula bergerak liar. Sedar, satu bahaya akan tiba hanya melalui riak wajah Tengku Wafiq kala itu. 

Fathiya gerakkan tubuh. Paksa diri untuk bangkit daripada pembaringan meskipun ada sisa rasa sakit yang masih menjalar. Tubuh ditongkatkan, bersedia untuk ubah postur tubuh.

Wajah Fathiya berkerut. Terasa kakinya memberat, layaknya ada beban yang menahannya untuk bergerak.

Fathiya cuba melihat dari ekor mata. Tekaannya benar  belaka. Tengku Wafiq gunakan kedua - dua belah kaki bersama - sama kudrat lelakinya untuk kunci pergerakan Fathiya.

Fathiya mula meronta hebat, cuba lepaskan diri daripada cengkaman Tengku Wafiq sementelah lelaki itu sekadar menindih kaki Fathiya sahaja dan tak berbuat lebih.

Sayang, Fathiya sebenarnya percuma terlalu yakin.

Ya, dia meronta. Memang kakinya kala itu terhalang untuk bergerak jadi Fathiya gunakan pula kedua - dua belah tangannya yang masih bebas sambil itu untuk merangkak, cuba jauhkan diri daripada Tengku Wafiq.

Hanya sebelum seluruh tubuh Fathiya mula memberat.

Tengku Wafiq jatuhkan tubuhnya di atas Fathiya, menindih tubuh kecil molek itu. Kedua - dua belah tangan ditopangkan pada sisi tubuh Fathiya pula. Buatkan Fathiya betul - betul berada di bawah taklukannya. Dalam ruang ciptaan Tengku Wafiq sendiri.

Sekali lagi, Fathiya tutup rapat kelopak matanya. Cuba bawa diri untuk bertenang dengan situasi yang dihadapi meskipun jantungnya sudah mula berdetak hebat.

"Why don't you open your beautiful eyes, sweetheart? Are you scared of me that much?" Tengku Wafiq bersuara tepat pada cuping telinga Fathiya, rosakkan ketenangan yang Fathiya pupuk sedari tadi.

Fathiya diam tak bersuara. Dia semakin katup matanya rapat.

Tingkah Fathiya kala itu mengundang tawa Tengku Wafiq.

Wafiq'sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang