⚠️ Triggered Warning :
• nonconsent acts
• explicit content
• dirty language≿━━━━༺❀༻━━━━≾
"Sweetheart, you ingat lagi dekat I? My goodness, should I feel honoured right now? Hmm, so hello again miss Fathiya Rasyakeen, I'm Tengku Wafiq Nufail. Nice to meet you," Tengku Wafiq hulur sebelah tangannya, konon isyaratkan sebuah salam perkenalan.
Fathiya masih lagi dengan pandangan matanya yang tajam menikam. Huluran Tengku Wafiq dibiar sepi. Langsung tak berminat menyambutnya.
"Saya tak faham. Tengku ada harta, Tengku kaya tapi kenapa Tengku tak cari je perempuan yang betul - betul berminat untuk buat kerja ni? Kenapa saya?" Soalan yang sekian lama bermain di benak fikiran akhirnya ia lontarkan setelah nafas ditarik dalam.
"Cause I'm only interested in you right now sweetheart,"
"Jangan guna alasan kolot macam tu untuk nak halalkan perbuatan Tengku atas saya! Saya bukannya budak - budak yang Tengku senang gula - gulakan," Fathiya memuntahkan rasa tidak puas hatinya. Lebih - lebih lagi apabila dia sudah mengetahui rasional perbuatan Tengku Wafiq itu.
"Aww, tapi pada I you memang macam budak - budak pun. Tengoklah sekarang, muka kelat semacam, mulut muncung and not to mention pasal you yang setiap jam suka meletup," Tengku Wafiq membalas bersahaja dengan sengihan yang terukir di bibir.
Fathiya putarkan bebola matanya. Tidak mengerti, bahagian mana yang membuatkan Tengku Wafiq itu sedang geli hati.
" By the way, Fathiya I pun tak faham dengan you sebenarnya. You tanya sebab, I bagi jawapan. Apa yang you tak puas hati lagi?" Giliran Tengku Wafiq menyoal tak lama kemudian.
Ingatkan nak ketawa sampai mati tadi, Fathiya menyindir sekilas.
"Huh, senanglah cakap. Tengku ingat maruah perempuan ni benda yang boleh dijual beli? Jangan fikir Tengku kaya, berduit bolehlah buat perempuan ni suka hati?"
"Tak sekarang ni, you bagitahu I semua ni untuk apa? Sweetheart, don't tell me that you nak I bertanggungjawab atas apa yang dah jadi?" Tengku Wafiq menebak.
Fathiya pantas meliarkan matanya selepas itu. Bukannya mempersetujui hal yang diutarakan Tengku Wafiq itu. Lebih kepada hilang kosa kata sebetulnya.
Kahwin dengan Tengku Wafiq? Itu menjolok sarang tebuan namanya! Fathiya tak mahu bersuamikan lelaki kasanova seperti Tengku Wafiq. Sedar, hidup sebagai isteri lelaki itu pasti akan makan hati berulam jantung pada usia perkahwinan mereka yang tak sampai setahun jagung.
Fathiya hanya mahu menyedarkan Tengku Wafiq. Harga diri wanita itu sesatu yang tak ternilai, tak dapat ditukar dengan wang. Namun, tak disangka perkara yang bermain di fikiran lelaki itu adalah sebaliknya.
"I'm sorry Fathiya, I akui yang you cantik, ada persona tersendiri tapi pada I sekarang perkahwinan ibarat satu kongkongan. Frankly speak, I hate commitment," Tengku Wafiq bersuara tak lama kemudian.
Entah mengapa, jawapan ringkas Tengku Wafiq itu mampu membuatkan darahnya kembali mendidih walhal kalau diikutkan dia pun tak mahu menjadi pasangan hidup lelaki itu
"And so do I. Tengku fikir saya seronok ada kat sini? Terkongkong, kena layan macam pelacur. Tapi tak tahulah kalau Tengku buta dan Tengku rasa saya gembira dengan semua ni. Kan?" Fathiya ambil peluang menyinis.
"Fathiya Rasyakeen!" Suara Tengku Wafiq lantas meninggi, barangkali dek sikap Fathiya yang tak habis - habis membangkangnya sedari tadi.
Fathiya sekadar berpeluk tubuh. Menganggap itu merupakan satu kejayaan buatnya saat pada kali ini dia yang berjaya membuat darah lelaki Tengku Wafiq menggelegak.
YOU ARE READING
Wafiq's
RomanceThe Crimson Series Volume One Fathiya Rasyakeen. Hidupnya yang hampir serba serbi sempurna itu teruji apabila Zakwan bertindak serahkannya kepada seorang lelaki secara tiba - tiba pada hari istimewa mereka. Lelaki itu, Tengku Wafiq Nufail. Jejaka ya...