DUA jam sudah berlalu, telinganya masih tekun mendengar peluru dilepaskan di depan matanya.
Bang!
Hmm...
"Dua markah." Bisik Nuryn perlahan. Matanya menilai pada pergerakan jejaka yang khusyuk menembak pada sasaran.
Padahal, tiada satu pun yang kena.
Matanya mula memandang ke arah yang lain pula. Matanya tertatap pada seorang gadis yang sedang memakai pelitup telinga dengan mata memerhati sasaran itu.
Bang Bang!
Nuryn tersenyum bangga melihat peluru gadis itu lepaskan mengenakan sasaran. "60 points for that." Ujarnya perlahan.
"Seronok nampak?"
Gadis itu mengalih ke arah suara garau tersebut. Senyuman kecil diukir apabila mengenali jejaka itu. "Nur bosan sebenarnya,"
Rafa membalas senyuman adiknya. Dia berdiri tegak dengan kedua tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya itu. "Habistu? Kenapa tak nak join sekali?" Soalnya pelik.
Gadis itu hanya mengangkat bahunya. Dia mengalih semula pandangannya untuk melihat semua orang yang sedang berlatih diri mereka untuk menembak. Ada yang juga sedang belajar daripada pelatih mereka.
"Saja. Abang Raf buat apa tadi?" Nuryn bertanya balik. Lengannya direhatkan pada pagar balkoni itu. "Lama sangat sampai Nur tiba-tiba lapar." Tambahnya berserta sengihan kecil.
Rafa tersenyum akan kata-kata adiknya.
Alahai.
"Maaf, abang tadi ada mesyuarat. Itu yang lambat sikti," perlahan sahaja suara Rafa. "Jom, abang belanja?"
Terus Nuryn mengangguk "Okay!"
Heh, makanan percuma tak boleh ditolak! Rezeki percuma tu...
Rafa menarik tangannya dengan pembut sebelum tangan jari-jemari mereka mengikat antara satu sama lain.
"Nur ada craving apa-apa ke?" Soal Rafa sambil mengeluarkan telefonnya. Didail nombor seseorang sambil menunggu jawapan gadis itu. "Ke... Nur nak makan dekat sini aje?"
Nuryn terfikir sejenak. Mereka berdua tiba di hadapan lif dan tangannya menekan punat.
Ting!
"Nur rasa macam nak makan steamboat lah..." katanya perlahan sambil gadis itu menarik tangan abangnya memasuki ke dalam lif itu bersama. "Boleh ke kita makan seoul garden tu?"
Punat tingkat lobi ditekan. Pintu lif itu ditutup dengan perlahan sebelum ia bergerak ke bawah.
"Boleh je," Balas Rafa berserta senyuman.
Apabila panggilan Rafa diangkat, mereka berdiam di dalam lif itu. Rafa hanya memberi arahan agar drivernya mengambil mereka di hadapan lobi sebelum mereka tiba.
"Nak peluk." pinta Nuryn tiba-tiba.
Serta-merta pergerakan Rafa terhenti. Dia menjeling seketika ke arah adiknya sebelum memandang semula pada skrin lift itu.
"I have to go. My sister needs me." Katanya perlahan sebelum jarinya menekan punat merah.
Nuryn memandang aneh pada Rafa yang tiba-tiba mahu berhentikan perbualan mereka. Tatapannya dibalas oleh abangnya.
Pelik. Hari ini memang abangnya pelik.
kene sampuk dengan hantu baik ke?
Rafa menyelit semula telefonnya ke dalam poket seluar. Lelaki itu menoleh ke arah Nuryn sebelum dia-
YOU ARE READING
[OG] .𝐏.𝐊. : 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Детектив / ТриллерAduh... kenapa banyak novel pada zaman sekarang lagi memberatkan cerita seperti mafia atau askar? masalahnya, dia adalah salah satu orangnya! tetapi bukan mafia mahupun askar. Nuryn Aqilah, seorang arkitek berpangkat master. Tetapi dia masih meneru...