2025, Sekolah Menengah Sains Alor Gajah, Melaka. Jam 6.40 petang.
"Terima kasih Abang sebab Abang dah bagi saya peluang untuk rasa dicintai. Selama ni, saya minta sangat dekat Tuhan untuk hadirkan cuma satu orang yang boleh bagi saya rasa macam mana dicintai dan Tuhan dengar doa saya," Kedua tangannya memeluk erat buku tebal berwarna coklat itu. Sesekali tidak akan dia lepaskan walau hingga nyawanya hilang setelah saat ini. Tubuhnya yang menutupi sinaran matahari sekaligus menggelapkan sedikit pandangan dari sudut mata lelaki yang betul betul berada di hadapannya. Air mata hangat mula menitik membasahi lantai batu yang berada pada tingkat paling atas bangunan sekolah itu. Hanya langit yang bewarna oren keunguan menjadi atap tanpa tiang.
"Bagi saya, Abang sorang je kebahagiaan saya dalam dunia ni. Kalau Abang sendiri tak pernah bahagia dengan saya, jadi macam mana saya nak bahagia? Dan kalau saya tak bahagia, apa hak saya untuk teruskan hidup lagi?" Entah dari mana dia dapat kekuatan untuk senyum pada ketika hatinya benar benar hancur. Matanya menatap setiap inci tubuh lelaki tersebut dengan penuh kasih sayang walau pada hakikatnya hati itu telah kontang bila dia tahu segala galanya.
"Berhenti buat benda bodoh, Que."
Dia tersengih mendengar kenyataan yang keluar daripada lelaki itu. Apa yang dia harapkan lepas dapat tahu yang lelaki itu tidak pernah ikhlas mencintainya selama ini? Kata kata pujukan? In your dreams.
"Kalau Abang rasa apa yang saya buat ni semua bodoh, then yes it is. Saya bodoh sebab percaya yang Abang betul betul sayangkan saya bila semua orang benci dengan saya. Abang tahu tak selama ni saya bertahan sebab saya tahu, walaupun tak ada siapa kisah tentang saya dalam dunia ni, saya masih ada Abang yang akan selalu buat saya yakin yang saya perlu bertahan. Bertahan untuk tengok senyuman Abang yang saya takkan pernah dapat dari orang lain."
"Tak cukup ke aku dah bagi kau semua attention yang kau nak?"
Kali ini dia tersentak. Tak sangka dengan balasan yang diterima.
"Aku sayangkan kau, Que." Lelaki itu kemudian senyap.
"Tapi?"
"Tapi rasa tu dah hilang. Aku tak boleh nak sayang orang macam kau lagi. Aku penat." Lelaki itu menunduk menyembunyikan riak wajahnya. Dia terpempan. Perlahan lahan dia menutup erat matanya sebelum tersenyum. Dia dah dengar apa yang dia nak dengar daripada lelaki itu.
"Jadi, tak ada sebab untuk saya hidup lagi dekat dunia ni. Terima kasih, Abang--" Sebelah tangannya mendepa sambil tangan yang sebelah lagi memeluk erat buku bewarna coklat. Setelah itu, dia menghayunkan seluruh tubuhnya ke belakang lalu terjatuh dari bangunan itu.
"QUE!!!!!!!"
1488, Istana Melaka, Tanah Melayu. Jam 9.20 malam.
Api yang menyala daripada pelita timah itu sesekali mahu terpadam akibat dihembus bayu malam. Daripadanya, dua bayang bayang hitam terpancar pada dinding kayu bilik itu. Yang seorang, dahinya berkerut sedang memikirkan kekacauan dalam hatinya tentang keputusan yang telah dia lakukan.
"Usahlah Tuanku khawatir. Patik yakin semuanya akan baik-baik saja." Pujuk yang seorang lagi. Intonasinya begitu tenang seakan dia betul betul yakin dengan kenyataannya.
"Bagaimana beta tidak khawatir, Kakanda? Kerajaan ini akan beta serahkan kepada Mahmud. Bukannya Kakanda tidak tahu fiil anakanda sulung beta yang seorang itu. Sudah banyak berita tidak senang beta dengar tentang dia. Bukan saja tidak matang, dia juga suka berfoya foya dan beta rasa dia mungkin tidak bersedia lagi untuk mewarisi takhta ini." Terluah segala kerisauan yang terpendam pada si temenggung istana, Tun Mutahir atau abang iparnya itu.
"Patik faham apa yang Tuanku khawatirkan, tapi patik tetap yakin Tuanku Putera Mahmud pasti akan berubah setelah mewarisi takhta nanti. Takhta ini hadir dengan tanggungjawab yang besar, Tuanku. Apabila Tuanku Putera faham betapa beratnya tanggungjawab yang bakal digalas, baginda pasti akan berubah." Tapak tangannya menepuk-nepuk bahu adik iparnya sebagai tanda sokongan dan pujukan. Walaupun ada sedikit rasa ragu-ragu dengan anak buahnya itu, tapi dia tetap yakin bahawa Tuanku Putera Mahmud akan menjadi Sultan yang baik seperti Ayahandanya. Manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
"Terima kasih, Kakanda. Jika benar apa yang Kakanda katakan, maka tiadalah beta pendamkan lagi kerisauan ini." Sebuah senyuman terpamer pada wajah tua itu. Dia tahu dia tidak akan lama di dunia ini dan sebelum dia pergi, dia mahu batinnya bebas dari segala kekhuwatiran. Terutama sekali tentang anakanda sulungnya, Putera Mahmud Shah. Setelah permaisuri hatinya, Permaisuri Kesuma Dewi, meninggal dunia, kedua dua anak lelakinya hilang tempat bermanja. Kerana setia dan janji yang dipegang, dia sendiri tidak pernah berhasrat untuk mencari pengganti. Tapi kini, dia mulai menyesal. Mungkin saja dia telah berjaya menjadi seorang Sultan yang baik dan disegani rakyat, namun dia gagal menjadi seorang Ayah yang baik buat kedua dua anak lelakinya itu. Kini, dia hanya mampu menyerahkan segala-galanya pada takdir Tuhan. Dengan harapan, agar kedua dua anak lelakinya itu mampu menjadi seorang yang berguna untuk rakyat dan pastinya tidak menconteng arang ke mukanya sebagai Sultan yang bakal mangkat.
YOU ARE READING
Hikayat Suatu Cinta Dahulu
FantasyMacam mana kalau sebenarnya Hang Tuah tak pernah jatuh cinta pada Puteri Gunung Ledang? Macam mana kalau sebenarnya Hang Tuah taat pada Sultan bukan kerana setia? Dan macam mana pula kalau Sultan sebenarnya punya perasaan pada Hang Tuah? Semua perso...