Hikayat 4

12 0 0
                                    

1490, Balairung Istana Melaka, Tanah Melayu. 12.10 pagi.

Sesi berkenalan berjalan lancar walaupun bukan dengan identiti sebenarnya. Biarlah dia merahsiakan segalanya jika itu akan menjamin kebaikan buat seluruh kerajaan buat masa sekarang. Dia mungkin tiada ilmu dalam mengurus pentadbiran, tapi dengan keahliannya dalam bidang historical, itu sudah cukup untuk membantunya keluar dari segala permasalahan yang bakal berlaku. Lagi pula, dia punya penasihat-penasihat yang tiada tolok bandingnya. Semuanya pasti akan baik baik saja.

"Ampun tuanku, hamba bertiga mohon limpah pamit dahulu." Jebat menghulurkan rafak sembahnya meminta diri untuk keluar dari balairong bersama Lekir dan Lekiu meninggalkan dua lagi saudaranya yang lain bersama Sultan.

Dia menghantar ketiga tiga laksamana itu keluar dengan ekor matanya. Saat figura mereka hilang dari pandangan, perhatiannya kembali beralih kepada Tuah dan Kasturi yang masih duduk bersila menghadapnya dalam balairong itu.

"Baiklah, khabarkan kepada beta apa yang perlu beta ketahui." Titahnya.

"Ampun tuanku—"

"Sebentar Kasturi." Dia memotong bicara Kasturi membuatkan lelaki yang menunduk disebelah Kasturi mendongak memandang wajahnya. Seleret senyuman dia hadiahkan kepada lelaki itu.

"Tuah, beta perasan Tuah tidak bersuara sama sekali sejak dari tadi lagi. Sakit tekak ke? Ke ada emas dalam mulut tu? Hahaha gurau, gurau." Seloroh itu langsung tidak mendapat sambutan. Tapi sebenarnya dia agak kurang senang dengan perangai Tuah yang tidak bersuara dan kurang berceloteh berbanding saudara saudaranya yang lain. Seperti ada sesuatu yang mengunci mulut itu daripada bersuara. Tebakannya, sama ada Tuah ini pemalu orangnya atau memang tabiatnya yang tidak suka bercakap.

"Ampun tuanku,"

Zuppppp

Bergetar jiwanya saat suara itu melintasi gegendang telinga. Memang sebentar tadi dia sudah mendengar suara tersebut saat berada di kamar beradu, tapi kali ini, getarannya berbeza. Ritma dan alunan yang dilontarkan penuh sopan dan lebih terdengar mesra. Atau mungkin kerana dia dah pun jatuh cinta pada pemilik suara itu menjadikan ia kedengaran lebih istimewa?

"Ampunilah hamba ada kiranya fiil hamba mengundang murka tuanku. Tiadalah keluar dari mulut dina ini kata kata jika tiada bicara hendaknya. Ampun tuanku, sembah patik harap diampun." Dia tidak terkejut dengan jawapan Tuah sebaliknya bibirnya yang pemurah itu melakar senyuman seindah mungkin.

"Beta faham Tuah. Tapi sekarang, beta sendiri mahu Tuah bicarakan perihal yang ingin kalian khabarkan." Anak matanya masih mengunci wajah laksamana bertanjak merah itu menanti bicara yang seterusnya. Faham akan titah Sultan, Tuah mula bercerita,

"Ampun tuanku, sepurnama lalu, telah turun titah tuanku Sultan kepada hamba dan Kasturi untuk berangkat ke Tanah Pahang bagi merisik puteri kepada Bendahara Seri Amar untuk dijadikan pemaisuri tuanku. Namun, sesudah hajat tuanku hamba sampaikan kepada Bendahara Seri Amar, ditampiknya lantaran termetrainya ikatan pertunangan antara puterinya dengan Megat Panji Alam, anak Raja Terengganu." Tuah berhenti di situ barangkali mahu mendengar respon darinya. Dia faham akan isyarat itu. Isyarat untuk menitahkan Tuah agar memaksa Bendahara Seri Amar menyerahkan puterinya itu kepada Sultan. Tapi,

"Jika itu berkehendak, usah dipaksa hati nan solak." Kenyataan itu mengundang reaksi terkejut antara Tuah dan Kasturi. Tidak sangka pula kaki perempuan seperti Sultan ini akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Ampun tuanku, tapi—" Kasturi cuba mencelah namun dipotong olehnya.

"Sudah Kasturi, beta tahu apa yang tuan hamba mahu bicarakan. Beta masih tidak akan menerima apapun hasil dari perbicaraan ini," Tegasnya kali ini. Sebenarnya, dia pun tidak mahu terlibat dengan hal percintaan pemilik sebenar jasad ini. Kalau dia yang berada dalam tubuh ini, maka biarlah dia hidup dengan cara dia sendiri. Hidup dengan kepercayaannya sendiri. Kepercayaan bahawa cinta itu tidak boleh dipaksa dan keterpaksaan dalam percintaan hanya akan membawa malapetaka kepada kedua dua jiwa. Lagipula, hatinya kian terpaut pada pemilik tanjak bewarna merah yang sedang setia menghadapnya sekarang ini.

Hikayat Suatu Cinta DahuluWhere stories live. Discover now