Hikayat 3

17 1 0
                                    

1 Purnama yang lalu.

Badannya terapung di udara. Berada dalam keadaan terjatuh dari atas bangunan, namun jasadnya tidak terhempas ke bumi. Adakah dia sudah benar benar tidak bernyawa? Tempat ini, tempat dia terapung; seakan berada di sebuah galeksi yang penuh dengan taburan bintang bintang. Indahnya seluas mata memandang. Ini kah alam barzakh? Alam selepas kematian? Seluruh badannya terasa sejuk umpama dihimpit ketulan ais yang mencucuk. Dia cuba untuk bergerak tapi sia sia. Apa yang perlu dia buat sekarang? Takkan selamanya dia akan begini?

"Que!!!" Satu suara yang tidak begitu asing kedengaran melaung namanya. Dia mahu menyahut tetapi bagai ada sesuatu yang menyekat corong suaranya.

"Bangun Que! Please! Jangan tinggalkan Abang!" Sebak. Bukan itu yang mahu dia dengar lepas apa yang lelaki tu dah buat padanya. Menyesal pun dah tak guna. Dia tak mahu lagi kembali. Air jernih yang keluar dari kelopak matanya terapung membentuk bebola air kecil yang bersinar. Perlahan lahan, bebola air itu bergerak menuju satu ke arah bebola air yang lain lalu bercantum sehingga akhirnya membentuk sebuah sfera yang ukurannya sebesar sebuah kubah. Sfera air itu kemudiannya bergerak menuju ke ruang bahagian bawah jasadnya yang terapung itu. Seakan ada yang menggerakkan tubuhnya untuk menghadap sfera air itu. Tiba tiba, segala memori dan kenangan yang dia lalui dalam hidupnya terpancar dalam gerak masa yang laju di dalam sfera air itu. Di ketika sampai pada memori terakhirnya, sebuah jam besar dengan nombor nombor roman muncul di antara dia dan bebola air yang besar tadi. Entah mengapa, kali ini, badannya terasa ringan. Jarum pada jam besar itu mula berputar. Tetapi ada yang tak kena dengan putaran itu. Ya, ia berputar ke belakang! Semakin lama, semakin laju putarannya seiring dengan jasadnya yang mula jatuh melepasi jam besar tersebut sehingga akhirnya,

Splashh

Jasadnya terhempas ke dalam bebola air besar itu.

Blurp blurp blurp

Dia cuba berenang menuju ke permukaan untuk mengambil udara dan bernafas, namun semakin dia cuba, semakin jauh untuk dia tiba ke permukaan. Atau mungkin tidak akan pernah sampai. Perlahan lahan, oksigen dalam badannya hilang sehingga akhirnya jasad itu tidak mampu lagi bergerak. Dia biarkan jasadnya tenggelam. Bersama air mata hangat yang mengalir, kelopak matanya tertutup rapat.

Ting!

1490, Balairung Istana Melaka, Tanah Melayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1490, Balairung Istana Melaka, Tanah Melayu. Jam 11.45 malam.

Getaran yang tidak enak tercipta dari suasana sunyi yang berlarutan selama beberapa detik. Walaupun begitu, mereka tidak ingin berada terus dalam situasi tersebut.

"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut—"

"Ish, kau ni Lekir!" Lekiu menepuk peha adik kembarnya yang suka menyakat itu.

"Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Tiada buruk niatnya patik selain khuwatirkan keadaan tuanku. Ampunkan patik andai kata kata itu mengundang murka tuanku! Ampun tuanku!" Tindakan luar jangka dari Kasturi itu membuatkan dia ternganga. Niatnya cuma mahu bergurau. Tak sangka pula si Kasturi ni sampai bersujud memohon ampun.

Hikayat Suatu Cinta DahuluWhere stories live. Discover now