Hikayat 2

17 0 0
                                    

1490, Perkarangan Istana Melaka, Tanah Melayu. Jam 10.35 malam.

"Tuanku!"

Melihat situasi tak terjangka itu, lelaki bertanjak merah dan ungu tadi terus meluru ke arahnya yang sedang duduk melutut mengerang kesakitan.

"Argh! Sakit!! Tolongg!" Dia melaung seakan menahan sakit hasil tikaman dari penceroboh itu.

"HAHAHA! Akhirnya dendamku terbalas! Itulah akibat dari perbuatan keji kau, lelaki durjana! Terima lah balasannya! Manusia bertopengkan syaitan seperti kau tidak patut hidup atas muka bumi ini! HAHAHA!"Penceroboh itu ketawa puas sambil menghamburkan kata kata hinaan kepada dia. Usahanya untuk membunuh Sultan membuahkan hasil. Dendam yang selama ini disimpan akhirnya terbalas juga.

"Sakitnya! Arghhhh! Tolong betaaaaaaahahahahahahaha!" Ketawanya itu menjedakan suasana. Masing masing memasang muka hairan sambil melihat satu sama lain sebelum memarkir pandangan mereka semula ke arahnya yang mereka gelar 'Tuanku'.

"Lol, kau ingat kau dah menang ke? Ni haa, tengok ni," dia kemudiannya menyeluk sebelah tangan ke dalam baju sikapnya lalu mengeluarkan sebiji bantal bersaiz cukup besar untuk menahan hasil tikaman dan berisi kabus. Terbeliak mata penceroboh itu kerana tidak menyangka cubaan membunuhnya gagal segagal gagalnya.

"Come on la, bukan cuma kau sorang yang cuba nak bunuh aku. Satu bulan ni je, dah 5 orang gagal termasuk kau and just for you know, aku takkan mati dua kali lah dumbass!" Dia menjelirkan lidahnya ke arah penceroboh tersebut sebagai tanda ejekan kerana gagal mengambil nyawanya. Lelaki yang menutup mukanya itu terfaktab beberapa detik sebelum dia mendengus tidak puas hati. Lantas, dia menyeluk lagi kocek seluarnya sebelum menghunus sebuah lagi keris ke arahnya.

"Like seriously? Berapa banyak keris kau simpan dalam seluar tu?"

"Argghhhh!" Tidak fikir panjang, penceroboh tersebut berlari semberono ke arahnya untuk cubaan menikam kali kedua.

Skrak

Semestinya tindakan itu gagal apabila lelaki bertanjak merah dengan pantas mencapai bilah keris itu dengan sebelah tangannya. Darah mula mengalir dari celah celah tapak tangan kekar itu. Dengan pantas, dia menarik lengan penceroboh tersebut dengan tangan sebelah lagi lalu menjatuhkannya ke bumi menggunakan gerakan selak belakang. Akibatnya, penceroboh tadi pengsan tidak sedarkan diri.

"Omo omo! Otokke otokke?" Dia pantas mencapai bahagian tangan yang luka milik lelaki bertanjak merah itu.

"Macam mana tuan hamba boleh terfikir nak pegang bilah keris yang tajam tu with your hand free?! Tengok? Kan dah luka!" Matanya melilau mencari sesuatu sehingga dia melihat samping yang hampir terlerai dari pinggang si penceroboh tadi. Dia kemudiannya mencabut samping tersebut lalu membalut luka pada telapak tangan lelaki bertanjak merah untuk menghalang darah dari terus mengalir keluar. Nampak dalam kesan luka tersebut.

Tak berkedip mata kedua dua lelaki itu melihat reaksi 'Tuanku' mereka yang agak aneh. Seribu satu persoalan timbul namun mereka hanya memendam saja. Tahu akan fiil 'Tuanku' mereka yang panas baran ini, takut nanti bila ditanya, lain pula jadinya nanti. Bukan boleh sebarang cakap dengan lelaki itu.

 Bukan boleh sebarang cakap dengan lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1490, Balairung Istana Melaka, Tanah Melayu. Jam 11.40 malam.

Hampir 10 minit dia menilik satu persatu wajah setiap daripada 5 orang lelaki yang sedang duduk bersila menghadapnya. Pada mulanya dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Tapi ini adalah realiti. Setiap seorang mengenakan baju sikap tanpa lengan beserta tanjak kecuali dua orang saja yang memakai baju melayu cekak musang. Corak tenunan kain agak sama tapi yang membezakan antara kelima lima busana itu adalah warnanya.

Di sebelah kanan paling hujung, Lekir namanya. Baju sikap dan tanjaknya berwarna hijau kristal, manakala sampingnya pula berwarna merah jambu keemasan. Badannya sedikit kurus berbanding yang lain dan mukanya juga kelihatan sedikit muda. Mungkin kerana tiada sebarang misai atau janggut yang melekat pada wajahnya.

Manakala yang sebelahnya pula, Lekiu. Abang kembar kepada Lekir. Lahir pada tahun yang sama tapi bulan yang berbeza. Wajahnya kelihatan tenang sesuai dengan warna busana sikap yang dikenakan iaitu biru. Sampingnya berwarna hitam berkilauan. Jambang dan misainya kelihatan kemas dipangkas.

Dari hujung sebelah kiri pula kelihatan seorang lelaki berwajah agak serius dan matang. Mempunyai janggut dan misai yang tebal tapi tidak berselerak. Jebat gerangannya dan busana sikapnya pula berwarna oren marmalade. Samping berwarna hitam dan emas digayakan dengan ikatan kembung.

Di sebelahnya, Kasturi. Lelaki yang berjaya menumbangkan penceroboh pada pusingan pertama tadi. Memakai busana melayu cekak musang berwarna ungu dan samping berwarna tembaga berkilauan. Wajahnya seakan ada campuran melayu-bugis melihat dari bentuk matanya yang agak nipis.

Akhir sekali, yang paling menarik perhatiannya adalah lelaki yang berada di tengah tengah antara Lekir, Lekiu, Jebat dan Kasturi. Dia lah Tuah. Lelaki berbaju melayu cekak musang berwarna merah bersama samping perak yang berkilauan. Kelima lima mereka memiliki rupa yang cukup segak namun yang paling segak baginya adalah Tuah. Selama ini, dia hanya mampu membayangkan bagaimana rupa sebenar lelaki itu hanya dari pembacaan buku buku sejarah lama yang menjadi minatnya sedari kecil, tapi sekarang, hari ini, malam ini, tiada lagi angan angan dan imaginasi selain realiti yang sedang dia alami. Jauh lebih baik daripada ekspetasinya, ini lah wajah sebenar Hang Tuah lima bersaudara, di depannya, sedang duduk bersila menunggu titah dari dia yang bergelar, Sultan Mahmud Shah ibn Sultan Alaudin Riayat Shah. Sultan ke-8 bagi kerajaan Melaka, Tanah Melayu.

"Ampun Tuanku, telah sampai kepada patik khabar berita tentang tuanku yang sedang gering. Apakah keadaan tuanku baik baik saja?" Soalan itu menghidupkan suasana yang dari tadi sunyi tanpa suara. Dia menoleh ke arah suara tersebut lalu menguntum sebuah senyuman manis.

"Hmmmm. First of all, terima kasih Lekir sebab caring. Beta okay je so far, don't worry, okay? And second of all—" Dia memandang lima bersaudara itu sekaligus,

Pffft

"Korang semua ni power rangers ke apa?? Kenapa pakai baju warna warni? Hahahahahaha!" Letusan ketawa itu menghasilkan suasana yang tiba tiba kekok bagi kelima lima bersaudara itu. Selain muka mereka yang terang terangan keliru, mereka juga sempat saling bertukar pandangan. Masing masing tidak tahu apa yang dibicarakan Sultan mereka itu. Perasan akan memek muka mereka berlima yang bingung, dia sambung bicara.

"Okay, sorry sorry. Beta cuma terhibur melihat tuan hamba berlima. Tapi jangan salah faham, beta bukan mengejek tuan hamba, beta cuma senang. Well, you know, selama ni cuma boleh imagine je, tapi sekarang dapat tengok depan depan like faham tak? Hahaha, tak faham kan? Takpe takpe." Celoteh itu mendatangkan seribu kedutan pada dahi lima bersaudara itu. Dia cuba membetulkan kedudukannya dan mula menukar kepada mod serius apabila perasan yang laksamana lima bersaudara itu betul betul tak faham dengan apa yang dia cakap. Languange barrier, urgh.

"Ampun Tuanku, sekadar mahukan kepastian, tuanku pasti tuanku baik baik saja? Jikalau tuanku merasa tidak sedap badan, patik boleh dapatkan penawarnya, Ampun Tuanku." Kenyataan dari Kasturi itu membuatkan semuanya berpaling ke arahnya.

Keadaan jeda seketika. Beberapa ketika, mereka perlahan lahan mengalihkan pandangan ke arah Sultan yang sedang duduk bersemayam di atas singgahsana. Jantung kelimanya berdetak hebat tatkala melihat baginda Sultan yang tidak nampak senang dengan kenyataan Kasturi tadi.

"Petanda tidak baik." Bisik Lekir pada saudara kembarnya sambil meneguk air liurnya keras.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hikayat Suatu Cinta DahuluWhere stories live. Discover now