Bab 10

1K 28 0
                                    

Kali ini, Qaseh telah merancang sesuatu untuk mengenakan Hafreez yang mengenakannya malam semalam. Qaseh bertekad untuk mengenakan suaminya itu sekaligus mengubah Hafreez dari seorang yang boros kepada seorang berjimat, seorang yang ego kepada yang periang dan yang paling penting untuk membuat Hafreez jatuh cinta pada dirinya sebagai isteri. Itu janji Qaseh pada nenek Hafreez.

Sebelum hari perkahwinan Qaseh,

"Qaseh, nenek nak minta sangat tolong dengan kamu. Nenek tak marah kamu bohong nenek pasal perkahwinan palsu tu. Nenek memang dah tahu dari riak muka kamu dan Hafreez. Nenek kenal cucu nenek. Oleh itu, nenek nak kamu tolong nenek ubah Hafreez. Nenek tahu dia baik, tapi kerana egonya dan marahnya terhadap ayah dia sebab tu dia jadi macam tu. Kamu tolong ubah dia menjadi seorang yang penyayang. Make sure dia jatuh cinta dekat kamu. Nenek teringin sangat nak tengok dia bahagia. Nenek tahu kamu boleh ubah dia. Nenek yakin", kata Datin kepada Qaseh sambil mengusap lembut tangan Qaseh. "in sya allah, nek. Qaseh akan buat yang terbaik........ Tapi kan nek, kalau Qaseh nak tanya boleh?". "Boleh, sayang. Apa dia?". "Kenapa dengan ayah Hafreez?". Huh,...daddy dia, kahwin dengan bekas kekasih Hafreez. Sebab itu, Hafreez sangat benci dekat perempuan. Dulu, Hafreez dan kekasihnya, Sarah sangat mencintai antara satu sama lain". Qaseh mendengar dengan penuh tumpuan. "Tapi, lepas mummy dia meninggal, Hafreez semakin muram. Buat itu, buat ini semua dia tak mampu buat seorang tanpa bantuan Sarah. Sarah tu ibarat pelita yang menyinari hidup Hafreez. Tapi, selepas 4 tahun menyulam kasih, tiba-tiba Sarah minta putus. Dan dia dapat tahu bahawa Sarah dah berkahwin dengan daddy Hafreez. Dia masih dapat terima jika hanya putus, tapi the fact is Sarah sekarang jadi MAK TIRI dia! Itu yang dia jadi sangat marah. Sebab tu hati dia tertutup untuk insan bernama perempuan. Tapi, disebabkan nenek bagi syarat untuk dia kalau dia nak harta tu, dia kena kahwin, tu yang dia cari kamu. Tapi nenek tahu dari cara dia pandang kamu, nenek tahu dia dah jatuh cinta dengan kamu. Nenek yakin. Tu yang nenek nak sangat kamu ubah dia. Nenek sangat berharap kamu dapat ubah dia ye, sayang", pinta Datin Khadijah.

End of flashback

Qaseh masih teringat dengan kata-kata itu. Sebab itu dia telah menjalankan satu rancangan yang baik demi kebaikan dia dan juga Hafreez serta semua orang. Dia telah merancang tiga strategi yang terbaik.

"Baik aku mandi dulu, lepas ni baru aku akan mulakan operasi", kata Qaseh dengan perlahan. Takut didengari Hafreez yang sedang tidur.

Hafreez yang sedang lena tidur terjaga akibat deringan telefonnya. "Hello?", jawab Hafreez yang masih mamai. "Hi, sayang!" , jawab pemanggil tersebut. 'Sayang? Siapa pula ni? Yang aku tahu sayang aku kat toilet', tanya Hafreez dalam hati. "Sayang? Salah nombor ke?", bicara Hafreez. "Hafreez sayang, takkan you tak kenal i?", jawab pemanggil tu lagi. "Serius lah saya tak kenal. Jangan main-main boleh? Cakap je lah siapa awak", sambung Hafreez pula. "Sampai hati you tak ingat i. I lah, Lya! Merajuk lah macam ni", kata Lya dengan dalam nada yang tersangat gedik. Lya! Terkejut Hafreez dibuatnya. Lya, bekas kekasih Hafreez selepas Sarah. 'Ceh, kisah apa kau merajuk ?', cakap Hafreez dalam hati sambil membuat muka. "Kau nak apa?", berubah terus nada suara Hafreez. "Sayang! You ni kenapa? Panggil kau aku? You tak sayang I ke?", balas Lya. "Aku? Sayang kau? Kau dah lupa apa yang kau dah buat kat aku? Nak expect aku sayang kau lagi? Tak payah. Aku dah kahwin. Jangan sesekali lagi kau muncul dalam hidup aku!", begitu kasar suaranya. Terus dia meletakkan telefonnya. "Hish, buat mood aku hilang je pagi-pagi ni", omel Hafreez. "Tapi, macam mana dia dapat nombor aku?....... Ah, lantaklah janji dia tak kacau rumah tangga aku. Aku dah mula sayang Qaseh, masa ni lah dia muncul. Ya Allah, kau janganlah gugat imanku terhadap perempuan lain selain isteriku.", sambung Hafreez sambil meraup mukanya. 'Mana pula si Qaseh ni?.. Dekat dapur lah tu', kata Hafreez dan terus ke bilik air.

***************************

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh", jerit Qaseh dan Hafreez serentak. "Kenapa awak masuk bilik air ni tak tengok dulu? Ada orang ke tak? Hah?", marah Qaseh semahu-mahunya. "Mana saya tahu ada orang ke tak. Kenapa awak tak kunci?", jawab Hafreez pula. "Hish, kan haritu saya dah pesan deka awak suruh orang baiki pintu kunci ni. Kunci dia kan dah rosak.", tegur Qaseh lagi. "Sekarang ni siapa yang salah?", sambung Qaseh lagi. "Awaklah yang salah. Kenapa tak buka air besar-besar? Mana saya nak tahu ada orang ke tak? Tak dengar air pun.", jawab Hafreez tak mahu mengalah. "Kenapa pula saya? Dah salah tak nak mengaku pula", jawab Qaseh dan terus keluar dari bilik air. Dah tak ada feel nak mandi katanya. Nasib baik dah habis mandi. Qaseh yang bergerak ke meja solek mula membebel, "Haih, masalah betullah orang tua tu. Dah nyanyok ke? Orang suruh betulkan tak nak. Sekarang aku pula yang kena? Ada ke patut? Geram betullah. Siaplah kau". Kemudian Qaseh menjerit, "Encik Poyo, cepat sikit siap. Nak pergi breakfast lepas tu pergi market jap. Nak beli barang".
*********************
Tiada respon dari Hafreez.
*********************
"Memang masalah lah suami aku ni", bebel Qaseh lagi.

Bride For RentWhere stories live. Discover now