BAB 2

2.4K 29 1
                                    

Beb, ambik aku dekat rumah sekarang!!, Hafreez menghantar mesej kepada rakannya. Okay , balas rakannya itu. Sementara menunggu rakannya sampai, Hafreez terlebih dahulu mandi dan bersiap-siap untuk ke satu tempat. Dia mahu menyelesaikan masalahnya juga hari ni. 'Aduh, kenapalah aku bodoh sangat sampai hutang orang sampai 10 ribu?'kata Hafreez dalam hati. Setelah setengah jam menunggu rakannya, kedengaran bunyi hon memecahkan suasana sepi di sekitar rumah itu.

"Asal lambat?", kata Hafreez. "Jalan jamlah. Sorrylah", kata Adam, salah seorang rakan baik Hafreez. "Hah, kenapa kau panggil kitorang datang ambik kau ni?",kata Naufal, rakan Hafreez. "Aku nak jumpa peguam atuk aku". "Tapi kenapa?",kata Adam dan Naufal serentak. "Aku kan dapat duit 1 juta aku tu hari ni, tapi

nenek aku kata aku kene kahwin dulu baru dapat duit tu, so aku nak jumpa dengan lawyer tu lah nak tahu betul ke tak, katanya dengan panjang lebar. "Kahwin?", kata mereka dengan serentak lagi. "Ish korang ni ingat choral speaking apa, nak cakap serentak?", marah Hafreez. "Hehehe sorrylah terkejut sangat", kata Adam. "Dahlah, jom gerak",kata Naufal.

**************************

"Ya, Encik Hafreez, encik kena kahwin dulu baru encik boleh dapat duit itu", kata Encik Saiful, peguam kepada arwah atuk Hafreez. "Tak boleh ke kalau tak kahwin?", merayu Hafreez. "Tak boleh encik.", kata Encik Saiful. "Tak apalah kalau macam itu, saya pulang dulu assalamualaikum",katanya. "Baiklah encik, walaikumsalam",kata Encik Saiful. Semasa perjalanan pulang, mereka bertiga hanya berdiam diri. Hafreez bingung macam mana harus menyelesaikan masalah yang melanda dirinya. "Reez, kau okay tak?,kata Adam memecahkan suasana. "Hmmm aku okay",katanya.

'Macam mana aku nak selesaikan masalah ni?'Hafreez berkata di dalam hati. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea. "Guys, aku rasa aku ada plan",katanya. "Apa dia plan kau tu?", kata Naufal. Hafreez tersenyum sinis.

Bride For RentWhere stories live. Discover now