Bab 11

1.6K 40 10
                                    

"Cepat sikitlah awak. Nak breakfast lagi, nak pergi market lagi", cakap Qaseh. "Ye ye, sabar lah. Dah siap", balas Hafreez dan menuju ke keretanya. Mereka pun masuk ke dalam keretanya dan menuju ke kedai makan.

"Saya nak nasi lemak ayam dengan air sirap", kata Qaseh. "Saya nak nasi lemak ayam juga tapi air teh o ais", kata Hafreez pula. Dari tadi Qaseh perasan, Hafreez asyik memandangnya sambil tersenyum. 'Mesti dia fikir pasal kat toilet tu' gerutu Qaseh. 'Gatal duh suami aku ni' gerutu Qaseh lagi sambil membuat muka geli. Hafreez yang perasan akan muka Qaseh berkata "Awak ni dah kenapa buat muka hodoh tu" Hafreez mencubit pipi Qaseh. Terjerit Qaseh. Nasib baik tak kuat. Kalau kuat, malulah dia. "Dah kenapa awak cubit pipi saya ni? Sakit tahu tak?", balas Qaseh. "Apa-apa jelah. Tapi kenapa dengan muka awak tu? Hodoh sangat", balas Hafreez lalu tergelak. "Biadap eh. Suka hati sayalah muka saya. Ni saya nak tanya, dari tadi awak pandang saya pastu tersenyum kenapa? Mesti awak ingat pasal insiden paling ngeri tu kan? Gatal juga eh awak ni", kata Qaseh. "Excuse me Mrs. Qaseh? What did you just say me? Gatal?", balas Hafreez. 'Alamak, macam mana dia perasan pula?' Omelnya di dalam hati. "Ye la, gatal. Tersenyum-senyum. Geli tahu tak", kata Qaseh pula. "Kalau saya fikir insiden tu pula, apa salahnya? Saya tengok isteri saya juga", balas Hafreez sambil mengenyitkan matanya lalu tergelak. Belum sempat Qaseh menjawab, pesanan mereka pun sampai. "Tak pe, tunggulah awak dalam kereta nanti", kata Qaseh sambil membuat muka kepada Hafreez. Sempat lagi tu dia membalas. 'Qaseh, Qaseh nasib baik kau tu bini aku', omel Hafreez.

Di dalam kereta...

"Awak!", Qaseh memanggil. "Kenapa?", balas Hafreez. "Awak ni memang gatal kan?", kata Qaseh. "Lah, tak habis lagi cerita ni? Kecoh betullah minah ni", seloroh Hafreez. "Eh, mesti. Memanglah kena kecoh cause this is an important issue", kata Qaseh. "Apa yang penting sangat? Benda macam tu je. Just small matter ok", kata Hafreez selamba. "Small matter? What? Eeehhh geramnya. It's not a small matter. It's very big matter. B-I-G BIG", sakit hati Qaseh. "Ok fine, it's a big matter. So, apa yang awak nak saya buat?", kata Hafreez. "Saya nak awak fix pintu tu. That's all. Saya tak nak benda tu berulang lagi, ok?", kata Qaseh sambil membuat muka paling manis dan annoying pada Hafreez. "Yelah, my dear. I'll do it", balas Hafreez mengalah. "Tapi, kalau benda tu berulang lagi saya tak tahu ok? Rezeki saya lah kut", sambung Hafreez sambil mengenyitkan matanya pada Qaseh. Terbeliak mata Qaseh dibuatnya. Tergelak Hafreez melihatnya. Qaseh mencubit lengan Hafreez. Apa lagi, menjeritlah Hafreez dengan sisa tawanya. Qaseh juga ikut gelak sama. Walaupun perkara itu menggelikan baginya, tapi entah mengapa dia pun ikut gelak. Saat ini, dia terasa satu perasaan yang belum pernah wujud di hatinya. Perasaan yang sangat asing bagi dirinya. Iaitu perasaan..... BAHAGIA, GEMBIRA. Mungkinkah dirinya telah jatuh cinta sepenuhnya kepada suami atau hanya mainan perasaan?

Bride For RentWhere stories live. Discover now