Bab 9

1.1K 27 8
                                    

Hafreez memandang Qaseh dengan pandangan yang tak puas hati. 'Dia ingat aku ni neng dia ke suruh buat macam tu', katanya dalam hati. Setelah Qaseh dan Hafreez bertungkus lumus menyusun barang, mereka pun berehat seketika. Qaseh mengeluh "huh, penatnya. Banyak betul barang nak kena susun". Hafreez menyampuk " oi cik kak, tak payahlah nak mengeluh sangat macam awak tu yang buat semua. Awak pandai mengarah je kan ". " whatever ", jawab Qaseh. Malam pun makin larut dan mereka pun masuk ke dalam bilik. "Cepatlah, saya nak tidur ni. Cepat baling syiling tu", kata Qaseh. Dan seperti biasa, Qaseh lah yang akan tidur di atas katil kerana dia sentiasa menang baling duit syiling. Hafreez bersuara "alah, harini biar lah saya pulak yang tidur atas katil. Sakit badan saya tidur atas sofa tu". "No, no, no", jawab Qaseh sambil menggelengkan kepalanya. Saya kata bagi! / saya kata no. Mereka pun terus berbalah, tiba-tiba Qaseh berkata "awak nak tidur atas sofa ke nak saya cium?" Qaseh mendekatkan mukanya ke arah Hafreez. Hafreez pun tidak mahu mengalah menolak perlahan badan Qaseh dan berkata "boleh je kalau nak". Qaseh terkejut dan terus menolak Hafreez ke sofa dengan segala usahanya oleh kerana badan Hafreez yang sasa. Setiap malam, Qaseh akan mengugut untuk mencium Hafreez jikalau Hafreez tidak mahu tidur di atas sofa. Tetapi, malam ini Hafreez tidak termakan dengan ugutan itu dan melawan balik. Oleh sebab itu, Qaseh berasa sedikit terkejut dengan tindakan Hafreez. Hafreez dengan berani menolak badan Qaseh sedikit ke belakang dan Hafreez dengan perlahan-lahan menghampiri badan Qaseh. Qaseh berasa gugup dengan tindakan Hafreez. Hafreez yang melihat muka Qaseh yang semakin pucat itu terus mengukir senyuman yang selebar-lebarnya. Dia terus bersuara "oit, pucat betul muka. Takut ke? Ingat berani sangat ugut orang." Hafreez terus meledakkan tawanya yang sudah lama disimpan. Dia menjauhkan dirinya dari Qaseh. Merah padam muka Qaseh ketika itu. "Hah, ni kenapa blushing pula ni?", Hafreez menyoal dengan sisa tawanya sambil bergerak ke arah sofa. "Suka hati lah nak blushing ke apa. Pipi saya suka hati saya lah", perli Qaseh yang sememangnya sudah geram dengan tindakan Hafreez. "Baik tidur dari layan orang macam awak ni", perli Qaseh lagi. Dia terus menutup lampu. 'Kau tunggu Hafreez along with my revenge. Just wait and see' kata Qaseh dalam hati sambil tersenyum sinis.

Bride For RentWhere stories live. Discover now