BAB 7

1.1K 25 2
                                    

"Nak larilah tu", kata Hafreez. Qaseh mengendahkan kata-kata Hafreez. Yelah, dia perlu turun untuk tolong apa yang patut di dapur. Dia tidak mahu Datin Khatijah fikir yang bukan-bukan. Semasa dia sedang buat kerja di dapur, tiba-tiba pinggangnya dirangkul kemas oleh Hafreez. Perbuatan itu membuatkan Qaseh terkejut. "Apa awak buat ni?", marah Qaseh. "Saja je. Kenapa, tak boleh ke? Takkan nak pegang pinggang isteri sendiri pun tak boleh?", terbeliak mata Qaseh mendengar pertanyaan Hafreez. "Awak ni jangan nak main-main". "Tak delah. Saya gurau je. Tapi, buat sementara waktu ni, saya nak awak dan saya berlakon bahagia depan nenek, faham?!",kata Hafreez. "Sampai bila?", giliran Qaseh pula bercakap. "Sampai kita pindah rumah", jawab Hafreez. "Ok", kata Qaseh sepatah. Hafreez pun berlalu pergi. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia berpaling menghadap Qaseh. "Oh lupa pulak saya nak bagitahu, kita pindah hujung minggu ni", kata Hafreez sambil menunjukkan senyumannya yang menawan dan terus berlalu pergi. Patutlah dulu Qaseh tergila-gilakan Hafreez. 'Nasib baik pindah cepat, tak perlulah aku nak asyik berlakon depan nenek je. Tapi Hafreez, kenapa aku berdebar-debar setiap kali kau pandang aku?' Kata hati Qaseh. Memang dia mengaku, setiap kali Hafreez pandang atau senyum padanya, hatinya akan berdebar-debar.

*****************************

"Ok, kita dah sampai", kata Datin Khatijah. Qaseh dan Hafreez turun dari kereta. Setelah itu, mereka memegang tangan sambil masuk ke dalam rumah. "Nilah rumah baru kamu, hadiah perkahwinan kamu dari nenek", kata Datin Khatijah sambil tersenyum. "Nenek tahu, Hafreez nak pindah dekat kondo dia tukan, sebab itu, nenek ajak kamu pindah hari ini. Oni hadiah istimewa dari nenek", Kata Datin Khatijah bersungguh- sungguh. "Wah, nenek cantiknya rumah ni. Tapi, kitorang tak bawa apa-apa pun. Baju, hadiah kahwin semua kat rumah nenek lagi", kata Hafreez. "Itu kamu jangan risau. Nenek dah uruskan semuanya. Jomlah masuk dulu", ajak Datin. Qaseh dari tadi tidak bercakap dan hanya melopongkan mulutnya. Semasa Datin Khatijah masuk ke rumah, Hafreez dan Qaseh jalan kemudian. Hafreez menutup mulut Qaseh seperti itik. Qaseh yang terkejut terus menepuk tangan Hafreez. "Hhahahaahh", gelak Hafreez. Semenjak dua menjak ini, suka benar dia menyakat isterinya itu. Qaseh mencebikkan mulutnya dan terus masuk ke dalam rumah. Beberapa minit selepas barang mereka sudah sampai, Datin Khatijah bersuara, " oklah nenek nak balik dulu. Nenek ada banyak kerja nak buat dekat rumah tu", kata Datin Khatijah. Qaseh mendekati Datin Khatijah dan memeluknya sambil bercakap "terima kasih nek sebab bagi kitorang rumah yang macam istana ni", katanya sambil tersenyum yang paling manis. Qaseh dan Hafreez menghantar Datin Khatijah sampai ke kereta. Kemudian, mereka masuk semula ke dalam rumah. Hafreez terus menuju ke arah sofa dan apalagi yang dia buat, tidur lah kerjanya. Qaseh yang masuk mendepakan tangannya sebesar yang boleh... sedang matanya melilau ke serata rumah itu, matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur di atas sofa. Qaseh mencekak pinggangnya sambil membebel, "ooooh sedap betul kau tidur ye? kau tunggu !!!" kata qaseh sambil gelak jahat.

Bride For RentWhere stories live. Discover now