BAB 6

1.2K 26 0
                                    

"Yelah, yelah saya ikut rules tu", kata Hafreez mengalah. Qaseh tersenyum germbira. "Oklah, saya nak tidur ni so please", kata Qaseh sambil mempersilakan Hafreez beredar dari katilnya. Hafreez memandang Qaseh dengan tajam sambil bercakap dalam hati ' tengoklah bila kau dah tidur nanti '. Setengah jam kemudian, Hafreez bangun dari sofa dan menuju ke arah Qaseh sambil memegang beberapa batang pen. Dengan perlahan-lahan dia mendekatkan dirinya ke arah Qaseh. 10 minit selepas itu, "hahahaha", gelak Hafreez perlahan kerana tidak mahu Qaseh terjaga.

***********************************

Pagi ni, Qaseh bangun awal. Dia terus masuk ke bilik air. Dia mengambil berus gigi dan menggosok giginya. Macam biasa, dia melihat mukanya di cermin. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat mukanya diconteng seperti kucing. Siap ada telinga pulak tu. 'Ni mesti kerja Hafreez. Siaplah kau' bebel Qaseh dalam hati. Selepas beberapa minit berada di dalam tandas, dia keluar. Kelihatan Hafreez belum bangun dari tidur. Qaseh tersenyum sinis. Dia terus mengambil pen dan menconteng muka Hafreez sebagai balasan. Selang beberapa minit selepas Qaseh menconteng muka Hafreez, dia pun bangun dan terus masuk ke bilik air. Sementara itu, Qaseh sedang menyiapkan diri untuk turun ke dapur. Tiba-tiba, Arrrrggghhhhhh!!!!. Terkejut Qaseh dibuatnya. "Hahahaha ni mesti pasal muka dia kena conteng tu", Qaseh tergelak kecil. Hafreez keluar daripada bilik air dan "Qaseh! Ni mesti kerja awak kan?", tanya Hafreez dalam keadaan marah. "Ish, tak ada kerja saya nak buat benda tu dekat muka awak. Dahlah, saya nak turun bawah tolong apa yang patut", kata Qaseh cuba untuk lari daripada situasi. "Nak lari lah tu", kata Hafreez perli.

Bride For RentWhere stories live. Discover now