BAB 5

1.4K 29 3
                                    

Semasa keluarga Qaseh sibuk mengangkat beg-beg baju mereka  ke dalam but teksi, satu kereta BMW berwarna putih meluru ke arah mereka sekeluarga dan memberhentikan kereta. Alangkah terkejutnya Qaseh kerana penumpang kereta mewah itu ialah Datin Khatijah, nenek Hafreez Mikail. Datin Khatijah hanya tersenyum memandang Qaseh.

************************

"Terima kasih, Datin. Datin sanggup memberi kami sekeluarga kondo Datin ini tanpa apa-apa bayaran. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik Datin kepada keluarga kami ini", kata Qaseh sambil beberapa kali mengucup tangan Datin Khatijah. "Tak apalah Qaseh, nenek ikhlas. Lagipun keluarga kamu tengah susah, takkan nenek nak tengok kamu macam tu je", jelas Datin Khatijah kepada Qaseh. "Emmm Qaseh, nenek nak cakap dengan kamu secara berdua boleh?", soal Datin Khatijah. "Boleh. Kejap, ye", kata Qaseh dengan sopan. "Mak, ayah Qaseh nak cakap dengan Datin berdua kejap boleh?", kata Qaseh. "Mestilah boleh", kata Encik Rahmad, ayah Qaseh. Mak Qaseh membawa adik-adik Qaseh ke dalam bilik.

"Qaseh, nenek tahu kamu dan Hafreez hanya berlakon menjadi pasangan suami isteri kan?". Qaseh hanya mengangguk perlahan. "Nenek tahu Hafreez hanya mahukan duit dia tu, sebab tu dia buat macam tu. Dari dulu, dia tak pernah berubah. Yang dia hanya tahu untuk menghabiskan duit", kata Datin Khatijah dengan panjang lebar. "Jadi, nenek nak minta kamu kahwin dengan Hafreez. Ubahkan dia menjadi orang yabg lebih baik. Nenek tahu kamu mampu. Nenek pasti Hafreez pasti berubah apabila dia berkahwin dengan kamu nanti. Yelah, nenek tengok kamu ni gadis cantik, berbudi pekerti, sopan santun. Mesti Hafreez terpikat. Nenek percaya Hafreez boleh berubah", sambung Datin Khatijah lagi. "Tapi Datin, saya tak layak untuk Hafreez. Saya ni hanya orang biasa", kata Qaseh dalam nada sedih. "Tak Qaseh, pada pandangan nenek, kamu layak untuk Hafreez. Taraf tu tak penting sama sekali bagi nenek untuk mengecapi kebahagiaan.", nasihat Datin Khatijah. "Kamu nak berapa, nenek boleh bagi. Nenek boleh upah kamu untuk menjadi isteri Hafreez yang sah. Lepas kamu kahwin nanti, kalau rasa cinta dan sayang tu ada dalam hati kamu, kamu boleh teruskan perkahwinan tersebut, tapi kalau tak ada perasaan tu, kamu boleh buat keputusan kamu sendiri", terang Datin Khatijah. Setelah berfikir sejenak, Qaseh bersuara "saya setuju, Datin. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan Hafreez. Tapi Datin jangan anggap saya sebagai ambil kesempatan kerana saya diupah. Apa yang saya hanya buat hanya untuk menunaikan permintaan Datin. Saya janji akan cuba sedaya upaya saya selagi saya hidup", kata Qaseh. Datin Khatijah terus memeluk Qaseh. Qaseh terkelu seketika. "Terima kasih, Qaseh. Nenek tahu kamu pasti setuju. Nenek tak pernah menganggap kamu mengambil kesempatan hanya kerana nenek mengupah kamu. Lagi satu, kamu tak usah berdatin-datin dengan nenek. Panggil saja nenek", kata Datin Khatijah. "Baik, nek", jawab Qaseh dengan tersenyum riang.

************************

"Aku terima nikanya Cahaya Qaseh Bt Rahmad dengan mas kahwinnya sebanyak RM10,000.00 tunai", lafaz Hafreez. 'Alhamdulillah' kata Datin Khatijah dalam hati. Qaseh dari tadi hanya memandang tepat ke arah lelaki yang sudah bergelar suami kelada dirinya. Dia menadah tangan mengaminkan doa tanda kesyukuran selepas selamat diijab kabulkan dengan Hafreez Mikail walaupun bukan atas dasar cinta. Tenang hati Hafreez setelah mengaminkan doa. Dia memandang isterinya itu. Ayu, cantik, putih, gebu, suci sahaja dia melihat isterinya itu. Tenang sahaja hatinya tatkala memandang wajah Qaseh. Tidak pernah hati dia setenang itu walaupun dia pernah bercinta dengan wanita yang jauh lebih cantik, seksi dari Qaseh. Selepas itu, Hafreez menunaikan solat sunat untuk memohon doa dari Yang Maha Esa supaya rumah tangganya berjalan dengan lancar walaupun dia tidak rela. Dia juga berharap suatu hri nanti hatinya akan terbuka untuk menerima Qaseh di dalam hatinya. Walaupun Hafreez seorang yang berego tinggi, dia tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai orang islam. Qaseh sangat beruntung memiliki suami yang sebegitu walaupun ego suaminya itu tinggi. Qaseh hanya berdoa supaya dia dapat menyayangi lelaki dihadapannya ini. Hafreez berdebar-debar tatkala disuruh untuk mencium dahi isterinya itu sesudah menyarungkan cincin. Dengan perlahan-perlahan dia menutup mata dia mencium dahi isterinya yang sah itu. Qaseh juga mempunyai perasaan yang sama. Dia mencium tangan Hafreez dengan penuh lemah lembut. Hafreez hanya tersenyum melihat tingkah laku isterinya itu.

*************************

Setelah seharian kepenatan melayan tetamu, Hafreez terus memasuki bilik tidurnya tanpa menghiraukan Qaseh. 'Ish, bukannya nak ajak aku naik sama. Macam mana nanti nak masuk? Dahlah tak biasa' omel Qaseh dalam hati. "Qaseh?", tegur Datin Khatijah. "Ye, nek", jawab Qaseh sopan. "Kenapa tak masuk bilik lagi?", tanya Datin Khatijah. Qaseh tidak tahu mahu bercakap apa. "Dekat dapur tu banyak lagi nak kemas. Tu yang tak naik bilik lagi ni", jawab Qaseh spontan. "Lah, yang dekat dapur tu biar orang gaji kemaskan. Kamu tu pengantin baru. Lagipun, seharian kamu layan tetamu, mesti penat. Dah, pergi masuk bilik kamu tu, Hafreez dah tunggu", kata Datin Khatijah. 'Hafreez tunggu? Apa nenek ni?' Omel Qaseh dalam hati lagi. Terbeliak sedikit mata Qaseh. Apa yang dimaksudkan Datin Khatijah pun dia sendiri tidak tahu. Namun, Qaseh terus berkata "yelah, nek. Saya masuk dulu. Assalamualaikum". Qaseh kini berada di luar bilik Hafreez. Perasaan gementar, resah kini menyelubungi dirinya. 'Alah, aku kene beranikan diri. Aku harus menjadikan Hafreez seorang lelaki dan suami yang baik di mata semua orang. Aku harus!' Qaseh menyedapkan hatinya sebelum memasuki bilik Hafreez. Selepas mengetuk pintu, Qaseh melangkah masuk ke dalam bilik Hafreez buat kali pertamanya. Dia terus melabuhkan punggungnya di sofa sambil menunggu Hafreez membersihkan diri. Dia tidak merasa sedikit gugup mahupun takut tatkala berada di dalam bilik yang tidak pernah dia jejaki itu. Dia sentiasa mengingatkan dirinya yang dia hanya menjalankan tugas untuk memperbaiki kelemahan Hafreez. Oleh sebab itu, dia tidak merasa takut atau gugup. Setelah Hafreez keluar, giliran Qaseh pula membersihkan diri. Setengah jam kemudian Qaseh keluar setelah selesai membersihkan diri. Dia mengeringkan rambutnya dan terus barjng di atas katil yang sangat empuk itu. Tiba-tiba, Hafreez masuk ke dalam bilik dan terus berkata "eh eh, siapa kata awak boleh tidur atas katil ni?", tanya Hafreez. "Tak ada siapa yang bagi. Saya yang baring sendiri", jawab Qaseh selamba. "Tak boleh. Awak tak boleh tidur satu katil dengan saya. Pergilah tidur di atas sofa tu", jawab Hafreez dengan muka yang tidak bersalah. 'Aku tak boleh kalah' kata Qaseh dalam hati. "Kenapa saya kena tidur dekat atas katil pula? Sebagai suami dan lelaki, awak kenalah beralah dengan perempuan. Barulah gentleman!", kata Qaseh. "No. I say NO! Gentleman tak gentleman", jawab Hafreez. "Ok, kalau macam tu kita main baling duit syiling, siapa menang dia tidur atas katil dan siapa kalah faham-fahamlah sendiri nak tidur dekat mana ye?", cadang Qaseh. "Ok, saya terima", jawab Hafreez pula. Qaseh memilih kepala manakala Hafreez memilih bunga. Hafreez membaling duit syiling tesebut dan ternyata kepala berada di atas. Maknanya orang yang tidur di atas katil malam ni ialah Qaseh. "Yes! Yes! I knew it!", jerit Qaseh kegembiraan. "Dah, dah pergi tidur dekat atas sofa ye, encik suami?", sambung Qaseh sambil tersengih. Hafreez hanya berdiam diri. Dia pun turun dari katil dan menuju ke sofa. Tetapi, sebelum itu, "Awak!", Qaseh memanggil Hafreez. "Kenapa? Nak bagi saya tidur atas katil ke?", tanya Hafreez sekadar bergurau. "Ish. Tak da maknanya. Saya nak cakap sesuatu. Sini lah kejap", panggil Qaseh. "Hah, ada apa?", soal Hafreez. "Saya nak tetapkan beberapa rules yang telah saya buat untuk awak", kata Qaseh. "Apa? Rules? Untuk apa?", tanya Hafreez bertubi-tubi kerana terkejut dengan kenyataan Qaseh. "Ish awak ni! Tanyalah satu-satu", marah Qaseh. "Ok rules ni saya buat supaya awak tak buat apa-apa yang tak sepatutnya kepada saya", terang Qaseh. "Dia ingat aku nak sangat dengan dia ni!", cakap Hafreez perlahan. "I'm listening!", kata Qaseh. "Baiklah Encik Hafreez, rule pertama ialah saya ada tetapkan jadual untuk kerja rumah antara saya dan awak. Kedua, bergantung kepada rule pertama. Kalau awak ingkar tahulah apa saya nak buat. Ketiga, main baling syiling setiap malam untuk tentukan siapa yang tidur di atas katil. Deal?", bebel Qaseh panjang. "Kalau saya tak nak ikut rules tu?", soal Hafreez. "Awak nak saya tambah lagi?", soal Qaseh pula. "Kalau nak tambah, tambahlah saya tak akan ikut rules tu", kata Hafreez dengan muka sombong. "Ok fine. Saya call nenek sekarang cakap awak buli saya. Nenek pesan kalau awak buli saya, bagitahu nenek. Nenek takkan bagi duit sempena hari jadi awak tu kalau awak buli saya. Last chance, nak saya call ke nak ikut rules tu?", tanya Qaseh buat kali terakhir mendapatkan kepastian. "Yelah yelah, saya ikut rules tu", jawab Hafreez mengalah. Qaseh tersenyum gembira.

Bride For RentWhere stories live. Discover now