1 - Berita yang tidak diduga.

2.3K 14 1
                                    

Tok! Tok!

"Assalamualaikum Ustazah Salwati"

Ustazah Salwa menoleh ke arah pemberi salam itu. Tersenyum dia apabila ternam Melati, pembantu tadbir sekolah, tercegat di situ.

"Waalaikumsalam Kak. Ada apa?" Soal Ustazah Salwa.

"Guru besar nak jumpa lepas sekolah nanti" balas Melati.

Spontan, dahi Ustazah Salwa berkerut.

"Kenapa kak? Saya buat silap ke?"

"Eh taklah. Ada lah benda nak cakap tu. Jangan lupa tau"

"Ye lah kak. Nanti saya pergi, Terima kasih" Balas ustazah Salwa dengan satu senyuman lebar.

"Sama-sama."

Tertanya-tanya dalam hati Ustazah Salwa apa yang dimahu guru besar itu. Bukan selalu dia dipanggil ke sana. Risau pula dia tak semena-mena.

**********

Setelah mengemas mejanya dan menyimpan buku-buku di dalam beg, Ustazah Salwa terus mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke arah bilik guru besar. Sebaik sahaja tiba di pintu pejabat guru besar, dia mengetuk pintu.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Masuk. Masuk"

"Guru besar nak jumpa saya ye?" Soal Ustazah Salwa dengan raut wajah penuh tanda tanya.

"Duduk dulu ustazah" jemput guru besar seraya menunjuk ke arah sebuah kerusi yang terletak di hadapannya.

Ustazah Salwa melabuhkan punggungnya di kerusi itu dan menumpukan pandangannya kepada guru besar. Berdebar-debar jantungnya ketika menanti apa yang hendak guru besar itu katakan.

"Macam ni ustazah, Ustazah tahukan besok, sekolah kita nak adakan program lawatan sambil belajar ke KL?"

"Oh. Saya tahu tu" balas Ustazah Salwa sambil mengangguk lemah.

"Ok. Cuma, pada mulanya Cikgu Fauziah dah dipilih sebagai guru pengiring perempuan, tapi dia cakap tak boleh pergi pasal mak dia meninggal" guru besar menyambung bicaranya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun" pantas Ustazah Salwa membalas

"Jadi sekarang ni saya mengharapkan sangat-sangat supaya ustazah boleh gantikan guru Fauziah dan turut serta dalam rombongan ni. Paling kurang kalau ustazah join lawatan ni, tidaklah lalai sangat murid-murid kita sepanjang program lawatan tu nanti. Ustazah boleh bimbing mereka sepanjang perjalanan dan sepanjang masa berada di KL nanti"

"Ouhh. Berapa lama lawatan tu tuan?"

"Lawatan tu ambil masa tak lama pun, sekejap jee. Cuma 4 hari 3 malam. Pasal tempat-tempat yang akan dilawati pun

tidaklah banyak mana sangat pun. Banyak masa sepanjang program lawatan tu adalah masa untuk guru bersantai dengan murid-murid. Pasal tempat untuk bermalam tu, kita dah book hotel yang kiranya standard jugak laa walaupun tak setaraf lima bintang. Untuk guru pengiring, kita tempatkan sebilik seorang. Jangan risau"

Ustazah Salwa mengangguk-angguk dengan penjelasan guru besar itu.

"Siapa yang pergi dengan saya nanti?"

"Oh. Guru pengiring lelaki pulak ialah Cikgu Zainal..."

Tak semena-mena fikiran Ustazah Salwa menerawang jauh. Tak sangka pula dia akan ke Kl bersama Cikgu Zainal, seorang duda yang tampan dan bertubuh tegap. Seorang guru yang sentiasa menjadi buah mulut murid-muridnya dan...

"Ustazah. Termenung pulak. So, macamana?"

Tersentak ustazah Salwa dari lamunannya seketika.

"Oklah Tuan, saya pergi besok"

"Terima kasih banyak-banyak ustazah. Nanti jumpa kak Melati untuk dapatkan butiran-butiran lanjut pasal program ni. Ustazah ada apa-apa soalan lagi?"

Ustazah Salwa pantas menggeleng dan tersenyum kelat.

"Tak...tak ada tuan" katanya.

"Oklah gitu. Terima kasih Ustazah"

"Terima kasih tuan" balas ustazah Salwa sebelum bangkit dan melangkah kaki keluar dari bilik itu.

Abang... Maafkan SalWhere stories live. Discover now