Keesokan harinya...
TEPAT jam 9.00 malam, semua murid yang mengikuti program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur telah berkumpul di kawasan ruang parkir kereta dalam kawasan pagar sekolah bersama ibu bapa mereka.
Dari jauh kelihatan sebuah bas persiaran berhawa dingin bersama dua orang pemandu telah sedia menunggu.
Komposisi bilangan murid-murid lelaki dan perempuan yang mengikuti rombongan itu agak seimbang. Murid-murid masih lagi berada bersama ibu bapa masing-masing sambil memberi tumpuan terhadap taklimat yang sedang disampaikan oleh guru besar selaku penaung kepada program tersebut. Turut menyampaikan ucapan pada malam tersebut ialah Cikgu Zainal yang merupakan ketua rombongan dan juga pengurus kepada program lawatan ini. Beliau telah di-amanahkan untuk mempastikan keselamatan murid-murid.
Pada malam itu, ustazah Salwa ditemani oleh Jefri dan kedua-dua orang anaknya. Mereka berdiri bersebelahan bas yang akan membawa rombongan ke Kuala Lumpur.
Tumpuan penuh diberi kepada ucapan Cikgu Zainal ketika itu. Wajah Ustazah Salwa kelihatan ceria ketika itu tetapi wajah Jefri kelihatan muram.
"Handsome giler rupanya si Cikgu Zainal ni kan. Badan pun sado. Patutlah Sal beriya sangat nak pergi Kuala Lumpur ni dengan dia. Nak dating sekali ke kat sana nanti?" Bisik Jefri kepada isterinya dengan nada sinis.
Pantas ustazah Salwa menoleh ke arah suaminya matanya dijegilkan ke arah lelaki itu. Geram betul dengan tuduhan tak berasas suaminya itu.
"Astaghfirullah abang ni. Tolong lah jangan cakap bukan-bukan. Sal nak pergi sana..."
Di saat itu, telefon bimbit Jefri bergegar. Dia dan Ustazah Salwa melihat skrin telefon bimbit itu serentak dan ternampak nama "Arman" tertera di situ.
"Kejap Sal. Abang kena jawab ni"
Dengan pantas lelaki itu berjalan jauh ke belakang bas untuk menjawab panggilan itu.
Sekali lagi dahi Ustazah Salwa berkerut. Setahunya, Jefri takde kawan bernama Aiman. Tetapi dia malas nak fikir banyak-banyak. Otaknya terlampau fokus dengan rombongan ke Kuala Lumpur itu.
Sebaik sahaja sesi taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh guru besar dan cikgu Zainal selesai, semua murid diminta beratur dalam satu barisan dan bergerak menaiki bas yang sedang menunggu untuk memulakan perjalanan pada bila-bila masa sahaja.
Sebelum mereka menjejaki anak tangga bas, murid-murid mengambil kesempatan untuk bersalaman, berpelukan dan berciuman pipi dengan kedua ibubapa mereka. Begitulah sopannya mereka dididik sebagai tanda memohon restu dan doa agar perjalanan pergi dan balik mereka ke Kuala Lumpur akan selamat daripada segala perkara yang tidak diingini.
Di masa yang sama, sepasang mata Cikgu Zainal mengintai-intai kelibat susuk tubuh ustazah Salwa yang berdiri tidak jauh darinya. Ustazah Salwa yang bertudung separa labuh itu terus mengangkat tangannya dan melambai-lambai kearahnya. Dengan spontan, Cikgu Zainal melemparkan senyuman dengan penuh keriangan. Lebih-lebih lagi bila dia perasan yang Jefri, suami kepada ustazah Salwa tidak berada si situ.
Tanpa membuang masa, dia berjalan pantas menuju ke arah ustazah Salwa yang masih asyik berbual bersama kedua-dua orang anaknya yang bakal ditinggalkan dalam beberapa minit sahaja lagi. Semakin dekat dia dengan Ustazah Salwa, semakin jelas kecantikan wajah wanita itu. Semakin mengiurkan bentuk tubuh wanita itu. Semakin...
Tiba-tiba, Jefri muncul di hadapan ustazah Salwa entah dari mana.
"Assalamualaikum bang"
Dengan senyuman lebar, Cikgu Zainal menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Jefri.
"Waalaikumsalam" Jefri menyambut tangan lelaki itu dengan wajah mendatar.
"Saya nak ucapkan terima kasih kerana membenarkan ustazah join rombongan ni. Susah laa nak dapatkan cikgu lain yang sanggup pergi last minute. Lagipun, elok juga ustazah pergi, bolehlah tengokkan solat murid-murid ni"
"Apa nak buat, dah tugas dan tanggungjawab kan, nak tak nak kena lah akur" balas Jefri dengan wajah yang bengis.
Cikgu Zainal hanya mengangguk-angguk dan tersengeh. Dalam diam, dia sedikit gementar berhadapan dengan suami kepada Ustazah Salwa yang tinggi lampai bertubuh tegap itu.
"InsyaAllah, saya akan bantu ustazah Salwa sebaik mungkin dan saya akan cuba lakukan yang terbaik supaya program ini berjaya. Apa-apa pun, saya minta abang doakan agar segala urusan kami dipermudahkan dan kami semua selamat pergi dan balik." Kata Cikgu Zainal bersungguh-sungguh serta tersengeh-sengeh seperti kerang busuk.
"Ok" Jefri pula membalas dengan ringkas dengan wajah yang masih bengis seperti tadi.
"Hmmm. Oklah kalau gitu, saya minta diri dulu bang. Assalamualaikum"
Lalu cikgu Zainal menghulurkan tangan kanannya bersalaman dengan suami ustazah Salwa dan terus beredar daripada situ tanpa menunggu jawapan salam dari lelaki itu. Tidak boleh dinafikan, dia terasa sedikit menyampah dengan sikap sombong dan angkuh Jefri. Tetapi dia memilih untuk mengendahkannya. Barangkali mood lelaki itu tidak berapa baik. Apa-apa pun, Cikgu Zainal cuba bersangka sebaik mungkin dan berjalan pantas menuju ke lokasi di mana bas berada untuk memastikan semua murid sudah berada di tempat duduk masing-masing dengan selesa di dalam bas.
Tidak berapa jauh dari situ, ustazah Salwa menghulurkan tangannya kepada kedua-dua anak kesayangannya. Mereka menyambut dan mencium tangan ibu tersayang itu.
"Ingat tau pesan mama, Sarah, Fairuz. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap ayah tau. Buat homework. Jangan malas-malas. Apa ayah suruh, buat tau. Jangan melawan. Boleh?" Soal Ustazah Salwa sebelum mengesat air matanya.
"Kita ingat mama. Mama pun jaga lupa kita kat sana" balas Fairus.
"Mama. Janganlah pergi. Nanti Sarah lonely. Sarah sayang mama" ucap anak perempuannya itu sebelum air matanya jatuh berjurai membasahi pipi.
"Ala sayang, jangan lah nangis. Mama pun sayang Sarah jugak. Bukan mama nak pergi selama-lamanya. Lagi 4 hari nanti mama balik ok. Dah, jangan sedih-sedih"
Ustazah Salwa mencium pipi anak-anaknya dan memeluk mereka erat. Belakang anaknya digosok lembut untuk menenangkan mereka.
Akhirnya, dia bangkit dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan suaminya yang sedari tadi berdiri tegak di belakangnya.
"Bang. Halalkan makan minum Sal, doakan Sal selamat pergi dan balik" dikucup lembut tangan suaminya.
"Ok. Jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal pulak kat sana" balas Jefri dengan tegas tanpa segaris senyuman.
"Bang. Please jangan lah marah-marah. I love you so much tau" ucap Ustazah Salwa selembut mungkin, matanya merenung mata suaminya dengan dalam.
Serta merta perasaan marah lelaki itu reda dengan kata-kata manis isterinya. Dia merapatkan dirinya dan mengucup dahi ustazah Salwa sebagai simbol restu untuk isterinya yang tersayang.
"I love you too sayang. Enjoy yourself ok. Jangan lupa kita kat sini" ucap lelaki itu dengan segaris senyuman manis.
"Baik bang. InsyaAllah"
Di masa yang sama, Dihadapan pintu bas, cikgu Zainal telah tercegat di situ, menunggu kedatangan ustazah Salwa yang merupakan penumpang yang terakhir. Tak lama kemudian, ustazah Salwa muncul untuk menaiki bas itu. Tersenyum gembira Cikgu Zainal ketika itu bila dia sedar dia akan akhirnya berdua-duaan dengan ustazah cantik itu.
"Nak saya pimpin tak?" Bisik Cikgu Zainal.
"Ish cikgu ni. Tak payah. Macam lah saya tak pernah naik bas" balas wanita itu.
"Manalah tau. Kan Ustazah selalu naik kereta"
"Merepek lah cikgu ni" balas wanita itu dengan sengihan lebarnya.
Setelah Ustazah Salwa menaiki bas itu, Cikgu Zainal, selaku ketua program melambaikan tangan kepada semua ibu bapa yang masih berada di situ.
Tak lama kemudian, bas itu pun bergerak perlahan-lahan keluar dari perkarangan sekolah itu. Dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, sebuah kota yang terkenal dengan kenakalannya di hukum hakam sering ditolak tepi.
YOU ARE READING
Abang... Maafkan Sal
FantasyUstazah Salwa adalah seorang wanita yang baik, sopan santun dan setia kepada suaminya. Tetapi segalanya berubah apabila dia ditugaskan oleh Guru Besarnya untuk pergi ke KL...bersama Cikgu Zainal