SETELAH berbatu jauhnya perjalanan dilalui, bas yang membawa rombongan murid-murid sekolah bersama dua orang guru pengiringnya, bergerak perlahan memasuki ruang parkir di belakang bangunan hotel yang bertaraf 3 bintang itu.
Setelah pintu bas dibuka, murid-murid pun menuruni bas dan berjalan ke lobi hotel dalam keletihan dan mata yang mengantuk.
Cikgu Zainal dan ustazah Salwa terus menuju ke kaunter hotel untuk menyerahkan senarai nama murid-murid serta surat pengesahan tempahan hotel. Para penyambut tetamu hotel itu mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk menyelesaikan urusan check-in tersebut memandangkan semua kunci bilik-bilik yang ditempah oleh pihak sekolah telah dimasukkan ke dalam sampul khusus. Cikgu Zainal terus mengagihkan kad-kad kunci tersebut mengikut senarai nama murid-murid.
"OK murid-murid semua, sekarang kamu semua dah dapat kad kunci bilik masing-masing. Lamu semua balik ke bilik masing-masing untuk berehat. Kita akan jumpa semula pada pukul 8 setengah pagi nanti di lobi ini untuk sama-sama bersarapan pagi" Cikgu Zainal memberi penerangan ringkas kepada murid-muridnya memandangkan mereka semua keletihan dan masih lagi dalam keadaan mengantuk.
"Jangan lupa semua ye, pukul 5.50 pagi nanti dah masuk waktu subuh. Semua dikehendaki solat subuh di bilik masing-masing. OK. Semua dah boleh pergi ke bilik masing-masing. Assalamualaikum semua" sambung Ustazah Salwa.
"Waalaikumussalam ustazah Salwa!" jawab murid-muridnya serentak.
Sebaik sahaja kesemua murid-murid naik ke bilik masing-masing, Cikgu Zainal merapati Ustazah Salwa.
"Sal. Kita berdua stay dalam satu bilik lah. Kad kunci ni ada satu je" bisik cikgu Zainal.
Berkerut dahi Ustazah Salwa, terkejut dengan apa yang didengarinya daripada mulut cikgu Zainal sebentar tadi. Dia cuba berlagak tenang dengan harapan Cikgu Zainal hanya bergurau.
"Zai ni, mana ada. Kan ada dua bilik untuk guru pengiring?"
Cikgu Zainal menunjukkan satu sampul surat kepada Ustazah Salwa. Di atas sampul itu tertulis nama Cikgu Zainal tetapi tak ada sampul untuk Ustazah Salwa"Cuba tengok ni. Ada satu je pun sampul kad bilik. Tadi Zai dah tanya receptionist tu, dia kata cuma ada satu bilik je tinggal. Bilik lain semua fully booked"
"Ha! Macam mana ni cikgu? Takkan Sal nak tidur bilik cikgu pulak. Sal nak balik la gini" bentak Ustazah Salwa seraya mencebik.
"Takpelah Sal. Kita naik dulu. Sal letak beg dalam bilik abang dulu, cuci muka apa yang patut. Lepas tu kita turun semula. Kita mintak berbual dengan manager hotel pulak. Receptionist ni mungkin tak tahu apa-apa. Ok?"
Ustazah Salwa melihat jam tangannya, pukul 3 pagi. Memandangkan dirinya juga sangat kepenatan, nak tak nak, ustazah Salwa terpaksa mengangguk setuju.
"Oklah! Lepas letak barang kita turun semula tau, pastu kita settle cepat-cepat hal ni. Kalau tak settle juga, Sal nak balik" herdik wanita itu dengan wajahnya yang masam mencuka.
"OK! Ok Sal. Jangan risau. Zai janji" balas lelaki itu seraya mengangkat tangan kanannya seperti mengangkat sumpah.
Tanpa membuang masa, Cikgu Zainal mengangkat begnya sekali dengan beg milik ustazah Salwa. Mereka memasuki lif dan menuju ke aras 3. Pintu bilik bernombor 307 dibuka dan Cikgu Zainal masuk ke dalam bilik itu tetapi Ustazah Salwa hanya tercegat di luar pintu. Kebimbangan jelas terpancar di wajah wanita itu. Teragak-agak sama ada nak masuk ke tak nak.
"Masuklah Sal. Takde orang ni. Kejap lagi kita turun, OK?" Pelawa Cikgu Zainal sambil membantunya mengangkat beg wanita itu dan meletakkannya di tepi almari.
Dengan satu keluhan berat, Ustazah Salwa melangkah kakinya memasuki bilik hotel tersebut. Fikirannya tidak lagi terasa aman dan tenteram. Perasaannya bercampur baur. Cemas, takut, bimbang, risau dan gundah gulana.
YOU ARE READING
Abang... Maafkan Sal
FantasyUstazah Salwa adalah seorang wanita yang baik, sopan santun dan setia kepada suaminya. Tetapi segalanya berubah apabila dia ditugaskan oleh Guru Besarnya untuk pergi ke KL...bersama Cikgu Zainal