3 - Kalau dah tugas

1.1K 9 0
                                    

"Abang! Sal nak cakap sikit boleh?" Ustazah Salwa memulakan bicara dengan suaminya selepas doa makan selesai dibaca.

"Apa dia Sal?" Balas suaminya menyuap nasi ke dalam mulutnya tetapi matanya pula tertumpu kepada skrin telefon bimbitnya.

Ustazah Salwa berjeda seketika. Akalnya ligat mengatur kata-kata terbaik untuk disampaikan kepada suaminya. Hakikatnya, dia rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan suami dan anak-anaknya untuk ke KL di minit terakhir. Dia juga takut dimarahi suaminya juga. Tetapi, tugas tetap tugas. Nak tak nak, dia terpaksa akur dengan permintaan guru besarnya.

"Camni bang, tadi kan, guru besar panggil Sal masuk ofis dia. Dia kata, Sal kena ikut rombongan budak-budak sekolah Sal tu ke KL besok. Dia kata lawatan sambil belajar. 4 hari 3 malam" kata Ustazah Salwa dengan jantung yang berdebar-debar.

Jefri meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja dan memandang wajah Salwa yang jelas nampak ketakutan.

"Apa ni Sal? Tiba-tiba je. Kenapa last minit ni ?"

"Maafkan saya bang. Sebenarnya, Cikgu Fauziah yang kena pergi. Tapi pagi tadi, mak dia meninggal dunia kat JB, sebeb tu dia terpaksa cancel. Habis tu guru besar dah takde orang lain lagi yang boleh pergi. Nak tak nak, dia kena suruh Sal pergi pulak. Maaf bang. Bukan niat saya nak bilang abang last minit" Ustazah Salwa menjelaskan dengan panjang lebar dengan harapan yang suaminya akan faham situasinya.

"Maa, nak ikut. Maa, nak ikut jugak" Kedua-dua anak ustazah Salwa terus menyampuk keriangan.

"Tengok tu Sal. Dua-dua anak kita nak ikut jugak tu. Macam mana sekarang?" Soal Jefri seraya menggeleng lemah sebelum menyambung makan malamnya. Di masa yang sama, dia melihat telefon bimbit seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi.

Ustazah Salwa menoleh ke arah anak-anaknya dan tersenyum lebar kepada mereka.

"Along, adik, macam ni. Sebenarnya bukan Ma tak nak ajak along dan adik ikut sama. Tapi guru besar sekolah mama cakap, semua tempat duduk dalam bas tu sudah penuh. Dia offer kat mama pun, kiranya dah lewat. Sebabnya, mama kena pergi pun sebab ganti cikgu yang tak boleh pergi. Sorry sangat-sangat anak-anak mama... ok?"

"OK ma, takpelah." Jawab kedua-dua anaknya dengan hampa. Bagusnya mereka berdua ni sebab mereka tidak pernah membantah apa saja yang dicakapkan oleh kedua ibu bapa mereka.

"Bang. So maca mana bang? Boleh kan?" Soal Ustazah Salwa dengan nada seakan merayu. Tetapi hakikatnya, dia juga tidak mempunyai pilihan.

"Boleh ke tak dah tu arahan guru besar Sal kan? Apa abang boleh buat? Kang abang tak kasi, bimbang pulak ada kesan pada prestasi kerja Sal. Kalau boss abang tiba-tiba je suruh abang pergi Batam ke, Singapore ke. London ke besok atas urusan kerja. Boss abang suruh duduk sana setahun 2, abang tetap kena pergi jugak kan? Sal suka ke tak suka ke Sal boleh buat apa-apa ke?"

Jelas kedengaran dari mulut suaminya yang dia tidak gembira. Wajahnya muram seraya menyuapkan makanannya sambil matanya tetap tertumpu pada skrin telefon bimbitnya.

Ustazah Salwa terasa hati dengan kata-kata suaminya. Dia faham benar perasaan suaminya ketika itu. Kalau dia berada di tempat Jefri, pasti dia juga tidak suka. Di saat itu, dia berhenti menyuap makanan ke dalam mulutnya. Seleranya mati serta-merta.

"Abang ni, Sal pergi pun dalam Malaysia jugak. Tak perlu passport. Abang dah cakap sampai pergi London pulak sampai setahun. Nak sangat ke tinggalkan Sal dengan anak lama-lama gitu?"

Jefri mengeluh berat. Rasa bersalah pula tiba-tiba dengan isterinya sendiri. Dia meletakkan telefon bimbitnya dan menoleh ke arah Ustazah Salwa.

"Abang mintak maaf Sal. Abang gurau je. Pergilah. Enjoy KL tu. Pasal anak-anak kita ni, Sal tak payah risau. Abang boleh je jaga dia orang berdua. InsyaAllah.

Ustazah Salwa tersenyum dengan kata-kata suaminya itu. Serta-merta dia berselera kembali. Dengan pantas dia menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Berapa orang guru yang pergi rombongan tu Sal?"

"Setakat ni guru besar bagitau ada dua orang je bang. Sal dengan cikgu Zainal. Cikgu Zainal tu ketua rombongan sebab dia yang buat cadangan hari tu bila sekolah Sal dapat anugerah sekolah cemerlang dan dia juga yang sediakan proposal semua tu."

Sekali lagi Jefri meletakkan telefon bimbitnya dan memandang wajah Ustazah Salwa.

"Aik, berdua je dengan cikgu lelaki?"

"Abang ni. Jangan lah bimbang. Kita cuma nak mengiring murid-murid je kat sana. Tak lebih dari tu. Banyak masa habis dengan murid-murid je" jawab Ustazah Salwa cuba menghilangkan perasaan bimbang suaminya itu.

"Yelah, kalau boss abang suruh pergi London last minit dengan kawan kerja abang si Aisyah tu, Sal pun tak boleh buat apa-apa kan?"

Hampir tersembur makanan dari mulut Ustazah Salwa ketika itu. Dia terasa marah tiba-tiba bila perempuan cantik seperti Aisyah dikaitkan dalam perbualan mereka. Bukan dia tak tau suaminya itu selalu makan tengahhari berdua-duaan dengan perempuan itu. Banyak kali.

"Abang. Kenapa mesti cakap pasal Aisyah tu. Abang kan tau Sal tak suka sangat dengan dia. Kenapa mesti nak sakitkan hati Sal ni?"

Terjongket kening Jefri dengan soalan isterinya itu. Merah mukanya serta merta.

"Sal pulak sakit hati? Sal yang nak pergi KL last minit. Tinggalkan abang dengan budak-budak kat Terengganu ni. Lepas tu pergi pulak berdua dengan cikgu lelaki selama 4 hari. Sal pulak yang berhak rasa sakit hati?"

"Abang kan dah tau. Ni bukan pilihan Sal. Abang sendiri cakap kan, kalau tak ikut perintah..."

"Yelah-yelah. Sal betul. Abang salah. Dah. Abang tak nak gaduh depan budak-budak. Abang nak masuk bilik berehat"

Tanpa menunggu respons dari isterinya, Jefri bingkas bangkit dan berjalan pantas menuju ke bilik tidurnya. Makanan yang masih banyak dipinggan ditinggalkan begitu sahaja. Selera makannya hilang entah kemana.

Salwa dan anak-anaknya hanya berdiam diri dan terus menikmati juadah makan malam sehingga selesai tanpa sepatah kata.

Perasaan sedih dan gembira bercampur baur dalam jiwanya. Sedih dengan pergaduhan dia dengan Jefri sebentar tadi.

Daripada satu sudut, Ustazah Salwa juga berasa gembira memandangkan dirinya amat jarang sekali berpeluang menjejakkan kaki ke ibu kota Kuala Lumpur. Dia juga menyimpan seribu harapan agar perjalanan rombongan pergi dan baliknya nanti akan selamat dan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai guru pengiring sebaik mungkin. Tanggungjawab yang akan ditunaikan bersama Cikgu Zainal nanti.

Abang... Maafkan SalWhere stories live. Discover now