6 - Kerana Sandwich

1.6K 11 1
                                    

2 jam kemudian, di lebuhraya menuju ke Kuala Lumpur, bas yang dinaiki oleh Ustazah Salwa dan Cikgu Zainal terus bergerak laju membelah kegelapan dan kesunyian malam. Kesemua lampu bas di dalam bas itu sudah dipadamkan. Keadaan dalam bas kelihatan gelap. Hanya sedikit cahaya bulan yang menyelinap menerusi tingkap. Pembantu pemandu yang terduduk di single seat bersebelahan pasangan itu sudah pun melelapkan mata dengan lena sekali. Dengkuran halus jelas kedengaran dari kerusi Cikgu Zainal.

Lelaki itu bangkit dan meninjau keseluruh bas. Dia mendapati hampir kesemua murid-murid juga telah lena. Cikgu Zainal duduk kembali dan menoleh ke arah Ustazah Salwa. Terpegun dia seketika, wanita itu kelihatan cantik mempersona walaupun dipandang dari sisi. Tanpa sedar ia membangkitkan satu perasaan yang sudah lama terpendam sejak penceraiannya 2 tahun yang lalu. Perasaan sayang.

Sejak bas mula keluar dari perkarangan sekolah sehingga ke saat itu. Mereka berdua rancak berbual tentang pelbagai perkara yang berkaitan hal-hal tugasan sekolah dan lebih penting lagi berkaitan perancangan program lawatan mereka yang akan bermula seawal pagi esok.

Kini, wanita itu sedang khusyuk melayari aplikasi instagramnya. Sekali-sekala wanita itu akan tersenyum sendirian, memaniskan lagi wajahnya yang cantik jelita itu.

"Ustazah. Kalau ustazah rasa mengantuk dan nak tidur dulu, tidur je la. Saya pun sekejap lagi ni bermimpi la kot. Terasa juga mengantuk ni"

"Mmm. Yelah. Nanti, kalau saya tak jawab pertanyaan cikgu, maknanya saya dah masuk alam lain laa tu ye. Cikgu pulak jangan sembang sorang-sorang, nanti tak pasal-pasal, driver bas ni terus hantar Cikgu pergi hospital mental"

Cikgu Zainal terketawa kecil dengan jenaka Ustazah Salwa itu. Di masa yang sama, dia terpandang senyuman lebar wanita itu. Begitu menawan sekali pada anak matanya.

"Sebenarnya kan Ustazah, ada chance jugak untuk saya masuk hospital mental ni"

Sengaja Cikgu Zainal merapatkan dirinya untuk berbisik kepasa Ustazah Salwa, sekaligus terhidu bau wangian dari tubuh wanita itu. Terpempan sebentar lelaki itu.

"Ha? Kenapa pulak tu Cikgu?" bisik Ustazah Salwa kembali.

"Pasal, tak lama lagi pun saya akan hilang akal jugak"

"Ish. Apa ni Cikgu. Tak faham lah. Kenapa hilang akal?"

"Hilang akal bila perempuan yang saya suka tu dah diambil orang. Perempuan yang sexy, pandai, sporting, kelakar dan paling cantik yang saya pernah nampak"

Ustazah Salwa hanya menunduk dan berdiam diri. Dia sangat pasti kemana hala tuju kata-kata Cikgu Zainal itu sebenarnya. Segala memori di kuarters Cikgu Zainal kembali berlegar di mindanya. Bagaimana dia boleh termakan dengan kata-kata manis dari lelaki itu sehingga matanya tertutup seketika, merelakan bibirnya dicium oleh lelaki itu di atas katilnya.

"Cikgu, masa cikgu sampai kat sekolah tadi, cikgu dah makan malam ke? Saya nampak macam busy sangat berjalan sana sini" Tanya ustazah Salwa menukar topik.

Cikgu Zainal mengeluh bila dia tersedar pancingannya tidak menemui sasaran.

"Saya dah makan dah petang tadi, dalam pukul 5.30 petang macam tu. Lepas tu sempat je minum kopi lepas solat maghrib tadi sementara menunggu murid-murid sampai"

"Ehh. Dah lama tu. Mesti cikgu lapar kan?Nah! Ambil sanduwich yang saya bawa bekal makan dalam kereta tadi. Nasib baik ada satu lagi ni." Pelawa ustazah Salwa sebelum mengeluarkan roti sandwich ikan tongkol yang masih berbungkus dalam bekas plastik.

"Eh. Tak mengapa ustazah. Tak payah susah-susah. Saya belum lapar lagi pun. Nanti bila bas berhenti kat mana-mana hentian RrR, bolehlah saya turun makan"

Abang... Maafkan SalWhere stories live. Discover now