SEORANG lelaki yang berpakaian sut lengkap berwarna hitam berserta kotnya memasuki rumah agam yakni pemiliknya adalah pengusaha syarikat penerbangan antarabangsa di berbagai-bagai negara. Langkah diatur kemas ke ruang tamu yang sudah dipenuhi ahli keluarga dan saudara mara.
"Assalamualaikum, semua. Selamat pagi. Saya, Encik Khairul, peguam peribadi Puan Bahirah yang dilantik oleh Puan Bahirah sendiri ketika beliau masih sihat. Memandangkan kesihatannya merosot akhir-akhir ini, dah tiba masanya untuk saya bacakan wasiat-wasiat yang pernah digubal oleh Puan Bahirah sendiri." Suara seorang peguam bertauliah lelaki itu memecahkan kesunyian yang menyelaputi suasana di ruangan itu.
"Waalaikumussalam. Ya. Duduklah." Jawab Dato' Ezman.
Selaku orang paling berkuasa di situ selepas bondanya yang tika ini sedang terlantar sakit di hospital, Puan Bahirah.
Peguam tersebut yang bernama Khairul menunduk sedikit sebelum mengambil tempat yang disediakan khas untuknya. Dia melihat satu persatu wajah-wajah yang ada di rumah agam itu untuk mendengar wasiat yang akan dibacakan sebentar lagi.
"Boleh kita mulakan, Encik Khairul?" Tanya Dato' Ezman. Memecahkan kesunyian.
Diam.
"Belum."
"Ada seorang yang masih belum hadir hari ni." Jawab Khairul setelah diteliti satu persatu manusia di situ.
Dahi Datin Qadira berkerut halus. Begitu juga Dato' Ezman dan yang lain-lain.
"Kalau tidak cukup syaratnya, saya tak boleh bacakan wasiat Puan Bahirah hari ini. Dan syaratnya adalah orang tersebut perlu ada dalam pembacaan wasiat." Sambung Khairul lagi. Sedikit tegas.
"Kami dah bawa semua saudara mara kami untuk dengar wasiat hari ni. Sampaikan yang menetap di oversea pun terpaksa datang sini semata-mata untuk dengar wasiat ni. Tapi, Encik Khairul masih lagi kata ada seorang lagi yang belum hadir? Who is it actually? Siapa dia tu? Boleh kami tahu? Kalau ya, kami boleh bawakan orang tu hari ni juga." Ujar suara lunak Datin Qadira. Dia mengeluh kesal perlahan.
Sudah banyak kali pembacaan wasiat ini dibatalkan hanya kerana tidak cukup syarat yang ditetapkan. Baginya semuanya sudah lengkap hari ni dengan kehadiran saudara-mara keluarga ibu mentuanya.
Dia sanggup menghubungi mereka yang sudah menetap di luar negara dan memujuk mereka menghadiri perbicaraan hari ini. Walaupun ada di antara mereka yang tidak mahu langsung akan harta ibu mentuanya.
Tetapi, syarat tetap syarat.
"Can you just name it who the hell is it? We can get he or she for you. Kenapa nak kena main teka-teki bagai? Menyusahkan orang tahu, tak?" Celah seorang jejaka muda yang duduk di sofa bersalut emas hujung ruang sana. Dia menjeling malas ke arah Khairul.
Khairul melempar senyum segaris ke arah jejaka itu. Dia kenal jejaka itu.
Cucu sulung Puan Bahirah dan anak sulung Dato' Ezman. Penerus legasi yang seterusnya.
"Saya rasa semua orang kenal dengannya. Lagi-lagi Tuan Asytar." Khairul menjawab tenang.
Asytar Ezhar.
Apabila namanya meniti di bibir peguam lelaki itu, dia menatap kosong. Tajam. Wajahnya mendatar tapi jelas sekali niat ingin tahunya membuak-buak.
Dia kenal?
Siapakah gerangan tersebut?
"Jangan risau semua. Kali ni saya sendiri yang hubungi orang itu untuk hadir perbicaraan hari ini. Masa datin, dato, dan tuan puan semua tak akan terbuang sia-sia." Tenang tutur kata Khairul.
YOU ARE READING
SAKIT YANG TERBALAS
Short Story"Nur Efrina Delisya, aku ceraikan kau dengan talak satu! Sekarang, kau kemas pakaian kau dan aku nak kau berambus dari rumah aku! Malam ni juga aku tak nak tengok bayang-bayang kau ada dalam rumah ni! Keluar!!!" Sejarah mengajarkan kita untuk tidak...