DATIN QADIRA menutup bekas jenama Tupperware berwarna biru gelap dengan kemas. Dipastikan agar makanan di dalam bekas itu selamat dan tidak tumpah. Hari ini, dia membuat bekal untuk menantunya, Delisya. Waktu sudah mahu menginjak pukul 8. Kebiasaannya, Delisya sudah turun ke bawah.
Bunyi derapan langkah kaki seseorang membuatkan Datin Qadira tersenyum nipis. Cepat-cepat dia membuka langkah mahu memberi bekalan sarapannya. Namun, setibanya dia di ruang tamu, kelihatan anak sulungnya sedang menuruni tangga sambil tangan melilit tali leher.
"Eh! Along?" Tegur Datin Qadira.
"Ya, bonda. Good morning." Sapa Asytar seperti biasa.
"Dah nak pergi office? Awalnya bersiap. Hari ni ada apa-apa, ke?" Tanya Datin Qadira apabila melihat anaknya atas bawah yang sudah lengkap berpakaian.
"Haah, bonda. Hari ni ada meeting dengan staf pukul 9 lebih nanti. Sekali dengan staf yang handle project collab dengan D'H'R Holdings. Itu yang nak cepat ni." Jawab Asytar.
"Nak breakfast tak? Atau nak bonda bekalkan?" Datin Qadira merenung wajah tampan anaknya.
Asytar terdiam sejenak. Dia terpandangkan bekas Tupperware di dalam beg kecil yang dibawa bondanya.
"Hmm. Boleh juga."
Datin Qadira angguk kecil. Dia senyum segaris.
"Okay. Tunggu sekajap ya? Bonda pergi siapkan bekal." Kata Datin Qadira. Asytar berkerut halus.
"Habis ni bekal siapa?" Sangkanya bekalan itu untuknya. Sebab itu dia setuju memandangkan bondanya sudah siapkan bekalan makanan untuk sarapannya.
"Ouh. Ini untuk Del. Bonda yang buat tadi siap-siap untuk dia. Bonda tengok tak pernah dia sempat breakfast dengan kita. Lagi pun dia selalu keluar awal. Kadang-kadang, breakfast tak siap lagi. Itu yang hari ni bonda bekalkan cepat-cepat ni." Jelas Datin Qadira dengan senyuman ceria.
Asytar terdiam sesaat bersama mata terkedip-kedip. "Tapi, along tengok kereta Del dah tak ada. Bukan ke dia dah keluar tadi?"
Datin Qadira tersentak. "Hah? Betul, ke? Tapi, tak adalah pula nampak dia turun tadi."
Atau dia tidak perasaan?
Tiba-tiba, kedengaran suara seseorang sedang berbual dari arah anak tangga yang berwarna coklat sana. Muncul kelibat Delisya yang sedang menekap telefon pada telinganya.
"Itu Del. Betul ke along tengok kereta Del tak ada kat depan?" Kata Datin Qadira pula kepada Asytar.
Asytar hanya membiarkan soalan bondanya. Matanya memfokuskan kepada isterinya yang cantik berbaju blouse putih hari ini. Satu benda yang dia perasan tentang Delisya. Wanita itu gemar akan warna putih. Dan warna putih sesuai dengan skin tone isterinya.
"Okaylah. Aku off dulu. Nanti nak payment, kau bagi tahu aku semula harga total dia berapa." Kata Delisya sebelum menamatkan panggilan. Tidak sedar ada dua pasang mata sedang memerhatinya.
"Del." Segera dia menoleh mencari suara empunya badan. Dan serta-merta wajahnya berubah dingin.
Keluhan panjang terlepas darinya. Dah mai dah pemusnah mood pagi-pagi aku.
"Nak keluar, ya? Ini bonda ada bekalkan breakfast untuk Del. Makanlah nanti." Ujar Datin Qadira setelah menghampiri menantunya. Dia mengulum senyuman manis.
Manakala Delisya merenung kosong beg yang berisi bekal makanan itu. Kepala diangkat menatap wajah teruja ibu mertuanya.
"Tak apa. Makan kat luar je nanti. Simpan jelah. Bagi dekat orang lain." Katanya dingin.
YOU ARE READING
SAKIT YANG TERBALAS
Short Story"Nur Efrina Delisya, aku ceraikan kau dengan talak satu! Sekarang, kau kemas pakaian kau dan aku nak kau berambus dari rumah aku! Malam ni juga aku tak nak tengok bayang-bayang kau ada dalam rumah ni! Keluar!!!" Sejarah mengajarkan kita untuk tidak...