BAB 4

75 10 0
                                    

DELISYA meletakkan bekas Tupperware yang suam-suam rasanya ke dalam beg khas makanan. Di dalam bekas Tupperware itu terdapat bubur yang dimasakkan oleh Kak Siti semalam. Pagi ini dia hanya berbekalkan dengan bubur tersebut.

Dia sudah bersiap-siap mahu keluar awal hari ni. Ruangan dapur pun masih sunyi lagi kerana tidak ramai lagi pembantu yang sudah bangun.

"Wah.. hari ni menantu bonda buatkan sarapan, ke?" Suara lembut Datin Qadira yang menyapanya, menghentikan Delisya.

Delisya mengeluh kecil. "Bukan buat breakfast. Saja masuk nak minum air." Dalihnya.

"Itu dalam beg tu apa? Del nak bawa bekal, ya?"

"Bubur." Jawabnya sepatah.

"Kenapa? Del tak sihat, ke?" Datin Qadira terus diterpa rasa gusar.

"No, I'm not." Tak payah sibuklah.

"But, don't worry. Barang dapur untuk buat bubur ni semua bukan dari dalam rumah ni punya. Memang hak milik persendirian. I just use your kitchen. Thanks." Sambung Delisya senada sebelum pergi.

Memang semalam dia yang bagi pun bahan-bahan untuk memasak bubur itu kepada Kak Siti. Memang dia tak akan sesekali menggunakan bahan-bahan dalam rumah ini. Selama dia tinggal di sini, tidak pernah satu suapan pun makanan di dalam rumah ini masuk ke dalam perutnya.

Kisah lalu mengajarkannya untuk mengerti dan mengambil pengajaran.

Datin Qadira terpinga-pinga. Kenapa tak guna bahan-bahan di dalam rumah ni saja?

"Hmm, baguslah juga kau tak guna barang-barang dalam rumah ni. Sedar diri sikit. Kau tu ibarat menumpang je dalam rumah ni!" Muncul satu suara yang tidak asing bagi Delisya di ruang dapur sewaktu dia mahu bergerak keluar.

Delisya menghentikan langkahnya. Perlahan-lahan dia berpaling. Sudah diduga. Siapa lagi yang suka cari pasal dengannya kalau bukan a.k.a adik iparnya itu!

Aqish bersandar pada peti ais dengan berlagaknya sambil tangan menyilang di dada.

"Menumpang?" Delisya menjongket kedua-dua keningnya dengan tatapan sinis.

"Kau nak tahu apa maksud penumpang yang sebenar?"

"Yang menumpang dalam rumah ni itu sebenarnya kau dengan keluarga kau! Harta yang korang dapat ni semua sepatutnya jatuh dekat tangan arwah atuk aku! Bukannya nenek kau! Nenek kau tu tamak! Tak kenang budi! Orang bagi betis, nak peha. Adik sendiri pun sanggup tikam. Tak sedar diri!" Cemuh Delisya tanpa basa-basi.

"Dan kalau aku nak! Bila-bila masa aku boleh rampas harta yang korang berpijak sekarang ni! Bukan setakat rumah ni aku dapat. AirCloud dan Warisan dan semuanya! Akan jatuh ke tangan aku! Dan korang semua? Huh! Akan kena halau macam anjing kurap. Jadi, kalau rasa nak hidup tenang. Jangan kau kacau hidup aku." Tegas suara Delisya berbaur amaran.

Aqish pandang kepergian Delisya dengan tatapan tidak puas hati. Dia berpaling kepada bondanya yang berwajah sugul di island table.

"Betul ke bonda apa yang perempuan tu cakap tu?" Soalnya tak puas hati.

"Bonda tak tahu. Itu semua kerja nenda. Kalau adik tanya ayahanda sekalipun, ayahanda pun tak tahu. Itu semua kisah silam nenda. Dan sekarang nenda dah berubah. Cuma... Del saja yang tak boleh terima." Sebab dia yang rasa semuanya.

Aqish menghentakkan kakinya ke lantai. Protes!

"HEY, BRO! What's up, pengantin baru?! Sorry tak dapat datang majlis kau. Aku ada fly emergency hari tu." Seorang lelaki yang berambut sedikit perang menyapa Asytar yang sedang menyisip airnya.

SAKIT YANG TERBALAS Where stories live. Discover now