BAB 7

37 7 0
                                    

DELISYA tersenyum kecil mendengar celoteh Darwisy yang seperti bertih jagung. Dari tadi lagi si kecil itu tak berhenti bercakap sana sini. Terlalu teruja dibawa berjalan-jalan ke Bukit Bintang gamaknya.

"Mama. I saw french fries at that stall! Can I have it?" Tanya Darwisy dengan sedikit pelat huruf s.

Delisya melihat gerai yang dimaksudkan oleh anaknya. Sedikit membulat matanya melihat barisan panjang yang beratur di depan gerai tersebut.

Mak ai! Panjang macam kereta api.

"Awisy nak tu, ke?" Celah Ikram menarik perhatian Delisya semula. 

Darwisy angguk kepala berkali-kali. Gigi menayang senyuman membodek. Biasanya baba selalu belikan apa saja yang dia mahu!

Pantang diminta, terus dibeli.

"Okay. Tapi, lama sikitlah. As you can see, the queue is very long. It might take few minutes." Kata Ikram dengan senyuman manis sambil menggosok kepala Darwisy.

Delisya hanya diam melihat dua insan itu berkomunikasi. Tak ubah seperti gaya ayah dan anak saja. Dalam hatinya terdetik, adakah ayah kandung anak kecil itu akan melayan Darwisy seperti mana layanan Ikram?

Selepas hampir 30 minit beratur, akhirnya kentang goreng yang diminta Darwisy sudah pun tiba. Berselera sekali anak kecil itu makan.

"Baba! Aaaaa." Darwisy membuat gaya membuka mulut seluas-luasnya. Ikram berkerut dahi.

"Kenapa? Nak suap baba, ya?" Darwisy angguk kepala sambil tangan mungilnya sedia mahu menyuap kentang goreng bersalut sos cheese ke dalam mulut Ikram.

Terus melebar senyuman Ikram. Cute betul budak tecik ni!

"Aaumm! Hmm. Sedap!" Komen Ikram setuju dengan Darwisy.

Delisya tersenyum nipis. Kemudian, dia membuat muka masam mencuka.

"Awisy tak suap pun dekat mama." Katanya dalam nada sedikit merajuk.

Cepat-cepat si kecil itu mengangkat tangan mahu menyuap kentang goreng miliknya kepada si ibu tercinta. Delisya membalas suapan itu dengan senang hati.

Bahagia.

Ya. Dia rasa bahagia dengan anaknya sekarang.

"Baba, Awisy nak aiskrim, boleh?" Tiba-tiba, suara kecil Darwisy meminta lagi. Membulat mata Delisya melihat tingkah selamba anaknya yang tanpa segan silu meminta kepada Ikram. Sekali lagi.

Dah macam bapak kau dah kau buat, ya?

"Nak aiskrim? Boleh. Jom!" Kata Ikram pula dengan teruja. Sama naik je perangai.

"Hei! Apa korang berdua ni? Ikram. Awak tak payahlah nak ikut sangat Awisy ni. Dia ni kalau boleh nak awak belikan semua benda yang ada dekat Bukit Bintang ni tau. Dah stop follow dia. Dah macam-macam awak belikan." Bantah Delisya. Naik segan dia dengan Ikram sebenarnya.

Gaya mereka sekarang tak ubah seperti keluarga kecil yang sedang bercuti. Memang orang awam akan kata bahawa mereka sekeluarga yang bahagia sekarang ni.

"Biarlah. Kalau dia minta saya belikan satu Bukit Bintang ni pun saya sanggup, Del. Awak jangan risau. Saya okay je layan dia. Lagi pun sayakan baba dia!" Kata Ikram ceria.

"Kan, Awisy? Baba baik, kan?" Wajah polos Darwisy dipandang.

Darwisy pula setuju mengangguk. "Yup! Baba is the beshh!"

"Jom kita beli aiskrim!" Ikram memimpin tangan kecil Darwisy menuju ke gerai aiskrim bersama.

Beberapa minit kemudian, Ikram dan Darwisy kembali semula ke bangku di mana Delisya menunggu. Tersengeh-sengeh Darwisy bersama aiskrim kon coklat di tangan. Sukalah tu ada orang ikut kerenah dia.

SAKIT YANG TERBALAS Where stories live. Discover now