BAB 2

41 8 0
                                    

DELISYA lincah memakai tudung bawal material chiffon pada kepalanya. Dia menyiapkan kemasan terakhir dengan pinkan tudung bawalnya pada bahu. Memastikan ianya menutup dadanya dengan sempurna.

Memandangkan bilik ini agak kosong kerana dia mengambil bilik yang paling hujung di tingkat ketiga rumah agam ini. Tiada perabot-perabot lain seperti almari, meja solekan dan lampu tidur. Bahkan penyaman udara pun tiada. Hanya ada sebuah katil bujang, sebuah kipas syiling dan sofa berangkai dua saja. Bila rumah terlalu besar, banyak bilik yang kekosongan.

Tapi, ini lebih daripada cukup. Daripada satu bilik dengan lelaki yang dibencinya itu, lebih baik dia duduk di bilik ini. Takut meletup saja rumah agam bak istana ini jika dia satu bilik dengan Asytar!

Zip beg galasnya ditutup. Hanya di dalam itu saja pakaian yang dia bawa kemari semalam. Malas nak bawa bagasi dan pakaian banyak-banyak. Segala alat solekannya ada di dalam kereta dan dia hanya seperti menumpang tidur saja di sini.

Ditilik jam tangannya sudah menunjukkan hampir pukul 8.00 pagi. Masing-masing belum bangun kut, hatinya membuat andaian sendiri.

Delisya menuruni anak tangga dan sepajang kakinya melangkah matanya meliar jikalau penghuni lain sudah terbangun. Sebaik mungkin dia ingin mengelak daripada bersua muka dengan mereka.

"Del." Sapa satu suara lunak sebaik saja dia menuruni anak tangga terakhir.

Terus Delisya mengeras di tempatnya. Dia mengeluh malas sebelum dengan lambat-lambat dia menoleh.

"Hmm."

Datin Qadira mengulum senyuman manis. "Tak nak sarapan dulu, ke? Bonda ada buatkan nasi goreng ikan."

"Tak apa. Sarapan dekat luar je." Jawab Delisya senada. Cepat-cepat dia ambil langkah meluru ke pintu utama.

Namun, terkocoh-kocoh Datin Qadira mengekori langkahnya. Mati kutuk Datin Qadira mahu mengambil hati menantunya itu.

"Kalau macam tu, bonda bekalkan. Del tunggu sekejap, ya?" Sementara menantunya itu pakai kasut, sempatlah dia menyiapkan bekal untuk Delisya.

"Tak payah." Tukas Delisya sambil menyarungkan stoking.

"Kalau ya pun, sarapanlah dulu. Awal lagi ni." Celah suara garau milik Asytar.

Serta-merta Delisya menarik nafas panjang apabila suara lelaki itu menyapa gegendang telinganya. Pagi-pagi dah buat orang berangin dia ni.

"Kau faham bahasa ke tak?" Hanya satu ayat membuatkan Datin Qadira dan Asytar terdiam. Dingin.

Delisya merenung kosong kedua-duanya. Sekali lagi dia mengeluh kasar dan menjeling.

Semak betul!

"Del. Tengah hari nanti nenda dah boleh discharge. Kalau Del free, bonda ingat nak ajak Del pergi..." Belum sempat Datin Qadira habiskan ayatnya, laju Delisya memintas.

"Tak free. Busy. Pergi ajak orang lain. Ramai lagi orang dalam rumah ni." Potong Delisya pantas dengan suara bekunya sebelum menonong berjalan ke arah kereta yang terparkir di bawah garaj.



"WASSUP babe! Amacam jadi bini orang buat kali kedua? Seronok?"

"Kau kalau tak ada benda penting nak bercakap dengan aku, baik kau keluar. Serabut!" Halau Delisya dingin. Wajah masam mencuka.

"Heyyy. What's going on, babe? Hari pertama dah berangin. Baruuu je lepas malam pertama, kan? Senyum sikit, adik manisss..." Kata Anis disambung dengan hilaian tawa nakalnya.

Delisya menjeling tajam gelagat sahabatnya yang menyakitkan hati itu. Orang dah stres pagi-pagi hadap keluarga puaka apa semua tu. Tambah pula jalan jem tadi. Breakfast pun belum.

SAKIT YANG TERBALAS Where stories live. Discover now